Kajian Cerpen

 


 
 
 
Hadiah Hari Guru

Sinopsis cerita

Tema

Persoalan

Watak dan perwatakan

Latar

Plot

Gaya Bahasa

Nilai

Pengajaran

 

 

Sionpsis Hadiah Hari Guru

            Ramli pelajar Darjah Lima di sebuah sekolah di kawasan luar bandar. Ayahnya telah meninggal tiga tahun yang lalu kerana sakit. Dia mempunyai dua orang adik, iaitu izal dan Salmah. Tanggungjawab menyara kelaurga terpikul di bahu ibu Ramli, iaitu Mak Sopiah. Dalam keadaan bersusah payah kerana berpenyakit, mak Sopiah tetap berusaha menyara anak-anaknya dengan sebaik mungkin. Dia mengambil upah menanam dan memotong padi milik Pak Mustafa. Walaupun mereka hidup dalam kesusahan dan serba kekurangan, ibu Ramli amat mementingkan kebersiahn dan kesempurnaan hidup anak-anaknya. Ramli adik-beradik diasuh agar senantiasa mengutamakan kebersihan dan ringan tulang.

            Cikgu Fatimah merupakan guru kelas Ramli. Beliau  seorang yang baik hati dan amat disenangi oleh para pelajarnya. Pada sambutan Hari Guru, para pelajar memberikan hadiah kepada Cikgu Fatimah. Rakan-rakan Ramli memberikan hadiah yang berharga kepada Cikgu Fatimah. Oleh sebab tidak berkemampuan, Ramli memberikan hadiah berupa pucuk janggus saja. Pucuk janggus itu dapat dibuat ulam. Pemberian Ramli itu menunjukkan keikhlasannya dan kejujuran Ramli. Mulai hari itu, Cikgu Fatimah ingin menjadikan Ramli sebagai anak angkatnya dan akan membantu persekolahannya.

 

Tema

            Cerpen ini menggambarkan keikhlasan seorang pelajar terhadap gurunya. Ramli memberikan hadiah mengikut kadar kemampuannya. Keikhlasan dan kejujuran lebih berharga daripada pemberian yang bertujuan menunjuk-nunjuk atau bermuka-muka.

 

Persoalan

&   Keikhlasan dan kejujuran amat penting dan amat dihargai melebihi harta benda.

&   Menghargai jasa orang yang telah banyak berjasa kepada kita.

&   Kemiskinan bukanlah penghalang kejayaan.

&   Pengorbanan ibu terlalu besar nilainya dan tidak terbayar oleh wang ringgit.

 

Watak dan Perwatakan

 

Ramli ( watak utama )

            Ramli berada dalam darjah lima. Dia adalah anak sulung dan mempunyai dua orang adik, iaitu Rizal dan Salmah. Ayahnya meninggal ketika

usianya tujuh tahun. Dia merupakan anak yang baik dan bertanggungjawab. Dia banyak membantu keluarganya yang hidup dalam kesusahan

lebih-lebih lagi kesihatan ibunya sering terganggu. Di sekolah Ramli amat disenangi oleh rakan-rakan dan guru-gurunya. Dia seorang yang berbudi bahasa dan ringan tulang. Ramli  telah memberikan hadiah pucuk janggus kepada Cikgu Fatimah, iaitu guru kelasnya pada Hari Guru kerana itulah saja hadiah yang termampu diberikan olehnya.

 

            Cikgu Fatimah

                        Beliau guru kelas Ramli. Beliau baik hati dan mengambil berat terhadap para pelajarnya. Cikgu Fatimah senantiasa memberikan layanan yang

sama rata kepada para pelajarnya. Cikgu Fatimah menerima hadiah daripada Ramli dengan hati yang terbuka, walaupun hadiah tersebut hanyalah pucuk janggus. Beliau amat bersimpati terhadap nasib yang dialami oleh Ramli dan menjadikan Ramli sebagai anak angkatnya. Langkah yang dilakukan oleh Cikgu Fatimah ini mendapat sokongan daripada rakan-rakan guru yang lain.

