AKU DAN INKEMA DALAM KENANGAN
STUDIO  'A'  LUKISAN  SENIBINA


Bebudak lsb 3A

Duduk Dari Kiri:Syed Hood Syed Ahmad, Marzuki Mohd. Hashim, Ahmad Rashid Satibi, En. Kamaruzzaman Osman (Pensyarah Studio), Ahmad Mieharuddin Mahir Afandi, Ahmad Nazar Hussin, Abdul Rahman Hassan.
Berdiri Dari Kiri:Rohaizad Roslan, Tan'im Harun, Azman Ismail, Mohd. Azmi Kamaruddin, Mohd. Zakri Ahmad, Zarina Ahmad, Abdul Ghafur, Zulkefly Yassin, Jasman, Haziz.


AKU DI MINGGU SUAIKENAL

Julai 1987 8.00 Pagi, Hari yang dinantikan telah tiba, aku mula melangkah ke bumi IKEMA yang mulia ini. Kesemua bakal pelatih sedang sibuk dan terpinga-pinga untuk mendaftarkan diri. Kesemuanya bersemangat untuk mulakan hidup yang bakal mendatang. Aku yang sebenarnya pun lebih kurang seperti bakal pelatih yang lain. Tapi aku masa tu 'cool...', mengapa nak gabrah, aku dah besar panjang, bukan anak mak lagi. Aku tahu kalau aku nak berjaya mesti tabah pada hari yang mendatang. Selepas mendaftarkan diri (dah dapat name 'tag' sementara warna biru lagi yang dibuat dari 'manila kad' ), kami semua dikumpulkan di dewan perhimpunan untuk memulakan upacara perasmian 'MINGGU SUAIKENAL SESSI JULAI 1987. Di sana, aku dapat mengenal lebih rapat lagi dengan bakal pelatih di INKEMA ini. Ada lelaki dan mestilah ada perempuan, kalau tak ada, tak meriahlah INKEMA nanti. Kebanyakannya berasal dari persekitaran Selangor, ada juga dari tempat lain seperti dari Perak, Penang, Kedah, Kelantan, 'Nogori Sembilan', Perlis dan negeri yang lain di Malaysia ni termasuk Sabah dan Serawak. Sebelum perasmian, kami dihendaki memilih 'Abang dan Kakak' angkat supaya senang kami disini nanti. Merekalah tempat kami mengadu masaalah semasa dan selepas MINGGU SUAIKENAL ni. Aku adalah dapat 'Abang dan Kakak' angkat, nama mereka,..... aku dah lupa.Mulanya aku tak ada 'kakak' angkat,dengan sukarelanya adalah 'akak' tu sangup jadi 'Kakak Angkat' aku. Bagai kan 'lori tunda tarik lori' aku terima ajalah kakak tu, sebab 'akak' tu "C U N" kata semua petaih yang sudah lama berada di INKEMA ni lah. Pada sebelah petang berlangsunglah perasmian 'MINGGU SUAIKENAL' yang di rasmikan oleh Pengetua INKEMA PJ, Tuan Haji Razalie.

Bergambar bersama salah seorang 'Abang Angkat'

