BERILAH LAH KHABAR-KHABAR GEMBIRA BUAT WANITA-WANITA SOLEHAH


Abdullah bin Mas'ud r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda:
  • " Apabila seorang wanita mencucikan pakaian suaminya, maka Allah swt mencatat baginya seribu kebaikan dan mengampuni dua ribu kesalahannya, bahkan segala sesuatu yang disinari sang suria akan memintakan ampunan baginya dan Allah swt mengangkatnya seribu darjat untuk nya"
Hadis riwayat Abu Manshur didalam kitab MUSNADIL FIRDAUS
  • Apabila seorang wanita memberi makan dengan taat pada suaminya yang pulang dari musafir, maka Allah swt memberikannya 12 tahun ibadat nafil
  • Abdurrahman bin Auf r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda: " Seorang wanita yang soleh lebih baik daripada seribu orang laki-laki yang tidak soleh dan seorang wanita yang melayan suaminya selama seminggu, maka ditutuplah baginya tujuh pintu neraka dan dibukakan baginya delapan pintu syurga yang dia dapat masuk dari pintu mana saja tanpa hisab" Al-Hadis
  • Seorang suami yang redha akan isterinya ketika meninggal dunia, Allah swt mewajibkan syurga bagi isterinya Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda: " Sebaik-baik wanita adalah apabila dia engkau pandang maka dia mengembirakan bila engkau perintahkan dia taat dan bila engkau tiada dia menjaga hartamu dan menjaga pula akan kehormatan dirinya" Al- Hadis
  • Anas bin Malik meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda: " Seorang wanita yang apabila mengerjakan sholat lima waktu, berpuasa wajib sebulan, memelihara kemaluannya serta taat kepada suaminya maka pasti akan masuk syurga dari pintu mana saja yang dia kehendaki" Hadis riwayat Abu Naim
  • Siti Aishah r.ha. meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda: " Tidaklah seorang wanita yang haidh itu, kecuali haidhnya merupakan kifarat (tebusan) untuk dosa-dosanya yang telah lalu dan pada hari pertama haidhnya membaca : " Alhamdulillahi 'alaa kulli wa astaghfirullah" (Segala puji bagi Allah dari segala keadaan dan saya mohon ampun kepada Allah dari segala dosa), Maka Allah menetapkan dia bebas dari neraka dan dengan mudah melalui shiratal mustaqim yang aman dari seksa, bahkan Allah swt mengangkat keatas nya darjat seperti darjatnya 40 orang yang mati syahid, apabila dia selalu berzikir kepada Allah swt selama haidhnya"

    PERINGATAN KEPADA WANITA-WANITA

  • Abdurrahman bin Auf r.a meriwayatkan bahawa dia mendengar Rasulullah s.a.w : " Seorang wanita yang membuat susah suaminya dalam hal belanja atau membebani sesuatu yang suaminya tidak mampu, maka Allah tidak akan menerima amalan wajib dan sunnahnya" Al-hadis
  • Abdullah bin Umar r.a meriwayatkan bahawa dia mendengar Rasullullah s.a.w bersabda: " Kalaulah seandainya yang ada dibumi ini merupakan emas dan perak serta dibawa oleh seorang wanita kerumah suaminya, kemudian dia pada suatu hari terlontar kata-kata angkuh: "Engkau ini siapa?, Semua harta kekayaan ini milikku dan engkau tidak mempunyai harta apa pun" Maka Allah hapuskan semua amal kebaikkannya walaupun amal itu banyak." Al-hadis
  • Ibnu Abbas r.a juga meriwayatkan bahawa dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: "Seorang wanita yang keluar dari rumah suaminya tanpa izinnya, maka dia dikutuk oleh segala sesuatu yang disinari oleh sang suria (matahari) dan bulan sehingga dia pulang kembali ke rumah suaminya" Al-hadis
  • Usman r.a berkata , " Saya mendengar Rasulullah s.a.w bersabda :" " Tidak seorang wanita pun yang mengatakan pada suaminya " Saya belum pernah melihat kebaikan mu", kecuali Allah akan menghapuskan amal kebaikkannya selama tujuh puluh tahun, sekalipun dia berpuasa disiang hari dan mengerjakan sholat di malam hari" Al-hadis