KOMSAS Tingkatan Satu

Kajian Puisi Moden

 

NEGERI CINTA   (NAHMAR JAMIL

BURUNG TEMPUA  ( ABDUL HADI YUSOFF )

TASIK BIRU, BAU SARAWAK  ( KEMALA )

PUISI BUAT MAMA   ( ADI BADIOZAMAN TUAH )

SURAT DARI KAMPUS  ( NAWAWEE MOHAMMAD )

SEORANG GURU TUA  ( GUNAWAN MAHMOOD )

 

NEGERI CINTA

(NAHMAR JAMIL)

 

BIODATA PENGARANG

     NAHMAR Jamil dilahirkan pada 4 November 1938 di Kampung Sena, Kangar, Perlis Indera Kayangan. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Arab Al-Alwiyah Addinah, Arau sehingga lulus Darjah IV Thanawi. Beliau pernah mengikuti Kursus Penulisan Kreatif di Universiti Sanis Malaysia. Selepasitu beliau terus aktif menghasilkan penulisan kreatif terutamanya puisi moden dan dianggap antara penulis yang prolifik. Sehingga kini beliau telah berjaya menulis beberapa kumpulan puisinya iaitu Pohon-Pohon Hijau , Negeri Tercantik serta Selamat Pagi Fajar. Beliau juga pernah memenangi Hadiah Karya Sastera Malaysia

 

Ciri-ciri Sajak

Sajak Negeri Cinnta ini mempunyai persamaan bentuk puisi tradisional, iaitu pantun dan syair. Hal ini dapat dilihat melalui bentuka rangkap serta rima bagi sajak ini. Sajak ini mempunyai empat baris serangkap dan menyerupai pantun empat kerat. Dari segi rimanya pula, sajak ini mempunyai pengaruh pantun dan syair. Rima a-b a-b boleh didapati dalam rangkap 1 dan 4.

 Rima syair pula dapat dilihat pada rangkap 3 iaitu mempunyai rima a-a-a-a. sajak ini juga mempunyai nada yang romantis, iaitu memperlihatkan sikap penyajak yang belenggu oleh perasaan cinta kepada alam semula jadi Malaysia yang kaya dan indah. Ia amat prihatin dann berharap agar keindahan dan kecantikan ini dapat dipertahankan.Hal ini dapat dibuktikan dengan ungkapan rangkap 1 baris 3 dan rangkap 3 baris 1.

 Selain itu, sajak ini dpat dianggap mempunyai nada patriotik kerana cinta penyajak kepada  tanah airnya sendiri. Bagi penyajak, Malaysia ialah negeri impian yang penuh dengan budaya serta rakyat yang bersatu padu. Hal ini jelas terlihat dalam rangkap 4.

 

Maksud Sajak

Secara keseluruhannya sajak Negeri Cinta  mengungkapkan tentang aspirasi dan cita-cita murni penyair untuk mewujudkan perpaduan negara. Penulis terpukau oleh keindahan dan kecantikan yang dimiliki oleh negaranya. Bagi penulis Malaysia ialah negeri yang indah, negeri yang diimpikan serta penuh dengan gemerlapan yang perlu dilindungi daripada keganasan dan perpecahan. Negeri yang damai, indah dan tenang yang perlu dijaga keharmoniannya dengan perpaduan dan keazaman.

 

Nilai

1. Cinta kepada negara

Sajak ini mengemukakan nilai cinta kepada negara yang amat mendalam sehingga penyajak mengajak semua masyarakat agar sama-sama mempertahankan keindahan dan kekayaan yang dianugerahkan kepada negara Malaysia.

2. Cinta kepada Keindahan

Penyajak juga menyatakan rasa cintanya kepada keindahan yang dikatakan tidak terdapat di negara lain.

3. Tanggungjawab

Penyajak juga mengajak seluruh umat agar sama-sama bertanggungjawab menjaga dan memelihara khazanah keindahan alam yang dianugerahkan.ia termasuklah lautan, hutan, langit dan sungai kepunyaan semua.

