Selaras dengan dasar kerajaan untuk menjayakan Koridor Raya Multimedia (MSC), Kementerian Belia dan Sukan telah mengambil inisiatif dengan menubuhkan 200 Pusat Latihan Komputer di seluruh negara yang dikenali sebagai IT-Base.

IT-Base adalah singkatan dari perkataan Institut Teknologi Belajar Asas Sistem Elektronik. Merupakan pusat latihan komputer yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar untuk memberi kemudahan kepada anda mempelajari komputer.

IT-Base adalah dibawah naungan Kementerian Belia dan Sukan serta dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia (UPM). Disamping itu organisasi lain yang turut terlibat ialah Unisoft Access Sdn. Bhd., Siemens Nixdorf.

Kurikulum kursus digubal dan dirangka mengikut standard dan kualiti oleh UPM. Selaras dengan itu, pihak UPM juga akan mengeluarkan sijil kepada peserta yang tamat mengikuti kursus tersebut.

Dengan penubuhan IT-Base diharapkan anda semua tidak akan melepaskan peluang keemasan ini dengan begitu sahaja.