 

            Sopiah

                        Sopiah adalah ibu Ramli. Kehidupannya bertambah susah setelah kematian suaminya. Mak Sopiah berusaha membesarkan anak-anaknya

yang tiga orang iaitu Ramli, Rizal dan Salmah. Dia mengusahakan tanah sawah seekar, tanah puaska ibunya. Dia amat mementingkan pelajaran anak-anaknya. Mak Sopiah memberikan sepenuh kasih sayang dan memberikan didikan yang sempurna kepada ketiga-tiga orang anaknya. Dia amat mementingkan kebersihan.

 

Rizal dan Salmah

            Rizal dan Salmah ialah adik Ramli. Mereka amat tertib kerana sifat yang demikian telah diasuh oleh ibu mereka sejak kecil. Contohnya;

Dia menyuap sesuap demi sesuap dengan penuh berhati-hati. Perlakuan begitu amat disenangi oleh ibunya.

 

            Pak Mustafa

Sawahnya turut diusahakan oleh Mak Sopiah. Pak Mustafa seorang yang baik hati dan kerap menghulurkan pertolongan kepada keluarga Ramli. Pak Mustafa amat memahami kesulitan hidup yang ditanggung oleh keluarga Ramli.

           

            Sazali

                        Sazali ialah rakan sekelas Ramli. Dia berasa iri hati terhadap perhatian yang diberikan oleg Cikgu Fatimah kepada Ramli. Sazali kerap

mengusik dan menyindir Ramli. Tindakannya kurang disenangi oleh Cikgu Fatimah.

 

            Cikgu Harun

                        Seorang guru yang pandai berjenaka. Sikap periangnya berubah setelah membacanota yang ditulis oleh Ramli bersama-sama dengan hadiah

yang diberikan kepada Cikgu Fatimah.

 

            Cikgu Darus

                        Bertugas di sekolah yang sama dengan Cikgu Fatimah. Beliau tertawa apabila melihat hadiah yang diterima oleh Cikgu Fatimah hanya pucuk

janggus. Beliau memohon maaf daripada Cikgu Fatimah kerana telatahnya yang mungkin menyinggung perasaan rakan sejawatnya itu.

 

Latar

 

Latar Tempat

Di sebuah kampung - Ini digambarkan dengan Dia melihat pokok-pokok hijau di sekitar bukit tersebut. Di situ dia dan ibunya sering mencari kayupai, umbut-umbut kayu dan ulam. Betapa segar daun-daun kayu di situ tanpa diterokai oleh manusia.

 

            Di sekolah -  Seperti biasa, lepas menyimpan begnya di dalam kelas, Ramli menunggu Cukgu Fatimah di tempat letak keretanya.

 

Latar Masa

Waktu pagi – Pagi itu, seperti pagi yang lain-lain, setelah sarapan pagi dia melangkah menuju ke sekolah di hantar oleh ibu dan adik-adiknya di muka pintu rumah.

 

            Tarikh – 16 Mei kerana tarikh tersebut merupakan sambutan Hari Guru  di seluruh negara.

 

Latar Masyarakat

            Masyarakat yang diwakili ialah keluarga Ramli, pelajar dan guru serta masyarakat di kampung Ramli.

 

Plot

 

&   Ramli pulang dari sekolah. Walaupun miskin, pakaiannya bersih dan peralatan sekolahnya disusun rapi.

&   Ramli memberitahu ibunya esok adalah Hari Guru. Dia ingin menyampaikan sesuatu hadiah kepada gurunya.

&   Ramli diminta oleh ibunya meminjam beras daripada Pak Mustafa.

&   Ramli menyerahkan bungkusan hadiah kepada Cikgu Fatimah

&   Cikgu Fatimah membuka hadiah pemberian Ramli, iaitu pucuk janggus dan terdapat sepucuk surat yang ditulis oleh Ramli.

&   Cikgu Fatimah menangis setelah membaca surat. Dia memahami penderitaan Ramli.

&   Ramli dijadikan sebagai anak angkat dan dibantu persekolahannya.