 

Gaya Bahasa

 

1. Metafora.

Gaya bahasa ini ialah gaya bahasa perbandingan atau kiasan yang menghubungkan suatu bahan konkrit dengan unsur-unsur abstrak. Unsur ini tidak melibatkan kata-kata penghubung. Contohnya Negeri kerinduan, Negeri cinta.

2. Hiperbola

Hiperbola bermaksud perbandingan atau penyataan yang berlebih-lebihan sifatnya atau ekstrim. Kadangkala sukar untuk difahami secara logik misalnya

Negeri terlindung di luar penglihatan

Cinta kepadanya cinta jutaan bunga-bunga

1. Pengulangan

Gaya pengulangan keseluruhan baris, rangkaian baris atau rangkap. Gaya pengulangan ini biasanya untuk menunjukkan penegasan dan harapan yang begitu tinggi

 

Ini laut kita lindungilah dari pencemaran

Ini hutan kita, lindungilah dari pemusnahan

Ini langit kita, lindungilah dari keracunan

Ini sungai kita lindungilah dari pembuangan

 

2. Asonansi

Pengulangan bunyi-bunyi vokal yang nyata seperti a, e, I, o, u,

 

3. Aliterasi

Pengulangan bunyi-bunyi konsonan selain daripada bunyi vokal

Negeri kerinduan, negeri penghijrahan ( ulang r )

Negeri cinta, negeri budaya, negeri perpaduan ( ulang g )

 

 

SEORANG GURU TUA

( GUNAWAN MAHMOOD )

 

Biodata Pengarang

 Gunawan Mahmood dilahirkan pada 29  Januari 1959 di Parit Raja, Batu Pahat, Johor. Beliau mendapat pendidikan tertinggi di fakultas Bahasa dan Saster, Universiti Nasional Indonesia di Jarkarta. Beliau kini bertugas sebagai Pegawai Penerangan Daerah Johor Baharu. Sepanjang penglibatan beliau dalam sastera beliau pernah menghasilkan sebanyak 12 buah puisi, puisi kanak-kanak dan novel. Penulisannya semakin mendapat sambutan dan matang sehingga pada tahun 1987 dan banyak memenangi hadiah dalam sayembara yang disertainya.

 

CIRI-CIRI SAJAK

Sajak ini keseluruhannya tidak terikat dengan puisi melayu tradisional. Sajak ini mempunyai tiga rangkap yang tidak sama jumlah barisnya pada setiap rangkap. Rangkap pertama mempunyai 11 baris, rangkap kedua 10 baris dan rangkap ketiga mempunyai 5 baris saja. Suku katanya pula dibentuk dengan menggunakan suku kata yang pendek dan padat

 Rima hujung sajak ini juga tidak langsung ada unsur puisi tradisi seperti pantun dan syair. Rimanya bebas dan tidak terikat. Nada bagi sajak ini lebih kepada balada, romantis dan ode. Balada ialah rima atau nada yang membolehkan penyajak menyampaikan perasaannya secara bercerita atau berkisah. Irama ini jelas dinyatakan di setiap rangkap sajak ini. Nada romantis pula ialah nada yang ditandai dengan sikap penyajak yang dibelenggu oleh perasaan kasih terhadap manusia, alam atau Tuhan. Dalam sajak ini penyajak dibelenggu oleh rasa kasih dan sayangnya pada seorang guru tua yang lama berkhidmat kepada bangsanya.

 Nada ode pula lebih merupakan pujian atau sanjungan terhadap individu.alam atau Tuhan. Tujuan dan maksudnya ialah menunjukkan pujian dan sanjungannya terhadap guru tuanya.

 

Maksud Sajak

 Sajak seorang guru tua sebenarnya mengangkat martabat dan kemuliaan guru yang dedikasi serta gigih mengasuh anak-anak muridnya. Penyajak mencuba merakamkan sejarah kehidupan seorang guru yang mulia tugasnya berjaya membimbing murid menjadi orang yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Guru bagi penyajak adalah perlu dimuliakan kerana tidak pernah berasa jemu dan bosan atau iri hati terhadap kejayaan anak muridnya.

