Berita Sekolah Kebangsaan Tengku Bariah,K.Trg., Malaysia

BERITA TERKINI SEMASA UNTUK TATAPAN PARA IBU BAPA DAN PENGUNJUNG-PENGUNJUNG LAMAN WEB SKTB. BERITA TERBARU DILETAKKAN PALING ATAS
E-mail sktbnet@tm.net.my
Laman Web Resmi: http://pages.hotbot.com/edu/cgwan/pengurusan.html (Klik SKTB di atas)

(Telah berpindah ke laman baru mulai 28 - 01 - 1999)

Rabu 27 Januari, 1999:
Majlis Hari Raya Sekolah


Majlis Hari Raya yang melibatkan semua guru, kakitangan dan murid-murid diadakan dengan meriahnya di sekolah dengan semua murid, guru-guru dan kakitangan berpakaian raya.

Ahad 25 Oktober,1998:
Lawatan Nazir Dari K.Lumpur


3 orang nazir sekolah' Tuan Haji Aman Shah, Encik Mutusamy dan Encik Abdullah telah hadir ke sekolah untuk membuat pemeriksaan "Anugerah Kualiti Menteri Pendidikan" 1998.

Sabtu 17 Oktober,1998:
Rombongan GB Pontian


Serombongan Guru Besar daerah Pontian, Johor melawat SKTB secara mengejut dan disambut oleh Guru Besar SKTB yang kebetulan berada di sekolah. Mereka ditaklimatkan oleh GB sebelum dilepaskan melawat ke serata kawasan sekolah.

Ahad 27 & Selasa 29 September,1998:
Pengauditan Nazir Sekolah


Empat orang nazir sekolah diketuai oleh Ketua Nazir Terengganu, Tuan Haji Mohamad Abdullah, membuat pengauditan untuk Anugerah Kualiti Menteri Pendidikan 1998.


Selasa 01 September,1998:
Ujian PTS dan UPSR Bermula


Kedua-dua ujian yang terpenting itu bermula hari ini. Doa daripada semua pihak amat diperlukan agar semua calon SKTB mencapai kecemerlangan.

Sabtu 29 Ogos,1998:
Mesyuarat Staf


Mesyuarat staf ke empat di adakan mulai 9:00 a.m. hingga 12:00 p.m. membincangkan pembahagian tugas staf bagi 1999.

Khamis 13 Ogos,1998:
Solat Hajat UPSR


Solat Hajat UPSR diadakan di surau sekolah. Terima kasih kepada semua yang hadir, terutama kepada Ustaz Haji Abd. Aziz kerana menyediakan jamuan.


Isnin 03 Ogos,1998:
MESYUARAT OPTION KRITIKAL DI SM. BANDAR


Guru Besar menghadiri mesyuarat Option Kritikal di SM. Bandar mulai 10:30 pagi.


Isnin 03 Ogos,1998:
UJIAN OTI TAHAP 1 & 2


UJIAN BAGI KEDUA-DUA TAHAP BERLANGSUNG HARI INI DAN AKAN BERAKHIR PADA HARI SELASA 4 OGOS,1998.


Ahad 02 Ogos,1998:
PEP-TALK DI SSB


Satu majlis pep-talk telah diadakan di Sudut Seri Bariah (SSB)di mana Guru Besar menyampaikan kandungan taklimat KPPM kepada semua guru dan kakitangan.


Sabtu 01 Ogos,1998:
KPPM DI WISMA YAYASAN ISLAM


Guru Besar telah menghadiri taklimat yang disampaikan oleh Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia. Mereka yang mendengar taklimat terdiri daripada Pengetua dan Guru Besar serta pegawai-pegawai di jabatan dan PPD.


Khamis 23 Julai,1998:
MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL


Majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah diadakan di sekolah di mana penganugerahan Murid Mithali dibuat dan majlis juga dipenuhi dengan suyarahan dan persembahan nasyid. Majlis dimulakan dengan bacaan Auyat-ayat Suci Al-Quran.


Sabtu 18 Julai,1998:
KURSUS INTERNET DI SKTB


Guru Besar sekolah ini menyampaikan kursus internet kepada Pengetua dan Guru Besar sekolah-sekolah Kuala terengganu Utara dengan dibantu oleh empat orang pegawai dari MIMOS. Ia dianjurkan oleh 3 PKG di K.Terengganu Utara dan PPD K.uala Terengganu.