 

Gaya bahasa

 

Diksi – Pemilihan kata-kata yang digunakan untuk menggambarkan peristiwa tersebut amat jelas, tepat dan berkesan. Contohnya “Eh! Mak dah

sudah makan ? Sikit sangat mak makan hari ini,” tegur Ramli.

 

Ayat – Ayat-ayat yang digunakan mudah difahami kerana menggunaakan kata-kata yang digunakan sehari-hari. Penggunaan ayat pendek dan panjang

mudah dikesan

 

                        contoh ;

                                    ayat pendek – Salmah angguk-angguk .

                                                            Ijai dah kenyang

Ayat panjang – Meskipun dia belum menyedari hakikat hidup ini, kesengsaraan hidupnya mengajar dirinya lebih cepat mengerti erti

kehidupan.

Penanggungan penderitaan itu amat dirasainya sebagai seorng abang yang baru berusia sepuluh tahun, belajar dalam darjah lima, di sekolah kebangsaandi kampungnya.

 

Nilai

Senantiasa menjaga kebersihan – bajunya ke sekolah, meskipun bertampung akan tetapi sentiasa bersih. Halaman rumah bersih, rumput tidak

   berpeluang menghulurkan pucuknya.

Tabah dan sabar – Ramli tahu dalam penderitaan penyakit yang dihidapi oleh ibunya, dia tetap berusaha mendapatkan rezeki untuk mereka.

       Sebenarnya penderitaan itulah yang mengajar dirinya tentang erti kehidupan.

            Kejujuran dan ikhlas – “Benar! Inilah hadiah yang paling murni, Hadiah yang ikhlas dan jujur.

            Mengakui kesalahan dan memohon maaf – “Cikgu Fatimah, maafkan saya kerana menyinggung perasaan cikgu tadi,” kata Cikgu Darus.

            Menghargai Pemberian seseorang – “Eh ! Ramli apa yang disusah-susahkan ini ? Terima kasihlah kerana ingatkan Cikgu,” kata Cikgu Fatimah

sambil menerima hadiah itu.

 

Pengajaran

&   Kita hendaklah menghargai pengorbanan yang dilakukan oleh ibu bapa dan guru.

&   Janganlah membezakan antara orang yang berada dengan orang miskin

&   Keikhlasan dan kejujuran amat penting dalam melakukan sesuatu

&   Kebersihan diri secara fizikal dan kerohanian amat penting dalam kehidupan

&   Kita hendaklah senantiasa menghargai pemberian orang.

 

 

Sinopsis Makmal ZNF

Zainudin merupakan seorang yang mahir dalam bidang komputer. Dia bersama dengan rakannya Fauzi telah menciptasuatu mekanisme yang memungkinkan gelombang otak seseorang manusia disekarikan dengan gelombang perisian komputer. Apabila kedua-dua gelombang itu disatukan, otak manusia tersebut akan dapat dikawal hingga menyebabkan dia berada dalam ‘alam’ tiruan. Melalui perisian ini, dia dapat mempelbagaikan watak mengikut kemahuannya. Zainudin telah menjadikan sahabatnya iaitu Norhaiza sebagai bahan ujian mereka. Zainudin berasa gusar jerana  Norhaiza yang dimasukkan ke dalam perisian komputer telah hilang.

            Dalam perisian komputernya, Zainudin terpaksa menentang naga merah. Akhirnya naga merah tersebut berjaya ditewaskannya. Syarif atau panggilannya si botak telah berjaya meenyelinap ke dalam sistem komputer Zainudin. Dia menghantar virus ke dalam sistem komputer Zainudin tetapi Fauzzi berjaya menghapuskannya dengan menggunakan anti virus. Syarif telah betarung dengan Zainudin dalam perisian komputer kerana ingin membalas dendam terhadap Zainudin. Dalam ppertarungan itu, Syarif telah terjatuh ke dalam lingkaran data lalu musnah. Norhaiza telah berjaya diselamatkan oleh Fauzi. Rumah Syarif terbakar tetapi mayat Syarif tidak ditemukan. Hal ini menjadi tanda tanya dan ancaman kepada Zainudin

 

Tema

            Cerpen ini memaparkan kecanggihan komputer pada masa kini yang memungkinkan seseorang bereksperimen di alam siber. Komputer dapat digunakan untuk tujuan merompak, membalas dendam, menghancurkan seseorang dan sebagainya. Pertentangan berlaku antara dua pihak, iaitu protagonis

( watak baik dan antogonis ( watak jahat ).

