fiLeM

Ziana Zain telah berlakon dalam 5 buah filem ‘box-office’ seperti
Sembilu, Sembilu2, Maria Mariana, Maria Mariana2 dan Merah.

SEMBILU & SEMBILU 2

Pengarah :
Yusof Haslam
Penerbit :
Skop Productions
Tahun :
1994 & 1995
Box Office:
RM 4 & 6 juta

 
Agenda dari sedutan Filem Sembilu
Dalam Sembilu 1 dan 2, Ziana memegang watak sebagai seorang penggoda. Dalam  filem tersebut Ziana merupakan seorang penyanyi yang jatuh hati dengan seorang penyanyi popular iaituAwie.  Kebetulan Awie telah mempunyai kekasih bernama Wati. Berbagai usaha Ziana lakukan untuk memiliki Awie. Walau berbagai usaha Ziana lakukan namun Ziana tetap gagal memiliki Awie.

MARIA MARIANA & MARIA MARIANA 2

Pengarah:
Yusof Haslam
Penerbit:
Skop Productions
Tahun:
1996 / 1998
Box Office:
RM 4.6 juta / 3.7 juta

 
Dalam Maria Mariana, Ziana memegang watak seorang gadis bernama Mariana.Mariana cemburu atas perhatian dan kasih  sayang yang dicurahkan kepada kakaknya iaitu Maria. Sebagai tanda memberontak Mariana menjadi liar. Suatu hari seorang lelaki telah menyelamatkan Mariana dan dia berjaya menjadikan Mariana menjadiseorang gadis yang baik. Kebahagiaan yang Mariana kecapi tidak lama. Suatu hari Mariana telah dijadikan tebusan oleh penjahat. Maria telah tertembak ketika berusahamenyelamatkan Mariana Dalam Maria Mariana 2, Maria terselamat dan Mariana telah berubah. Bagaimanapun, Mariana memberontak setelah Ray, teman lelaki lamanya mengganggu hidupnya. Dalam masa yang sama, dia berbaik dengan 'lelakimisteri' Sazali dan Remy teman sepejabatnya menaruh hati padanya. agaimanapun, dengan ketulusan hati, Mariana menerima Remy sebagai  teman hidupnya.

MERAH

Pengarah : 
M.Nasir
Penerbit : 
Luncai Emas
Tahun : 
1997
Box Office: 
RM 2 juta

 
Dalam filem Merah, Ziana memegang watak seorang kaunselor bernama Kasih. Kasih cuba membimbing Merah kembali ke pangkal jalan. Kasih berjaya dan akhirnya ia jatuh cinta dengan Merah.