 

Nilai

 

1. Hormat dan sayang pada guru

Nilai menanamkan rasa hormat dan sayang kepada guru kerana memberikan ilmu pengetahuan.

2. Guru sejati

Bagi seorang guru perjuangan dalam perkhidmatan perlu diperteguhkan. Azam yang tinggi tergenggam dan tidak wujud rasa bosan atau jemu dan terhina lantaran anak-anak muridnya lebih berjaya

3. Pujian kepada guru

Sebagai manusia yang pernah berguru sudah tentu kita harus memberikan pujian yang ikhlas kepada guru sebagai mengenang jasa yang terlalu besar dalam mendidik anak-anak yang tidak pernah mengharapkan lebih daripada ucapan terima kasih.

Gaya Bahasa

 

1. Anafora

Anafora ialah gaya pengulangan kata atau ungkapan di awal baris. Hal ini dapat dilihat pada rangkap 1 dan 2 yang banyak mengulangi ungkapan seperti ada, masih, dari dan dia.

 

2. Metafora

Contohnya  memutih kepada

Gigih menggenggam

 

3. Hiperbola

Pendidik bangsa

 

4. Inversi

Gaya bahasa inversi atau gaya menyongsangkan ayat

Kini rambut memutih kepala

 

5. pengulangan

guruku yang baik

 

6. Asonansi

Guruku yang baik ( vokal u )

Dari suara bibirnya ( vokal i )

 

7. Aliterasi

Kini rambut memutih kepala  ( konsonan m )

Dari suara bibirnya   ( konsonan r )

 

 

SURAT DARI KAMPUS

( NAWAWEE MOHAMMAD )

 

 

Biodata Pengarang

 

 Nawawee Mohammad atau nama sebenarnya Mat Rawi bin Hamat hanya memilih sajak sebagai genre sastera yang diceburi dan dihayatinya. Beliau telah menghasilkan beratus-ratus buah sajak dan tidak kurang daripada 15 buah antologi puisi.

 

Ciri-ciri sajak

 

Sajak ini bertemakan jalinan persahabatan akrab. Digambarkan oleh penyair, perasaan seorang remaja begitu bangga dengan surat yuang diterima daripada seorang rakan dari menara gading. Sajak Surat dari Kampus berbetuk bebas kerana tidak terikat dengan pantun dan syair. Sajak ini mempunyai 3 rangkap. Rangkap pertama 5 baris. Rangkap 2 dan 3 terdiri daripada 4 baris jumlah perkataan paling minimum ialah 2 perkataan. Purata perkataan pada setiap baris ialah 4 hingga 5 perkataan.

 

Maksud Sajak

 

Sajak ini memperlihatkan sikap seorang pelajar di kampung yang menerima surat kawannya dari kampus yang seminggu lagi akan pulang ke kampung. Pelajar itu berasa megah dan kagum dengan persahabatan terhadap pelajar yang telah berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading. Perasaan tersebut digambarkan oleh penyajak.

 

Nilai

 

1. Kemasyarakatan dan persahabatan

Masyarakat melayu yang masih menyanjung tinggi golongan mahasiswa. Golongan petani yang menyandarkan harapan begitu tinggi kepada golongan mahasiswa yang dapat membawa perubahan hidup yang diharapkan.

 

2. Dorongan dan motivasi

Bagi seorang teman surat dari kampus ini seolah-olah seperti pendorong dan motivasi kepadanya untuk berusaha untuk melanjutkan pelajaran dan sebagai seorang kawan yang masih ingat lagi kawan lamanya yang ada di kampung.

 

Gaya Bahasa

 

 Keseluruhan sajak ini menggunakan bahasa yang mudah difahami. Penggunaan ungkapan atau dialog  yang berunsur metafora, Hiperbola juga terdapat dalam sajak ini.

