AKTIVITI KESATUAN BAGI TEMPOH 1999 / 2001

1. 11 September 1999

Mesyuarat Khas di Ayer Keroh Country Resort Melaka (AKCR)

Mesyuarat untuk membuat persiapan mengadakan Mesyuarat Agung dan Seminar di Ayer Keroh Country Resort. Pengarah Pembangunan Sumber Manusia turut hadir.

2. 20 September 1999

Seminar dan Mesyuarat Pembantu Veterinar 1999 di AKCR
- Perasmian oleh Dato' Ketua Pengarah
- Majlis dialog bersama Ketua Pengarah
- Pembentangan kertas kerja oleh Pegawai Kanan Ibu Pejabat
- Bengkel pengurusan
- Majlis Makan Malam bersama Y.B. Ex-Co Pertanian Melaka.
- Majlis penutup pada 21.9.99 oleh Timbalan Ketua Pengarah I

3. 3 Oktober 1999

Menghadiri Mesyuarat Congress CUEPACS di Kuala Lumpur
Setiausaha mewakili kesatuan di Congres
Menerima brocur Insuran CUEPACS CARE - insuran kesihatan untuk diedarkan kepada ahli

4. 23 Februari 2000

Perjumpaan dengan pegawai JPA Bahagian Skim Perkhidmatan

5. 21 Mac 2000

Mengadakan perjumpaan dengan ahli-ahli kesatuan di Institut Haiwan, PTH Air Hitam dan Pusat Pengumpulan Susu Kluang.

6. 24 Mac 2000

Perjumpaan dengan Timbalan Ketua Pengarah I

7. 23 Mac 2000

Laman Web Keasatuan Pembantu Veterinar

•Telah dilancarkan pada 23.3.2000 di alamat: http://va_malaysia.tripod.com
•Kandungan yang ada masa ini - pekeliling berkaitan Pembantu Veterinar , sejarah penubuhan kesatuan dari 1960, rumusan mesyuarat, kegiatan kesatuan, senarai anugerah, senarai keahlian mengikut negeri.
•Rancangan akan datang - kegiatan Pembantu Veterinar secara bergambar, kemajuan Pembantu Veterinar yang memasuki swasta, VIP yang pernah menjadi Pembantu Veterinar, Sudut akademik - penemuan oleh Pembantu Veterinar, nota-nota teknik baru, rujukan laman web lain berkaitan.

8. 11 April 2000

Pemeriksaan JHEKS - 11.4.2000 di Institut Haiwan
Komen dan pandangan:-
•Bilangan ahli telah sesuai mengadakan cawangan - 3 zon
•Pinda buku perlembagaan menggunakan buku panduan baru dan seeloknya dibuat sekali dengan pindaan peraturan - jumlah wang tunai dalam tangan,
•Asingkan wang Tabung kebajikan
•Mohon pengecualian penggunaan resit individu bayaran yuran
•Mohon kebenaran pengecualian buku daftar ahli dan yuran
•Menjalankan projek ekonomi boleh dilakukan sekiranya pasti mendapat keuntungan. JHEKS mesti diberitahu dahulu sebelum menjalankan projek.
•Penyelenggaraan buku tunai perlu dibuat mengikut contoh yang diberikan

9. 15hb April 2000

Mesyuarat Jawatankuasa di Institut Haiwan
•CUEPACS CARE
•Rancang adakan kursus "High Tech." Ayam
•Bincangkan khas Peperiksaan 2nd Bar untuk En. Ishak b Che Lebar

10. 7hb September 2000

Perjumpaan dengan Dato' Dr. Hawari b Hussein, Timbalan Ketua Pengarah 1 berhubung Memorandum Pengiktirafan Sijil
•Jelaskan pendirian kesatuan berkaitan tuntutan
•Memaklumkan kesatuan dijemput dalam perjumpaan dengan Ketua Pengarah JPA bersama J/K MBK Sokongan l pada 29.9.2000
•Pengarah PSM diminta kemukakan kertas memrandum dari Jabatan kepada JPA melalui Kementerian sebelum 13.9.2000