 

Persoalan

 

&   Kecanggihan komputer pada masa kini yang memungkinkan manusia melakukan pelbagai perkara termasuklah perkara-perkara yang melanggar undang-undang.

&   Sikap suka berdendam akan membawa kehancuran kepada seseorang. Perbuatan yang menyalahi undang-undang akan terbongkar akhirnya dan pesalah lambat laun akan menerima hukuman yang setimpal.

&   Persoalan tentang nilai persahabatan, iaitu sanggup menolong sahabat yang di dalam kesusahan turut dimuatkan dalam cerpen ini.

 

Watak dan perwatakan

 

            Zainudin – watak utama,

Gemar membuat penyelidikan, ujian dan eksperimen terhadap data komputernya. Dia banyak menghabiskan masanya di makmal. Dia berhempas-pulas menewaskan musuh-musuhnya, iaitu naga merah dan Syarif. Akhirnya kedua-dua musuh tersebut dapat ditewaskan.

 

            Syarif

                        Gelarannya iaalah si botak. Dia berjaya masuk ke dalam sistem komputer Zainudin tanpa dapat dikesan. Dia ingin membalas dendam terhadap

Zainudin kerana berjaya mengesan kegiatan haramnya yang menyebabkan dia dipenjarakan selama 10 tahun. Dia bertarung dengan Zainudin

di alam rekaan tetapi tewas kerana terpijak lingkaran data. Rumah Syarif terbakar tetapi mayatnya tidak dijumpai.

 

            Fauzi

                        Fauzi sahabat karib Zainudin. Dia banyak membantu Zainudin terutama semasa menghapuskan virus yang dihantar oelh Syarif. Fauzi berjaya

juga membawa Norhaiza yang telah menjadi bahan eksperimen keluar daripada sistem komputer.

 

Latar

 

            Latar tempat

                        Di sebuah makmal komputer – kemudian matanya menyerot ke skrin LCD besar di dinding makmal.

                        Di alam siber dan alam ilusi – Zainudin ditarik masuk ke lubang yang tidak berdasar. Kegelapan infiniti menyelubungi tubuhnya.

 

Plot

&   Zainudin membuat percubaan terhadap data komputernya.

&   Dia membuat ujikaji iaitu membuat alam tiruan yang dapat mewujudkan pelbagai watak mengikut cita rasanya.

&   Sahabatnya iaitu Norhaiza telah menjadi bahan eksperimen. Kehilangan Norhaiza amat menggusarkannya.

&   Syarif telah berjaya menyelinap masuk ke dalam sistem komputer Zainudin dan ingin membunuh Zainudin.

&   Berlaku pertarungan sengit antara Zainudin dengan Syarif. Akibatnya Syarif tewas kerana jatuh ke dalam lingkaran data.

&   Rumah Syarif terbakar tetapi mayatnya tidak dijumpai.

 

Gaya Bahasa

 

            Kata-kata yang berkaitan dengan komputer banyak digunakan. Misalnya LCD, BACKPACE, skrin paparan, papan kekunci. Penggunaan bahasa inggeris tidak dapat dielakkan kerana banyak istilah komputer yang sukar digantikan. Keseluruhannya bahasa yang digunakan adalah mudah hanya sebahagian istilah komputer yang memerlukan pengetahuan komputer. Misalnya “virus”.

 

Nilai

            Setiakawan – Fauzi membatu menyelamatkan nyawa Zainudin dan Norhaiza dalam pertempuran Zainudin dan Syarif.

            Berkerjasama – Zainudin berkerjasama dengan Fauzi untuk melawan Syarif.

            Sanggup berkorban – Zainudin sanggup berkorban demi menyelamatkan Norhaiza.

 

Pengajaran

 

&   Tidak mudah mengaku kalah.

&   Berusaha menyelesaikan masalah.

&   Bersama-sama ketika senang  dan ketika susah.