   Pada ucapan perasmian yang disampaikan oleh tuan pengetua, banyak nasihat dan panduan yang di sampaikan untuk pelatih yang sediada dan kepada bakal pelatih. Ucapan beliau sentiasa aku kenang dan ingat hingga kini dan juga dijadikan panduan hingga kini untuk memajukan lagi 'bangsa Bumiputra dan Negara'. Selepas perasmian, biasalah macam biasa kalau ada majlis mesti ada jamuan, jadi aku dan rakan seperjuangan yang lain pun apa tunggu lagi, M A K A N. Lepas jamuan, kami dikumpulkan semula untuk persediaan pada esok hari. Kami diberi buku '555' untuk senang kami nak 'makan' pada minggu suaikenal ini dan sepanjang kami di INKEMA, kami diberi 'asrama' sementara atau tetap untuk kami 'tido', kami diberi 't-shirt' warna biru muda untuk kami pakai pada sessi senaman 'BERAT' pada sebelah petang sepanjang minggu itu, dan adalah satu-dua benda lagi.Pada malam pertama aku di asrama yang disediakan aku rasa, kecut juga, sebab semua 'brother senior' aku lihat semacam je, susah nak senyum.Agaknya mereka marah kut aku dan kawan-kawan aku 'tido' dengan mereka.Dengan tidak rasa bersalah aku pun beritahulah semua 'brother senior', Aku tumpang tido satu malam aje.Tiba-tiba muka mereka berubah, aku mula berfikir mereka ni 'happy' ke 'angry'.Sampai sekarang aku tak dapat jawapannya. Tanpa berlengahkan masa, kami semua ambilah peluang 'bersiram' setelah kami semua perasan 'brother senior' tak nak rapat dengan kami. Lepas 'bedak' muka, kami bersolat bersama. Kemudian kami bersuaikenal bersama 'brother senior' pula. Brother senior kata kami semua mesti jadi adik-adik yang baik, tapi aku cepat-cepat bangkang, aku kata aku "Abang Long" bukan "adik-adik". Mereka kata "Yalah, awak boleh jadi "Abang Long" tapi janganlah kacau "adik-adik" yang lain. Aku kata "No Problem". Maka selamatlah aku pada malam tu, setelah aku dikecualikan dari di panggil "adik-adik". Tanpa buang masa, aku pun 'T I D O'. "OIIIIIIII......(bunyi orang jerit),Terkezut aku dari 'tido', dengan tak pasal sekumpulan "SUPER SENIOR" dok bangkitkan kami. Aku cubalah buat 'cool', tapi aku lihat 'Brother Senior' yang lain duduk diam-diam macam tak nak tolong kami semua. Aku nampak 'diorang' ni semacam je, "Super senior" suruh kami semua berdiri di sebelah katil. Aku lihat ada yang pakai kain, ada yang pakai seluar pendek, ada jugak yang pakai baju pagi tadi.
   "Ohhhh....hang sedap tidok ha...." kata salah seorang dari "SUPER SENIOR"(dalam pelat utara). "Siapa bagi hang tidok ni" mereka tanya pada kami. Aku lihat semuanya tak berkata-kata, "Cakap siapa suruh" kata mereka lagi. Pada fikiran aku, bukan kami tak nak bercakap tapi kami ni 'ngantok bah', mana bisa kamik sedang tidok dibangkiti oleh suara lantang yang tak bersivik ni. Aku kesian pulak pada rakan-rakan aku yang lain, lalu aku pun bersuaralah "Hello bang, kami ni bukan disuruh berada disini untuk ditengking, tapi tempat ni bolehlah dikatakan asrama, biasanyalah asrama tempat pelatih untuk berihat ke, bersenam ke, mandi ke, mentelaah ke dan tak lain tempat untuk kami T I D O " (dengan suara yang selembut sutera tapi 'laser' you). Kesemua rakan-rakan aku yang kedua-dua matanya yang memang susah nak dibuka tadi, kini ku lihat pada sebelah mataku yang masih belum terbuka, semacam je lihat aku. "Eh..eh.. budak ni, menjawab rupanya, baru tak sampai sehari disini dah pandai bersoal-jawab dengan aku ya". Dengan pantas aku 'mencelok', "ABANG, jangan cakap budak dengan saya, umur saya kurang sikit je dengan abang, abang ingat abang sorang je ke kena panggil abang, saya pun 'ABANG' jugak tau". Kemudia aku menerima satu soalan dari "SUPER SENIOR", 'Bila masa aku kawin dengan kakak kau'. Aku jawab balik "Itulah saya dah kata saya ni 'Abang Long', saya takada kakak, dan saya tak kata abang ni 'Abang ipo' saya, kalau saya ada kakak pun, saya tak sudi terima abang ipo semacam ni. Suasana sunyi seketika........... . Bermacam persoalan terbuku difikiran mereka agaknya. "Ok lah bang, saya bagi peluanglah pada abang untuk malam ni, abang nak buat apa pun buatlah, kami semua tak kisah sebab dah adat dunia kalau menumpang rumah orang". Maka pada malam tu, terjadilah bermacam acara suaikenal diantara kami dan "SUPER SENIOR", hanya tuhan dan kami aje yang tahu.

Kesejukan dalam mendengar taklimat mengenai geologi di Puncak Bukit Gasing

   Pada keesokan harinya dan hari yang selanjutnya pada minggu itu, kami teruskan pelbagai acar MINGGU SUIKENAL. Diantaranya diperdengarkan ceramah, taklimat penerangan dan bermacam lagi. Manakala pada petangnya, kami dibawa mendaki Bukit Gasing untuk bersenam disana sambil menghirup udara segar di sana. Di sebelah malam pula kami mendengar ceramah agama untuk pelatih berugama Islam dan juga kuliah subuh pada waktu selepas subuh. Begitulah pada hari-hari yang lain. Setelah seminggu, maka diadakan upacara Penutup Minggu Suaikenal yang di dirasmikan oleh juga Pengetua INKEMA. Selepas acara penutup, kami dipecahkan kepada Kursus masing-masing iaitu Kursus Lukisan Senibina, Kursus Lukisan Rangkabina dan Kursus Lukisan Jentera. Aku ditempatkan di Studio LSB 1A yang dikendalikan oleh En. Kamaruzzaman Osman. Maka bermulalah kehidupan aku sebagai salah seorang pelatih di INKEMA PJ ini.

Persembahan Pelatih LSB pada hari Penutup


Tag Nama Aku
"Name Tag" yang selalu tersemat di dalam poket baju



KOLEKSI FOTO STUDIO LSB A

En Man
'SUPER SENIOR' kini jadi Tenaga Pengajar


Kecoh        3 jejaka
Lihatlah Dunia, Kekecohan di Studio LSB A                         '3' Jejaka yang bakal gegar dunia Senibina


Supermodel LSB A
Inilah budaknya menjadikan Studio kami Istimewa


Chunya Akak tu        gerbang ikm sp
Atas tunjukajar Ustaz Rashid untuk kami mengintai                         Bergambar di pintu gerbang IKM Sg. Petani


Posing Maut            Ekspidisi
Mr. Universe berposing Maut Air Terjun, P.Pinang                            Mendengar penerangan ekspidisi ke Muzium Negara


Termenung Sejenak        Mana Mieha ni
Masing-masing termenung memikir masa hadapan                                Latihan Hutan, dikepit oleh mat Jentera


Minum jangan tak minum        Betul ke ni
Mat PSTD pergi minum dekat bawah teratak kantin                                Anggota PSTD INKEMA bergambar bangga



ANDA SEMUA SENTIASA DALAM KENANGAN




Sila sampaikan "Message Anda"


       Kembali ke Halaman ATAS

©Copyright Marzuki Mohd Hashim 1998®™
15hb Jun 1998