Kenangan Bersama KRU


BIODATA NORMAN
"Abang Norman sentiasa menjadi 'role model' saya untuk menjadi usahawan muda yang berjaya...Kemampuan Abang Norman mengembangkan KRU Production menjadi KRU Berhad merupakan suatu kejayaan yang memberangsangkan memandangkan KRU bertapak dalam bidang muzik & perniagaan hanya baru melebihi setengah dekad.Kemunculan single 'Luar Biasa','Formula' & 'Jangan Lafazkan' termasuk kejayaan album 'The Way We Jam' di pasaran Australia diharap terus meletakkan KRU di puncak kegemilangan dalam industri muzik tanahair.Apatah lagi,kini imej 'virtual artists' KRU melalui 'TYCO' telah diiktiraf oleh Malaysian Book Of Records sebagai 'artis alam maya pertama di Malaysia'! SYABAS ABANG NORMAN & DA' GANG!!!..."

BIODATA YUSRY
"Abang Yusry memiliki vokal yang cukup unik & amat saya minati terutama sekali apabila Abang Yusry menyampaikan lagu-lagu berentak balada dalam album-album KRU sejak kelahiran album 'Canggih'(1992) hinggalah ke album Inggeris pertama KRU,'The Way We Jam'(1998) melalui lagu romantis,'For You'. Kekuatan vokal Abang Yusrylah yang menjadi imej & identiti lagu-lagu KRU selama ini.Tradisi ini diteruskan lagi dalam album 'Formula Luar Biasa'(1999) & 'TYCO' (2001)! Sebagai usahawan pula,kemampuan Abang Yusry menguruskan KRU Berhad bersama-sama Abang Norman & Edry tidak boleh dipertikaikan lagi. SEMOGA KRU & TYCO TERUS UNGGUL!!!..."

BIODATA EDRY
"Pertama kali bertemu Abang Edry merupakan suatu pengalaman yang menarik. Pada mulanya,saya menjangkakan Abang Edry seorang yang pendiam & tak banyak bercakap...Setelah saya menyapa,barulah saya sedar yang Abang Edry seorang yang suka buat kelakar & 'happy-go-lucky'!!! Abang Edry juga seorang ahli perniagaan yang berbakat & kuat bekerja.Semoga gelaran 'suami' & 'daddy' setelah melangsungkan perkahwinan dengan Kak Milia mematangkan lagi Abang Edry dalam mempertingkatkan prestasi KRU,TYCO & KRU Berhad di alaf baru. SAYA MEMANG 'RESPECT HABIS'! HIDUP KRU!!! HIDUP TYCO!!!..."


CHERRINA (Dari album 'Canggih'-1992)
MENGERTI (Dari album 'reKRUed'-1993)
KATANYA (Dari album 'reKRUed'-1993)
AWAS (Dari album 'Awas-Mini Album'-1994)
JANJI TINGGAL JANJI (Dari album 'Awas-Mini Album'-1994)
UNTUKMU '94 (Dari album 'Awas-Mini Album'-1994)
DI DALAM DILEMA (Dari album 'Awas-Mini Album'-1994)
MALAM KITA (Dari album 'Awas Da Soundtrack'-1995)
2 (Dari album 'Awas Da Soundtrack'-1995)
NEGATIF (Dari album 'Awas Da Soundtrack'-1995)
OOH! LA! LA! (Dari album 'Ooh! La! La!'-1996)
APA SAJA (Dari album 'Ooh! La! La!'-1996)
FANATIK (Dari album 'Krumania'-1997)
DI PINTU SYURGA - duet bersama Elite (Dari album 'Krumania'-1997)
MANIAMEDLEY (Dari album 'Krumania'-1997)
GETARAN JIWA - duet bersama Allahyarham Tan Sri P.Ramlee (Dari album 'Krumania'-1997)
FOBIA (Dari album 'Silat Legenda'-1998)
SETIA BERSAMA - duet bersama Sheila Majid (Dari album 'Silat Legenda'-1998)


Di Samping Sasha Elite

BIODATA SASHA

"Sasha merupakan seorang artis yang berbakat bukan sahaja dalam bidang 'modelling' yang menaikkan namanya tetapi juga nyanyian,tarian & lakonan di televisyen & layar perak.Kejayaan album 'Catwalk','Tamparan','Idola' & 'Merbahaya' bersama Elite di mana penjualan kesemua album itu memberangsangkan membuktikan yang kumpulan ini diterima baik peminat-peminat muzik di Malaysia tanpa dibayangi populariti kumpulan KRU yang membimbing Elite.Semoga selepas ini,Sasha terus berjaya secara solo sebagai anak seni walaupun kini Elite tidak lagi bersama KRU Berhad..."

G.I.G (Dari album 'Catwalk'-1996)
TAMPARAN WANITA (Dari album 'Tamparan'-1998)
LIHATLAH DUNIA (Dari album 'Silat Legenda'-1998)


GALLERY II
GALLERY I
Klik Untuk Ke Laman PENGHARGAAN ARTIS UNTUKKU
BACK TO MAIN PAGE