&   Sikap keji seperti berdendam perlulah dielakkan.

&   Orang yang suka melakukan kerosakkan akan mendapat balasan yang setimpal.

 

Sinopsis Sehijau Warna daun

 

            Mei Ling dan ibunya tinggal di Kampung Kemuning. Mereka merupakan satu-satunya keluarga Cina yang tinggal dalam perkampungan Melayu. Walau bagaimana pun, masyarakat di kampung itu menerima kehadiran keluarga Mei Ling dengan baik dan tidak menganggap mereka sebagai kaum pendatang. Keluarga Mei Ling berasa aman menetap di kampung itu. Ibu Mei Ling iaitu Nyonya Khoo bertindak sebagai ketua keluarga setelah kematian suaminya kira-kira dua tahun lalu. Dia terpaksa bekerja mengambil upah menoreh getah walaupun berpenyakit. Mei Ling amat menghargai bantuan yang diberikan oelh penduduk Kampung Kemuning, khususnya terhadap keluarga Haji Hashim serta anak perempuannya Siti. Mei Ling sudah sebati dengan suasana kehidupan kampung dan tidak berasa terasing.

 

Tema

Tema cerpen ini memperlihatkan perasaan muhibbah dalam sebuah masyarakat. Sikap berbaik-baik mewujudkan suasana kehidupan yang aman dan harmonis.

 

Persoalan

 

&   Masyarakat akan hidup dengan harmonis sekiranya sikap tolong-menolong diamalkan tanpa mengira keturunan, bangsa dan agama.

&   Ketabahan dan kesabaran amat diperlukan untuk menyara keluarga yang miskin terutama setelah kehilangan bapa yang menjadi ketua keluarga.

&   Persahabatan yang dijalin antara Siti dengan Mei Ling amat akrab tanpa melihat asal dan keturunan.

&   Sikap masyarakat yang saling membantu insan yang susah tanpa mengira asal keturunan.

 

Watak dan Perwatakan

 

            Mei Ling

                        Mei Ling berusia lima belas tahun. Dia memiliki rambut yang panjang. Dia bersama ibunya menetap dalam perkampungan Melayu iaitu

Kampung Kemunting. Mei Ling dapat menyesuaikan diri dalam kehidupan masyarakat Melayu sejak kecil lagi. Dia berasa sedih dengan

kehidupan yang dilaluinya kerana ibunya terpaksa mencari rezeki semenjak kematian ayahnya dua tahun yang lalu. Dia terlalu memikirkan budi

Haji Hashim dan keluarganya serta tidak mahu menyusahkan orang lain.

 

            Siti

                        Siti anak perempuan Haji Hashim. Dia berkawan baik dengan Mei Ling sejak kecil. Lebih-lebih lagi kerana mereka sebaya dan berada dalam

kelas yang sama. Dia menganggap Mei Ling seperti keluarganya dan banyak membantu meringankan penderitaan Mei Ling.

 

Nyonya Khoo

                        Nyonya Khoo ialah ibu Mei Ling. Berumur 40 tahun bertindak menyara hidup keluarga setelah kematian suaminya. Dia mengambil upah

menoreh getah di kebun Haji Hashim. Sebagai seorang ibu, Nyonya Khoo banyak memberikan kata-kata perangsang kepada anak gadisnya Mei Ling supaya lebih cekal menghadapi liku-liku kehidupan. Kesabaran dan kegigihannya jelas kelihatan bagi melindungi penderitaan sebagai akibat kemiskinan serta penyakit yang dialaminya.

 

Latar

 

            Latar Tempat – di sebuah perkampungan Melayu, iaitu Kampung Kemunting dan di rumah Mei Ling.

 

            Latar Masa – Pada suatu petang

 

            Latar Masyarakat – Masyarakat Kampung Kemunting.

 

Plot

           

&   Mei Ling termenung memerhatikan kawasan persekitaran tempat tinggalnya selepas pulang dari sekolah.

&   Dia sebak melihat ibunya yang kuat bekerja menyara persekolahannya

&   Mei Ling bersyukur kerana kehadirannya di tengah-tengah keluarga Melayu diterima oleh masyarakat Kampung Kemunting.

