SAMY VELLU BERPAKAT DENGAN PLUS SAPU WANG RAKYAT.

Antara peruntukan belanjawan yang dicadangkan oleh Mahathir baru-baru ini adalah bagi membiayai projek Infrastruktur dalam negara. Rakyat semua harus tahu, bahawa syarikat gergasi projek Infrastruktur adalah RENONG dengan syarikat Kroninya UEM dan juga PLUS BHD. Semua ini sebenarnya milik peribadi Halim Saad yang menjadi proksi pemimpin penting Kerajaan. Projek Infra pula dijaga oleh Menteri yang terkenal dengan "ampu" dan juga "menyapu". Antara cara-cara "menyapu" wang negara yang sering dibuat oleh si Samy adalah dengan mengesahkan tuntutan yang "ditambah-tambah" termasuklah menambah komisyen untuknya di dalam tuntutan tersebut. Kerja semacam ini memang jadi amalan Samy. Antara yang jadi tukang kutip komisyen dari tokey yang bersekongkol dengannyasuatu ketika dulu adalah Dato Nalla sendiri. Tapi selepas gaduh dengan Dato Nalla dia upah orang lain pula.

Paling akhir usahanya untuk sapu wang rakyat adalah dengan mengesahkan tuntutan Plus Bhd. terhadap beberapa ratus kerja tambahan di Lebuhraya Utara Selatan, yang dibuat pada bulan Ogos 1998, berjumlah RM 765.4 juta. Difahamkan juga bahawa sebahagian besar darinya (sebanyak RM 427.7 juta) adalah tuntutan bayaran belas ikhsan kerana kos tambahan yang kononnya terpaksa ditanggung oleh Plus.

Yang menarik adalah si Samy yang jaga projek infra tersebut bukan main lagi merekomen agar tuntutan tersebut dijelaskan segera. Si Samy pula yang jadi tukang rayu kononnya Plus punya masalah "cash flow" selepas kerajaan tidak benarkan kenaikan bayaran tol. ( Ade Thamby !! You kerja sama gomen ka, you kerja sama Halim ka !!)

Kementerian Kewangan pada waktu itu difahamkan telah bercadang untuk menolak tuntutan tersebut. Kini drebar-drebar teksi di Jalan Duta mendengar khabar bahawa tuntutan sebanyak RM 765.4 juta itu akan segera dibayar oleh Kementerian Kewangan atas arahan pihak tertentu. 

Bertambah buncit lagilah si Samy yang tak pernah balik sambut Deepavali di Sungai Siput (kecuali yang terakhir kerana Mahathir ada di Jepun) semata-mata kerana ingin supaya Dr. Mahathir hadir ke rumah terbukanya dan kemudian menyuapkan kek Deepavali ke dalam mulut Dr. Mahathir.

Chief Drebar Teksi Jalan Duta.