Selasa 14 Julai,1998:
HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH


Hari Guru peringkat sekolah telah diadakan hari ini setelah tertangguh selama kira-kira 2 bulan kerana berkabung di atas kemangkatan Almarhum Tuanku Sultan. Buat5 pertama kalinya ia diurus dan dikendalikan oleh masyarakat setempat yang terdiri daripada persatuan dan pertubuhan masyarakat. Pelbagai acara seperti pertandingan anyaman ketupat dan sukannika diadakan selain ucapan dan penyampaian anugerah kepada guru-guru Al-Quran kampung serta guru-guru. Anugerah seperti Anugerah Guru Rajin, Guru Iltizam, Guru Pintar, Guru Serba Boleh, Guru Harapan Sekolah, Guru Anggun dan lain-lain yang berjumlah 17 anugerah semuanya disampaikan. Murid-murid pula membawa bermacam jenis kuih muih untuk dimakan. Kemeriahan hari guru jelas terpancar di wajah semua murid, ibu bapa yang hadir serta guru-guru.

Khamis 02 Julai,1998:
DIKUNJUNGI PELAWAT


Guru Besar dan penolong kanan SK. Rasau Kerteh membuat lawatan meninjau kemudahan internet dan lain-lain di SKTB.


Sabtu 27 Jun.,1998:
20 KURSUS INTERNET DI SKTB


Guru Besar menyampaikan kursus internet kepada kira-kira 50 orang pengetua dan guru besar, anjuran PPD dan PKG bertempat di SKTB.


Rabu 24 Jun.,1998:
20 BUAH KERUSI KOMPUTER


SKTB menerima 20 kerusi komputer.


Selasa 23 Jun.,1998:
20 BUAH MEJA KOMPUTER


SKTB MENERIMA 20 BUAH MEJA KOMPUTER DARIPADA PEMBEKAL untuk kegunaan 20 komputer yang dijanjikan oleh Ybhg. Dato' Pengarah


Isnin 22 Jun.,1998:
GURU BESAR BERMESYUARAT DI PSPN


Guru Besar menghadiri mesyuarat pembinaan laman web "Terengganu Educational Mega Web" untuk jabatan dan dilantik menjadi webmaster laman tersebut.


Ahad 21 Jun.,1998:
GURU BESAR AHLI PANEL FORUM


Guru Besar telah menyertai forum anjuran maktab perguruan dan PNB sebagai ahli panel bertempat di Hotel Park Inn International.


Rabu 17 Jun.,1998:
GOTONG-ROYONG


Gotong-royong mengecat sekolah oleh Ibu bapa, guru-guru dan kakitangan bermula hari ini selepas waktu asar. Projek ini akan dilaksanakan secara berkala setiap hari Rabu. Diharapkan projek ini dapat menjimatkan kos dalam usaha membantu kerajaan pada saat negara dilanda kegawatan ekonomi.

Selasa 16 Jun.,1998:
LAWATAN MENGEJUT DATO' PENGARAH:


Yang Berbahagia Dato' Abdul Rahim bin Tahir, Pengarah Pendidikan Terengganu telah membuat lawatan mengejut ke sekolah ini dan berjumpa dengan guru serta memeriksa kawasan sekitar dan bilik darjah.

Dalam perjumpaan dengan guru-guru, beliau telah menyatakan akan membantu sekolah ini dalam usaha menubuhkan IT-Based Education sebagaimana yang dihasratkan oleh pihak sekolah. Beliau juga berjanji akan menghantar pegawai-pegawai JPNT untuk meninjau beberapa lokasi bagi tujuan pengubahsuaian, termasuk tandas dan kantin sekolah, selain membantu menyediakan bilik untuk perpustakaan elektronik sebagai asas kepada IT- Based Education yang disebutkan itu. Selain itu beliau juga telah membuat kelulusan sertamerta seunit komputer tambahan untuk ditempatkan di bilik mesyuarat.


Isnin 15 Jun.,1998:
SURAT MENGENAI GOTONG-ROYONG:


Sekolah akan memulakan satu projek gotong-royong mengecat sekolah setiap hari Rabu selepas waktu Asar dengan penyertaan guru dan kakitangan serta suami dan isteri masing-masing. Selain itu ibu bapa juga dijemput menyertainya dan surat jemputan dikeluarkan hari ini kepada semua guru, kakitangan dan juga ibu bapa.

Diharap semua yang ingin menabur bakti bolehlah hadir ke sekolah pada hari waktu yang ditetapkan itu setiap minggu.


Ahad 14 Jun.,1998:
KEMENANGAN DALAM PERTANDINGAN:


SKTB telah memenangi Pertandingan Reka dan Menang Dengan Syiling 1 Sen BSN Commercial Bank dan akan menerima hadiah di NST, Kuala Lumpur pada 19 Jun, 1998. Dua orang guru dan dua orang murid akan mewakili pihak sekolah ke upacara tersebut.

Pihak sekolah belum diberitahu tentang kudukan kemenangan, tetapi menjangkakan mendapat tempat pertama yang menjanjikan hadiah satu set komputer.

Ini merupakan hasil usaha beberapa orang guru dan murid yang bersungguh-sungguh mencipta pintu gerbang istana maziah dengan duit syiling 1 sen.

Guru Besar sekolah ini mengucapkan tahniah kepada guru-guru dan murid-murid yang telah berusaha untuk mendapat kejayaan tersebut.