&   Kata-kata nasihat dan perangsang daripada ibunya sering bermain-main di fikirannya.

&   Mei Ling menghargai jasa-jasa dan pertolongan yang diberikan oleh keluarga Haji Hashim kepada keluarganya.

&   Khayalan Mei Ling terhenti apabila Siti iaitu anak Haji Hashim tiba untuk mengulang kaji pelajaran. Mei Ling meluahkan rasa terhutang budinya kepada keluarga Siti serta penduduk Kampung Kemunting.

 

Gaya Bahasa

 

            Diksi – Pemilihan kata dalam cerpen ini agak mudah dan menggunakan kata-kata seharian.

                                    Contoh – “Mei Ling, ibu nak ke kebun Haji Hashim sekejap.katanya ada beberapa tandan pisang yang masak ……”.

                       

Penggunaan peribahasa juga diselitkan oleh pengarang.

                                    Contoh - ….janganlah seperti enau, melepaskan pucuk masing-masing.

           

Ayat – Ayat yang digunakan dalam cerpen ini kebanyakkannya pendek dan sederhana

                                    Contoh – Bukan dia menyesal kerana dilahirkan menjadi anak miskin.tidak sama sekali. Berkali-kali dia menidakkanhakikat itu.

 

Nilai

 

Bersyukur – Mei Ling tetap bersyukur kerana dapat hidup dengan aman walaupun berada dalam lingkungan orang melayu.

Hormat-menghormati – Masyarakat di Kampung Kemunting saling menghormati walaupun mereka berbeza dari segi agama dan adat resam.

Kesabaran – Mei Ling tetap bersabar menjalani kehidupan seharian yang serba kekurangan.

Tolong-menolong – Yang berada menghulurkan bantuan kepada yang kurang berada. Keluarga Siti kerap membantu keluarga Mei Ling.

Mengenang Budi – Mei Ling amat menghargai bantuan yang diberikan oleh penduduk Kampung Kemunting kepada keluarganya sehingga dia

       merasakan tidak mampu membalasnya.

 

Pengajaran

 

&   Mempunyai semangat ingin membaiki kehidupan.

&   Pengalaman daripada sejarah lampau amat berguna

&   Kita perlulah cintakan kedamaian, keharmonian dan semangat muhibbah

&   Janganlah mementingkan diri sendiri dan amalkan sikap saling bantu-membantu dalam kehidupan

 

 

Sinopsis Pak Usu

 

            Pak Zubir menerima sepucuk surat daripada sepupunya, iaitu Usop. Diaterkejut kerana Usop masih hidup dan tidak bertemu dengannya selama 20 tahun. Usop yang cacat penglihatan telah menyatakan keinginannya untuk pulang ke kampung dan bermalan di rumah pak Zubirselama bebarapa hari. Isteri Pak Zubir kurang menyenangi harsat Usop itu kerana akan membebankan keluarga mereka saja. Arif iaitu anak Pak Zubir berasa pelik kerana tidak mendapat maklumat sebenar tentang Usop, iaitu bapa saudaranya yang dipanggil Pak Usu. Kehadiran Pak Usu bersama dengan pemandu dan kereta mewah lebih menjadi tanda tanya kepada Arif. Pak Usu mengenang kembali kisah silamnya semasa berada di kampung. Pak Usu memberitahu Arif bahawa pekerjaannya ialah pensyarah. Sebelum berangkat ke luar negeri, dia ingin bertemu dengan emak dan ayah Arif.

 

Tema

 

            Tema cerpen ini memaparkan kegigihan hidup seseorang yang cacat tetapi berjaya dalam hidupnya.

 

Persoalan

 

&   Kegigihan merupakan faktor utama untuk mencapai sesuatu kejayaan. Hal ini digambarkan oleh watak Usop.

&   Kecacatan tidak boleh dijadikan halangan untuk terus berjaya dan membaiki hidup. Usop yang cacat berjaya menjadi pensyarah, memiliki kereta

&   besar dan mempunyai pemandu iaitu Mamat.