 

1. Asonansi

Tiba dari sebuah universiti  ( vokal i )

 

2. Aliterasi

Sekalipun sehelai kertas kumal  ( konsonan k )

 

 

 

PUISI BUAT MAMA

( ADI BADIOZAMAN TUAH )

 

Biodata Pengarang

 

 Adi Badiozaman Tuah dilahirkan pada 1951 di Tatau Bahagian Ketiga Sarawak. Anak kelahiran sarawak ini memperolehi Ijazah sarjana Muda Sastera (kepujian) sarjana Pendidikan dan Kedoktoran dari Universiti Malaya. Beliau juga pernah menjadi Pengetua Kolej Tun Datuk Patinggi Tuanku Hj Bujang, Miri Kini menjadi Pegawai Pendidikan Kanan di Kementerian Pendidikan. Puisinya berjudul penagih Sepi memenangi Hadiah Karya Sastera tahun 1975. selain itu puisi-puisinya turut termuat dalam antologi bersama Nafas Kemanusiaan.

 

Ciri-ciri Sajak

 

  Sajak ini bertemakan pengorbanan dan nilai kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya. Penyair telah meletakkan sajak ini sebagai sebuah sajak bebasdan hanya mempunyai 2 rangkap. Rangkap 1 mengandungi 7 baris dan rangkap 2 terdiri daripada 6 baris. Bilangan perkataan yang paling sedikit sebaris ialah dalam rangkap pertama baris pertama. Jumlah perkataan setiap baris tak sama.

 

Maksud Sajak

 

Dalam sajak Puisi Buat Mama penyair melukiskan bagaimana perpisahan terjadi menyebabkan pengorbanan dan nilai kasih sayang seorang ibu kepada anak tidak dapat diukur dengan kata-kata.

 Gubahan sajak ini cukup sayu atau melankolik. Hal ini terlihat menerusi perpisahan yang terjadi antara seorang anak dengan seorang ibu. Disebabkan tuntutan diri ibu yang memerlukan perpisahan demi kesenangan akan datang, maka si ibu terpaksa berkorban meninggalkan anak yang tersayang dengan rela hati.

Nilai

 

1. Pengorbanan

 

2. Kasih Sayang

 

3. Berdikari

 

Gaya Bahasa

 

 Sajak ini menggunakan bahasa yang ringkas, puitis dan indah bahasanya, Pengulangan vokal “ i “ atau asonansi selain aliterasi “ s “ banyak digunakan. Bentuk inversi juga terdapat dalam sajak ini contohnya :-

 

Satu pengorbanan yang perlu

 

 

 

TASIK BIRU, BAU SARAWAK

( KEMALA )

 

Biodata Pengarang

 

 Kamala yang sebenarnya Ahmad Kamal Abdullah dilahirkan pada 30 januari 1941 di daerah Gombak, selangor Darul Ehsan. Kamala melanjutkan pelajaran ke Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang dan memperoleh sarjana Muda Sastera pada tahun 1985. Jawatan terakhir yang disandang oleh beliau ialah sebagai Ketua Bahagian Sastera Moden di Dewan Bahasa Dan Pustaka. Kamal pernah menerima Hadiah Karya Sastera pada tahun 1972, 1975, 1976, 2 dan 1983 merupakan penerima anugerah SEA write Award pada tahun 1986.

 

Ciri-ciri sajak

 

 Sajak Tasik Biru, Bau Sarawak merupakan sebuah sajak bebas yang tidak terikat pada sajak tradisional mempunyai 3 rangkap yang semuanya berjumlah 21 baris. Jumlah perkataan dalam satu baris antara 1 hingga 6 patah perkataan. Jumlah baris yang mempunyai 6 patah perkataan ialah seperti rangkap 3 baris 4.

 Terdapat juga penggunaan tanda baca seperti tanda soal pada rangkap tertentu. Jumlah perkataan dalam setiap baris juga kelihatan tidak setara atau sama. Ini menjadikan sajak Kamala sebuah sajak bebas.

Maksud Sajak

 

 Penyajak melihat Tasik Biru, Bau Sarawak mempunyai pemandangan yang sungguh indah dan menawan. Alam yang indah dan cantik ini telah mempengaruhi hingga ke dalam jiwa penyajak yang membuatkan penyajak membuat rumusan dan analisis tentang keindahan yang dilihatnya. Segala keindahan warna yang terdapat pada tasik tersebut seharusnya meresap ke dalam jiwa sehingga benar-benar membawa kesan yang mendalam. Hal ini membuatkan penyajak merindui untuk melihat keindahan tasik yang pada dasarnya indah tetapi hakikatnya telah mengalami pencemaran.

