SURAT DARI BUKIT TANGGA, CHANGLOON

Assalamualaikum wrt. wbh.

Yang dikasihi Pak Tam, Mak Tam dan keluarga di Ampang
Saya doakan Pak Tam dan Mak Tam sihat-sihat selalu begitu juga kepada Cu Minah, Mat Not dan Pin

Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk memberitahu Pak Tam sekeluarga tentang perkembangan politik di kampong kita dan juga di kawasan parlimen kita, Kubang Pasu.

Pak Tam ,

Saya terkejut jugak bila baca cerita rusuhan di Kampung Baru Kuala Lumpur. Apa dah jadi dengan orang-orang di sana. Awat orang Melayu di Kampung Baru dah mula mengamuk ka? Apa pasai yang depa tu jadi sampai macam tu. Ingat kot depa acah-acah saja. Nampaknya ini bukan cerita acah-acah. Ini cerita sungguh-sungguh. Saya pun tak percaya depa semua semangat sampai macam tu. Sampai SB pun depa tabuh semacam saja. Ini dah kira lawan betoi.

Kami di sini masih peringkat "warm up" lagi . Kira-kira stamina tu dah ada tapi nampak gaya macam belum ada wisel atau signal, jadi kami slow lah sikit. Hajat tu memanglah kalau boleh kami pun nak ludah muka Cik Det tu. Tapi pikiaq dua tiga kali, sabaq pi lah dulu. Dia nak pi mana. Dia balik saja ke Kubang Pasu, kami tau la nak buat apa. Baru ini pun dia balik FRU jaga dia macam Polis Israel jaga Netanyahu. Nak rapat sikit pun tak boleh. Takut betoi dia pada rakyat Kubang Pasu. Kami bukannya nak bagi dia cedera. Kami takat nak bagi signal kat dia. Dia jangan pikiaq dia tu hebat sangat. Yang boleh dia duduk kat Sri Perdana dan boleh orang kenai satu dunia tu pasai kami yang pilih dia. Kalau kami tak pilih dia mungkin nak meniaga di Pekan Rabu pun orang tak bagi jalan.

Orang kampung kita la ni kira dah marah sangat dah kat Cik Det tu. Kalau Pak Tam balik mai dan tinjau pendapat orang kampung, kira lebih 80% meluat sungguh dengan Cik Det tu. Depa tak sangka dah tua macam dia dan tak berapa hari lagi nak hidup pun tergamak dia bawa cerita fitnah kelaku Anwar. Dia tak tau yang orang kampung ni rejam dalam telaga tujuh kali pun depa tak percaya. Depa tengok muka Anwar tu bukan muka kaki betina atau kaki pungkoq. Kalau ada cerita pasai kelaku dua ekoq Setiausaha Politik dia tu barangkali ada la logik sikit pasai depa dua ekoq tu ada rekod. Mana masuk akai, orang yang sembahyang tak tinggai macam Anwar tu akan buat kerja macam hudoh macam tu. Dah tu depa kata memba dia yang ada cucu pun dia tutoh. Isyy.. tak masuk akailah Pak Tam.

Kemarin dulu ada Ustaz Osman Pondok Melele datang makan kenduri rumah Wa Man di blok depan tu. Kami semua pakat tanya la dia. Orang yang sembahyang tak tinggai ni tegamak ka buat kerja macam depa kata kat Anwar tu. Ustaz tu kata ; Pertamanya Tuhan dah kata dalam qor an "sesunguhnya sembahyang itu mencegah kamu dari buat fahsya dan mungkar" . Maknanya kalau kita betoi-betoi sembahyang dengan ikhlas dan sungguh-sungguh dan tak ambil ringan, sembahyang tu akan jadi pendinding kepada diri kita dari membuat maksiat terutamanya dosa besar. Yang kecil-kecil tu kita pun terkadang lalai. Tapi kalau orang yang ambil berat terhadap sembahyang, dia akan takut dan tidak akan mudah bagi dia buat dosa besar berkali-kali. Dan kalau sesiapa berulang kali buat dosa besar dia tak akan lagi ambil berat pasai sembahyang. Apa lagi nak berkawan dengan orang alim atau ulama. Orang jahat kawan dia yang jahat juga.

Yang kedua ustaz tu kata; yang hampa pi dok percaya fitnah tu pasai apa. Kita sebagai orang Islam kena pegang kepada dua pekara. Pertama, Kalau kita tak nampak dia buat maksiat dan dia memang tak buat maksiat tu, kemudian kita pi dok kata dan cerita yang dia buat maksiat macam tu, maknanya kita telah buat fitnah dan kita tak pasai-pasai tanggung dosa besar. Masuk neraka kita.

Kedua; kalau kita tak nampak dia buat maksiat dan memang dia buat maksiat tu kita tak boleh tuduh kecuali kalau kita ada bukti. Dan kalau kita tak sibuk cerita dan kata dia buat maksiat tu, kita tak dosa apa-apa malah kita dapat pahala kerana Tuhan suruh kita tutupi aib seseorang. Kerja hukum orang ni bukan kerja kita. Itu kerja Kadi. Kita sibuk pasai apa.

Lepas dengaq kata Ustaz tu kira kita semua puas hatilah. Betoi juga kata Ustaz tu, yang depa yang tak nampak Anwar buat kerja tu tapi dok merayau masuk kampung dok tabur fitnah tu buat apa? Depa semua tu bukan pendakwa dan bukan Kadi. Kami ingat kalau depa tu lalu kot kampung kita , kami nak baling dengan taik lembu kering.

Cukoplah kot no buat kali ini. Mata saya pun kira dah ngantuk. Lagi dua tiga hari saya tulis lah lagi. Lagi pun disekolah la ni ada internet. Masa-masa lapang tak ada kelas tu saya karang la dua tiga surat. Kalau yang ada e-mail tu saya kirim lah. Bukan apa. Kita yang ada peluang mengaji tinggi sikit ni tak boleh dok diam kalau benda tak betoi berlaku depan kita. Apa yang boleh kita buat , kita buatlah. Budak sekolah sini kira 100% ikut kita. Depa kata mak bapak depa pun sembahyang hajat kat rumah minta Tuhan selamatkan Anwar. Ihh heran betoi. Depa tu bukan penah jumpa pun dengan Anwar. Tapi kesian depa tu pada Anwar lebih hebat dari kesian kat kita yang dok ajaq anak-anak depa ni.

Eh Pak Tam bila nak pasang internet kat rumah. Bukan la mahai. Suruh lah Cu Bedah tu beli. Komputer murah-murah. Dak pun Mat Not pakat la dengan Pin beli satu. Talipon pun dah ada, Pi daftar saja kat talikom tu. Lepas tu boleh kita sembang-sembang melalui internet. Biaq cerita kita ni lalu kot atas bumbung rumah Cik Det tu. Baru la Oh IT. Sayang IT.

Salam untuk Mak Tam dan semua adik beradik kita di Ampang dan juga di Kajang.
 

Abu Seman
Felda Bukit Tangga
Changloon,
Kedah

 

 

s.k Internet Reformasi.