Bersama Siti Nurhaliza


"SITI NURHALIZA...Satu nama besar yang tidak perlu diperkenalkan lagi dalam industri muzik tanahair.Terlalu banyak perkara tentang diri Siti yang menjadi bualan ramai dan didedahkan secara meluas oleh pihak media.Begitulah bertuahnya anak seni bernama 'Siti Nurhaliza' ini yang 4 tahun berturut-turut diiktiraf kelompok besar peminat muzik sebagai Artis Paling Popular tanahair di Anugerah Bintang-Bintang Popular.Secara peribadi,saya memandang Siti sebagai seorang penyanyi yang berbakat besar,serius & terlalu cintakan kariernya.Pertahankanlah apa yang Siti pertahankan selama ini,personaliti & falsafah ketimuran kita... Kerjasama Siti pada saya dalam Majlis Pelancaran Imej Baru Program Rakan Muda di Nirwana Ballroom,Hotel Hilton KL (14 Oktober 2000) amat saya hargai.Peminat-peminat muzik di Malaysia nampaknya akan terus dilanda apa yang majalah Massa istilahkan sebagai 'FENOMENA SITI NURHALIZA'!


Di Samping Liza Hanim


"Pertama kali bertentang mata dengan Liza membuatkan saya berdebar-debar... Saya terpegun dengan senyuman yang dilemparkannya pada saya.Apabila saya menghampirinya,saya memberanikan diri menegurnya & ternyata Liza seorang yang amat peramah & matang pemikirannya! Liza antara artis yang berjaya membuktikan bahawa dia mampu menyeimbangkan antara akademik & kerjayanya sebagai penyanyi.Kemerduan suaranya tidak dapat dipertikaikan & saya cukup tersentuh bila setiap kali mendengarnya...Kesudian Liza menerima saya sebagai seorang teman menunjukkan yang Liza amat menghargai nilai persahabatan. SEMOGA HUBUNGAN BAIK INI TERUS BERPANJANGAN..."

Coretan Liza


Album : PUTERI JELMAAN (1999)
KUIDAMKAN RINDU
ANTARA KITA
LEPAS BIAR BERSEBAB
PUTERI JELMAAN
BAHTERA CINTAMU
SENTUHAN KASIH IBU
SELAUTAN MERINDU
BIARKAN AKU MERINDUIMU
RINDU DATANG BERTAMU - duet bersama Anis Suraya
IZINKAN KU BERLALU


Album : DI MANA KAN KU CARI GANTI (1998)
DI MANA KAN KU CARI GANTI
ISTANA CINTA
RINDU HATIKU TIDAK TERKIRA
JANGAN TINGGAL DAKU
MALAM INI KITA BERPISAH
SENYUM TAK BERBALAS
HUJAN DI TENGAH HARI
AIRMATA DI KUALA LUMPUR
BARANG YANG LEPAS JANGAN DIKENANG
BIARLAH AKU PERGI
HILANG TERANG TIMBUL GELAP
PUTUS SUDAH KASIH SAYANG


Album : EPILOG (1997)
GETARAN CINTA DI JIWA
CINTAILAH AKU SEPENUH JIWA
DUNIA CINTA
SIAPA SANGKA SIAPA MENDUGA
TEMANKU TERSAYANG
NILAI CINTAMU
MENANTI KEHADIRAN - duet bersama 2 BY 2
MENJUNJUNG ASMARA
JERITAN BATINKU
MIMPI BERULANG KEMBALI


Pengalaman Bertemu Raihan


"Pertama kali diberitahu yang saya akan bekerjasama dengan perintis irama nasyid kontemporari terulung tanahair,Raihan,dalam mini konsert mereka di kampus Multimedia University,Cyberjaya (12 September '99), saya cukup gementar...Gementar memikirkan apakah saya mampu mengendalikan mini konsert sebuah kumpulan nasyid se'gah' mereka sebagai hos,apatah lagi membuat persembahan bersama mereka.Namun, ternyata Raihan mengajar saya cara bekerja yang profesional,terutama sekali kerja-kerja di belakang pentas.Kerjasama dari Abang Bakar,Che Am,Abang Nazrey dan Abang Zarie benar-benar menyelamatkan majlis malah menghidupkan lagi suasana persembahan.Semoga Allah S.W.T. terus memberkati perjuangan suci kalian dalam bidang seni.RIBUAN TERIMA KASIH SAYA UCAPKAN PADA KALIAN...!!!"


NEXT GALLERY
PREVIOUS GALLERY
Klik Untuk Ke Laman PENGHARGAAN ARTIS UNTUKKU
BACK TO MAIN PAGE