 

 

Nilai

 

 Nilai yang ingin disampaikan iaalah menghargai kewujudan alam sekitar yang seharusnya dijaga dqaripada dicemari oleh kegiatan manusia. Aktiviti-aktiviti pencemaran seharusnya dielakkan walaupun pada zahirnya pemandangan alam kelihatan indah tetapi hakikat sebebarnya ia bukalah keindahan yang sebenarnya.

 

Gaya Bahasa

 

 Penyajak menggunakan bahasa yang mudah dan bersahaja. Mudah difahami terdapat juga unsur –unsur pengulangan vokal dan konsonan digunakan

 

Asonansi

 

 Kaukah yang terharu itu kawanku  ( vokal u )

 Tapi jua mimpi-mimpi abstraksi  ( vokal i )

 

Aliterasi

 

 Kaukah yang terharu itu kawanku ( konsonan k )

 Bukan di depan kenyataan saja  ( konsonan n )

 

 

 

 

BURUNG TEMPUA

( ABDUL HADI YUSOFF )

 

Biodata Penulis

 

 Abdul Hadi Yusoff dilahirkan pada 25 Jun 1959 di Kampung Panchor, Kemumin, daerah Kota Bharu, Kelantan Darul Naim. Beliau mula menulis sejak tahun 1978. Beliau juga telah bebarapa kali memenangi hadiah dalam pelbagai sayembara antara hadiah yang pernah menjadi koleksi beliau termasuklah Hadiah Sagu Hati Sastera remaja ( ESSO- Gapena 1986) dan puisi Hari Kebangsaan tahun 1989

 

Ciri-ciri sajak

 

 Sajak Burung Tempua pada dasarnya terdiri daripada 3 rangkap yang mengandungi 19 baris. Sajak ini merupakan sajak yang bebas iaitu tidak terikat pada konvensi puisi tradisional seperti sajak pantun.

 Sajak Abdul Hadi Yusoff mempunyai jumlah perkataaan dalam baris antara 2 hingga 4 patah perkataan sahaja dan juga terdapat baris yang hanya 2 patah perkataan sahaja.

 

Maksud Sajak

 

 Sajak ini menggambarkan ketabahan burung tempua membina tempat kediaman daripada rumput dan jerami tanpa mengenal erti jemu. Penulis juga menggambarkan burung tempua yang bersaiz kecil sanggup meredah angin dan panas matahari semata-mata pergike padang bagi membuat sarang dan kecekalan berulangalik telah memperlihatkan kerajinan sehingga dapat membina sarang yang begitu indah dan unik. Penyajak juga mendapat pengajaran betapa burung tempua yang seharusnya menjadi teladan dalam memberikan semangat dan kerajinan  dan usaha gigih bagi mencapai kejayaan yang diidamkan yang seharusnya menjadi iktibar semua individu.

 

Nilai

 

1. Kerajinan

Setiap manusia mestilah mempunyai kerajinan dan semangat bagi mencapai esuatu kejayaan.

 

2. Bercita-cita dalam hidup

Hidup ini seharusnya mempunyai tujuan dan cita-cita dan dengan usaha untuk memperoleh kejayaan

 

3. Fikiran Positif

Kekurangan tidak seharusnya menjadi alasan dan penghalang untuk berjaya.

 

Gaya Bahasa

 

 Penulis menggunakan bahasa yang mudah difahami dan terus kepada maksud yang ingin dijelaskan. Terdapat juga unsur-unsur pengulangan dan memperlihatkan rima bunyi hujung yang menunjukkan sajak ini bebas daripada puisi tradisional.

 

Asonansi

 

 Mencipta rumah tempat berlindung  ( vokal  e )

 Membina bilik tempat berteduh        ( vokal e )

 Menjelajah dari setiap padang           ( vokal a )

 

Aliterasi

 

 Mencipta rumah tempat berlindung   ( konsonan m )

Rajin dan tekun mencipta           ( konsonan n )

 

Top  |  Home