Story Page

 

Kisah Empunya Homepage

 

Merupakan Anak kelahiran Sarawak dilahirkan dalam sebuah Keluarga Sederhana pada kelendar lunar Arnab, merupakan anak bongsu dalam keluarga. Mendapat Pendidikan awal di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Chung Hua Sambir Di Bahagian Kelapan Sarawak sehingga tamat darjah Enam dalam aliran Bahasa Cina. Melanjutkan pelajaran Di bawah tajaan Yayasan Sarawak di Negeri Penuh Bersejarah (Sekolah Tun Perak, Jasin Melaka ) selama lima tahun dalam aliran bahasa melayu sehingga tamat tingkatan lima. Melanjutkan pelajaran dalam tingkatan enam di negeri kelahiran sendiri iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Abang Haji Openg sebagai kumpulan pertama pelajar tingkatan enam sekolah tersebut dan juga adalah Ahli Jawatankuasa Induk pengasas PERTENO (PersatuanTingkatan Enam ) sekolah tersebut.

            Mula menjadi seorang pendidik pada tahun 1985 di beberapa Sekolah Menengah di Bahagian Kuching sebagai guru Sandaran. Mula mendapat latihan sebagai guru terlatih di Maktab Perguruan Batu Lintang (BLTC) pada tahun 1987 dalam bidang Pengajian Melayu dan Geografi. Mula menjadi Pendidik Secara terlatih pada akhir tahun 1989 di kawasan pendalam bahagian pertama Mempunyai minat yang mendalam dalam bidang Teknologi Maklumat dan mula menjelajah dunia komputer pada tahun 1995 atas usaha sendiri dengan bantuan rakan-rakan.   

            Memiliki komputer peribadi pada tahun 1995 jenis Pentium 166 dan masih digunakan hingga sekarang. Mula menghadiri kursus yang berkaitan dengan bidang Teknologi Komputer pada tahun 1997 dan tahun 2000 anjuran Kementerian Pendidikan. Kini masih berusaha untuk mempelajari dan mendalami bidang Teknologi Komputer secara sendiri. Buat masa ini masih menjadi seorang pendidik di sebuah sekolah menengah di luar bandar kuching.  (SMK Lake, Bau)

Kegiatan pada masa lapang ialah menghadap komputer Peribadi, melayari Internet untuk mencari maklumat dan isu-isu semasa melalui website dalam dan luar negara. Selain daripada itu ialah membaca, mendengar radio dan muzik irama sentimental.

 

 

 

Homepage

 

Nota Pelajaran 

 

Sajak Pilihan

 

Mutiara Kata

 

Resipi Memasak

 

Banjir Besar 2004

 

Coming

 

Coming

 

Coming