Make your own free website on Tripod.com
   
 


 


 

 

 

 

 

 

  Demam Denggi

Demam Denggi ialah penyakit akut(teruk) yang disebabkan oleh virus dan disebarkan melalui
    gigitan nyamuk Aedes betina (vektor).
Nyamuk Aedes terdiri dari Aedes aegypti dan Aedes albopictus.

Denggi terbahagi kepada 2 jenis

      i) Demam Denggi biasa (DD)
     ii) Demam Denggi Berdarah atau Sindrom Renjatan Denggi (DDB/SRD)

Virus Denggi dari famili Flaviviridae.Terdiri dari 4 serotype iaitu Den1,Den2,Den3 dan Den4
    Kesemua serotype ini boleh menyebabkan DD dan DDB di Malaysia.
Virus denggi berkembang biak dalam badan nyamuk dan nyamuk yang mengandungi virus
    mampu menjadi sumber jangkitan disepanjang hayatnya.
Virus ini juga boleh dipindahkan kepada telurnya.Proses ini disebut transmisi transovari.   
    Seekor nyamuk dewasa hasil dari telur ini akan mengandungi virus di dalam badannya walau
    pun ia tidak pernah menggigit pesakit denggi sebelum ini.

Pada masa ini tiada ubat khusus untuk merawat penyakit ini.
Oleh itu pencegahan amat penting.
 

 TANDA-TANDA

Demam panas yang teruk secara mengejut dan berterusan.
Petekia (bintik-bintik merah pada kulit)
Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot,sendi-sendi, biji mata dan
    kepala
Pesakit DD memerlukan pengawasan kerana ada kalanya mereka turut
    mengalami pendarahan di hidung dan gusi serta kencing berdarah.
    Pesakit DD perlu diawasi agar tidak berubah menjadi DDB/SRD.

    

Demam Denggi Berdarah

Empat tanda utama ialah pendarahan,demam panas,pembesaran hati
   dan kegagalan sistem perdedaran darah.
Gejala yang mungkin terjadi ialah muntah-muntah,sakit kepala dan sakit
    perut.
Tanda-tanda pendarahan ialah kelebaman di kulit,hidung berdarah,gusi
    berdarah,petekia dan pemeriksaan darah menunjukkan berlaku trombo-
    sitipenia,leukopenia dan peningkatan aras hematokrit.
Jika setelah beberapa hari demam,pesakit kelihatan semakin parah dan
    menunjukkan gejala kegagalan sistem peredaran darah seperti kulit yang
    lembab dan dingin,bibir yang lebam kebiruan,denyutan nadi yang cepat
    tetapi lemah dan hipotensi menandakan berlakunya sindrom renjatan
    denggi (SRD)

  


NYAMUK AEDES
PEMBAWA VIRUS DEMAM DENGGI


TELUR


NYAMUK DEWASA

SATU MINGGU


LARVA


KEMPOMPONG



 
senang dikenali dengan belang hitam dan putih di badan dan kakinya.
biasanya menggigit pada awal pagi dan awal senja
Virus akan membiak di dalam kalenjar air liur nyamuk (proses pengeraman) selama 8-10 hari.
    Selepas tempoh ini nyamuk menjadi infektif dan mampu menyebar virus.
Selepas gigitan virus akan membiak di dalam badan manusia.Tanda-tanda klinikal akan timbul
    dalam masa 4-6 hari.
Virus denggi hanya hidup selama 5-7 hari sahaja di dalam badan manusia kerana badan akan
    bertindakbalas dengan membentuk dan mengeluarkan antibodi.
K
itaran hidup dari telur hingga menjadi dewasa mengambil masa lebih kurang seminggu.
Nyamuk dewasa (betina dan jantan) akan bersenyawa dan sperma jantan akan disimpan
   dalam nyamuk betina.Untuk menghasilkan telur yang hidup,nyamuk betina perlukan darah.
Nyamuk bertelur di dalam
takungan air jernih di dalam dan di luar rumah.Sebanyak 60-100
    biji telur dikeluarkan pada setiap kali bertelur.Nyamuk betina mampu bertelur 10 kali semasa
    hayatnya selama 30 hari.
Selepas 1-3 hari telur nyamuk akan matang dan menetas mengeluarkan larva (jentik-jentik)
Selepas 5-7 hari larva akan bertukar menjadi kepompong dan selepas 1-2 hari nyamuk
    dewasa akan terbang meninggalkan kepompong.
 
                         


KENALILAH TEMPAT-TEMPAT PEMBIAKAN AEDES
 


DI DALAM RUMAH


DI LUAR RUMAH

HAPUSKAN TEMPAT-TEMPAT PEMBIAKAN AEDES
 

 

 


 

 

 

 

Tutup semua bekas-bekas menyimpan air dengan rapat untuk mencegah nyamuk dari
    bertelur.
Masukkan ubat pembunuh jentik-jentik seperti ABATE 1% (1 sudu = 10 gram untuk 20
   gelen air) ke dalam semua bekas menyimpan air setiap tiga bulan sekali
Tukar air dalam bekas jambangan bunga tiap-tiap minggu.Masukkan dua sudu teh garam
    ke dalam perangkap semut.
Buang air dari piring pengalas pasu bunga seminggu sekali dan gosok piring-piring itu
   sehingga bersih untuk memusnahkan telur-telur nyamuk.
Periksa saluran air hujan bumbung rumah atau bangunan seminggu sekali dan buangkan
   daun-daun supaya air dapat mengalir (air tidak bertakung)
Masukkan semua bekas yang boleh menakung air seperti tin dan botol ke dalam beg
   plastik dan buangkan di tempat yang disediakan.

HAPUSKAN NYAMUK AEDES DEWASA
 

                     Gunakan racun serangga di dalam rumah boleh membunuh nyamuk Aedes dewasa
                     Semburan kabus(fogging) - untuk semburan kabus yang berkesan, orang ramai diminta
                        memberi kerjasama untuk membenarkan semburan kabus dilakukan di dalam rumah.