&   Ikatan tali persaudaraan sukar dipisahkan walaupun terdapat perselisihan faham, sesuai dengan peribahasa carik-carik bulu ayam lama-lama bercantum juga.

&   Menghargai bantuan yang diberikan dan melupakan peristiwa lama yang melukakan hati.

 

 

Watak dan perwatakan

 

            Pak Usu

Beliau menetap di Seksyen 17, Petaling Jaya. Telah 20 tahun beliau tidak balik ke kampung. Merupakan seorang yang cacat penglihatan dan yatim piatu. Semasa kecil tiada sesiapa yang mempedulikan nasibnya. Pak Usu membawa diri ke bandar. Berkat ketekunannya, Pak Usu telah berjaya menjawat jawatan sebagai seorang pensyarah universiti. Sebelum berangkat ke luar negeri, Pak Usu ingin pulang ke kampung untuk bertemu dengan sepupunya iaitu Pak Zubir.

 

            Arif

Arif ialah anak Pak Zubir. Ia sering tertanya-tanya tentang peristiwa yang berlaku dalam keluarganya sehingga menyebabkan Pak Usunya meninggalkan kampung.

 

            Pak Zubir

Pak Zubir ayah kepada Arif dan sepupu kepada Pak Usop. Beliau terkejut menerima surat daripada Usop. Dia tidak menceritakan hal tentang sepupunya, Usop kepada Arif.

 

            Mak Gayah

Mak Gayah isteri Pak Zubir dan emak kepada Arif. Dia tidak menyenangi harsat Usop ingin pulang ke kampung kerana khuatir Usop ingin meminta bantuan serta akan menyusahkannya. Dia masih menaruh perasaan kurang senang terhadap Usop walaupun peristiwa telah berlalu selama 20 tahun.

 

 

Latar

            Latar tempat – Di rumah Pak Zubir iaitu sebuah perkampungan.

 

            Latar masa – Pada suatu petang.

 

Plot

 

&   Pak zubir menerima sepucuk surat daripada sepupunya, iaitu Usop yang menghilang tanpa berita selama 20 tahun.

&   Usop menyatakan keinginannya untuk tinggal beberapa hari di rumah Pak Zubir. Tindakannya kurang disenangi oleh isteri Pak Zubir iaitu Mak Gayah.

&   Pak Usu tiba dengan kereta besar. Hal ini mengejutkan Arif.

&   Pak Usu mengenang kembali peristiwa silam semasa dia berada kampung.

&   Pak Usu ingin bertemu dengan Pak Zubir sebelum dia berangkat ke luar negeri.

&   Pak Usu menasihati Arif supaya rajin menuntut ilmu.

 

Gaya Bahasa

            Diksi – Kata-kata yang digunakan mudah difahami kerana menggunakan kata sehari-hari.

                        Contoh – “Oh, Usop! Surat ini dari Usop! Pak Usu kamu!”

 

            Ayat – Pemilihan ayat-ayatnya mudah dan banyak menggunakan ayat-ayat yang sederhana

                        Contoh – Pak Zubir mengenakan cermin mata tuanya. Dia menyiat sampul surat itu dengan cermat. Takut benar kalau isinya koyak.

 

Nilai

 

Mengenang budi- Usop telah pulang ke kampung untuk berjumpa dengan keluarga Pak Zubir yang telah banyak membantunya pada suatu ketika

   dahulu.

            Ketekunan dan kesabaran – Berkat ketekunan dan kesabaran Usop akhirnya beliau berjaya dalam pelajarannya sehingga menjadi pensyarah.

            Menghormati tetamu – Kedatangan Usop sebagai tetamu yang masih belum dikenal telah disambut dengan baik oleh Arif.

 

Pengajaran

 

&   Tidak mudah berputus asa walaupun cacat.

&   Tidak membenci orang-orang cacat.

&   Kecacatan bukanlah penghalang untuk seseorang berjaya dalam hidupnya.

&   Elakkan sifat suka berdendam.

&   Kita hendaklah menuntut ilmu kerana ilmu mampu membawa perubahan dalam hidup seseorang.

 

 

 

Top  |  Home