11. 13 September 2000

Berjumpa Pengarah PSM berkaitan memorandum ke JPA
•Hantar 30 naskah memorandum ke Kementerian Pertanian
•Hantar 3 salinan kepada MBK/CUEPACS

12. 25 September 2000

Menghadiri taklimat Anuiti KWSP di Dewan CUEPACS, Kuala Lumpur.
Menghadiri mesyuarat MBK Sokongan di tempat yang sama (Setiausaha dan Bendahari)

13. 26 September 2000

Mesyuarat Jawatankuasa di Institut Pengurusan Veterinar, Cheras.

14. 27 September 2000

15. 30 & 31 Oktober 2000

Menghadiri kursus Pentadbiran Kesatuan Sekerja (Setiausha dan Penolong Setiausaha di EDEN GARDEN Hotel, Johor Bahru

16. 15 Januari 2001

Menghadiri Taklimat JPH kepada YB Menteri Pertanian di Ibu Pejabat Perkhidmatan Haiwan, Kuala Lumpur.

17. 13 Mac 2001

Mesyuarat Jawatankuasa di Ipoh, Perak
•Menetapkan tarikh mesyuarat Agung
•Melantik Naib Yang Dipertua Baru - Hj. Khairudin b Yusoff
•Melantik 2 Jawatankuasa - Musa b Mohamad dan Mohd Zaini b Mat Zain menggantikan Hj. Khairudin dan
zizan.

18. 14 Mac 2001

Perjumpaan dengan Pembantu Veterinar Negeri Perak di Infoternak, Sungai Siput.
Kehadiran: Yang Dipertua, Setiausaha, Bendahari, Penolong Setiausaha, En. Suraddi (AJK), En. Abdullah (AJK).

19. 25 Mac 2001

Menghadiri Mesyuarat Kongress CUEPACS di Kuala Lumpur.

20. 10 Apri 2001

Perjumpaan dengan Timbalan Ketua Pengarah II berkaitan dengan latihan Pembantu Veterinar secara Pra Perkhidmatan di Ibu Pejabat Kuala Lumpur.

21. 15 Mei 2001

Pemeriksaan berkanun rekod dan kewangan kesatuan oleh JHEKS di Pejabat Kesatuan Institut Haiwan, Kluang.

22. 17 Mei 2001

Mewakili CUEPACS menghadiri Mesyuarat Draf Peraturan Bekerja di Ladang Ternakan di bawah Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerja di Bangunan KWSG Jalan Kampung Atap, Kuala Lumpur.

23. 20 Mei 2001

Menghadiri meysuarat CUEPACS Zon Johor di Hotel Sri Malaysia, Johor Bahru. Kehadiran - Penolong Setiausaha, Bendahari & En. Suraddi (AJK).

24. 18 Mei 2001

Mengadakan perjumpaan dengan Pembantu Veterinar yang menghadiri Seminar Teknikal JPH 02/2001 di Oditorium Institut Haiwan, Kluang. Seramai 50 orang Pembantu Veterinar hadir. Kesatuan menyampaikan maklumata terkini berkaitan kesatuan dan aktiviti serta kedudukan tuntutan kesatuan berkaitan pengiktirafan Sijil Pembantu Veterinar . Jawatankuasa hadir YDP, Setiausaha, Pen. Setiausaha, Sdr. Suraddi, Sdr. Mohd Zaini, Sdr. Musa.

25. 19 Mei 2001

Mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Bil 5/2000 di Institut Haiwan, Kluang.

26. 30 Mei 2001

Mengikuti mesyuarat Jawatankuasa CUEPACS Zon Selatan di Banguan PACSU Johor Bahru. Setiausaha dan Sdr. Suraddi hadir.

27. 16 Julai 2001

Yang Dipertua menghadiri taklimat Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan berkaitan Pembangunan Standard Kemahiran Kebangsaan (NOSS) Latihan Perkhidmatan Pembantu Veterinar.

28. 29 Ogos 2001



Mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Bil. 6/2000 di Institut Haiwan, Kluang.