Pentas Arbanji, Puisi Rasa

Pantun:
Sajak:
Halaman Utama:

Syair

Rasa irama ria
Paduan kata-kata
Memberi seribu nada

P.RAMLEE

Dari Achen datang ke mari Bersama ibu dan bapa sendiri Tengku Zakaria nama diberi Akhirnya dikenali sebagai P.Ramlee Pulau Pinang tempat membesar Dan bersekolah untuk belajar Muzik juga yang dia gemar Perangai pula amat kelakar Masa mudanya kurus kering Jerawat batu penuh keliling Bila menyanyi muzik seiring Suaranya lemak tiadapun nyaring Bermain muzik serata tempat Banyak kepuasan yang dia dapat Ramai gadis yang sudah terpikat Azizah juga yang dia minat Ingin melihat nasibnya berubah Singapura tempar dia berpindah Moga terbina mimpi yang indah Agar nasib menjadi cerah Mulanya kerja amatlah payah Semua tenaga mesti dikerah Penarik beca dipilih sudah Itulah satu pilihan mudah Sambil bekerja mencari peluang Untuk menjadi anak wayang Menjengok ke studia di waktu terluang Bertanya khabar malan dan siang Akhirnya dapar berita gembira Seorang pelakun memerlukan suara Sebagai latar nyanyian sutradara Satu cerita penglipur lara Akhirnya beliau terpilih sudah Baginya menyanyi memang mudah Berjaya menarik hati pengarah Bila mendengar alunan yang indah Bertapak sudah di arena seni Berjuang terus dengan berani Diambil berlakun dan juga menyanyi Berbagai peranan telah diberi Mulalah badan semakin berisi Mengarah filem peluang diberi Diterima dengan besar hati Peluang yang dinanti-nanti 'PENARIK BECA' arahan pertama Ceritanya dapat diterima Lagu-lagunya penuh irama Berada dipanggung pun agak lama Berbagai cerita telah diarah Dilaksanakan dengan susah dan payah Dapat pula berbagai anugerah Namanya sudah menjadi megah Suara nyanyiannya amatlah merdu Diumpamakan suara buluh perindu Bila saja mengalunkan lagu Kedengarannya amat mendayu-dayu Lagu ciptaannya amat istimewa Iramanya amat mengusik jiwa Sesuai dengan banyak telinga Kerana merdu alunan dibawa Sehinggakan kini masih lagi segar Gulungan baru pun amat gemar Sesuai dengan perbagai latar Lagunya asyik bila didengar Gulungan tua amat membela Lagunya usah ditiru semula Katanya mencemar lagu yang ada Gubahan baru menyakitkan telinga Kalau boleh dikekalkan begitu Jangan pula lagunya ditiru Digubah pula secara baru Iramanya tidak seperti dulu Gulungan baru pula membantah Kerja begitu tidaklah salah Jangan pula ditegah-tegah Berdalih dengan berbagai helah Jika yang baru tidak diterima Seni tidak akan ke mana Statiklah muzik kita selama-lama Tiada pembaharuan dalam irama Pada lagu yang digubah semula Bila didengar sedap pula Gulungan lama bantah menggila Katanya didengar sakit telinga Nyatalah lagu yang baru laris dijual Harganya pula ada yang mahal Gulungan tua terus membebal Inginkan lagu asal dikekal Demikian dulu untuk kali ini Kisah secebis jalanan P.Ramlee Yang masih dikenang sehingga kini Belum dapat lagi ditandingi.

SYAIRREMAJA

Pada zaman usia muda Samada pemudi atau pemuda Tenaga cergas umpama kuda Berbagai ragam perangai yang ada Usia muda di dunia ini Takkan ia berulang lagi Gunakanlah kesempatan ini Untuk di hari tua nanti Kalau tersilap pilih jalan Andai durjana semua ditelan Tentulah binasa tubuh badan Tak sempat menempoh masa hadapan Bila yang seat itu dipilih Melakukan angkara dengan kekasih Bukan badan saja yang letih Jiwa juga menjadi pedih Ditambah dengan najis durjana Menjadikan akal mabuk dan lena Hidup menjadi tidak berguna Akhirnya terus saja merana Pengaruh kawan memangnya kuat Banyak perangai yang boleh dapat Kerja anih mulalah dibuat Mulanya sedikit kemudiannya melarat Merokok pun dah mula pandai Katanya nikmat tidak ternilai Senang dibeli merata kedai Walaupun mahal kerana cukai Adalah yang lebih teruk lagi Mula nak tunjuk kehebatan diri Dadah pula mula diterokai Kononnya diri akan dipuji Semuanya nampak seolah indah Akibat dari angkara dadah Sebenarnya diri dah mula parah Akibatnya orang lain pun susah Bila duit sudah kehabisan Mulalah kurang barang perhiasan Dijual untuk mendapat bekalan Kerana nak suntik dadah ke badan Untuk mendapatkan banyak wang Mulalah mencuri berbagai barang Hinggak banyak banyak yang hilang Termasuk baju dan kasut orang Barangan curi dijual murah Yang penting mendapat duit mudah Kerana hendak membeli dadah Orang lain pula yang susah Kalaulah berwaspada sejak awal Segala tindak dapat dikawal Bersama dengan semangat yang kental Tentu tidak akan menyesal Bila ada harga diri Masa yang ada dihargai Perkara berfaedah diceburi Agar senag kemudian nanti Pelajaran amatlah penting Dunia akhirat jalan seiring Akal biarlah jangan kering Agar kepala tidak pening Rajinlah menuntut ilmu Bersemangat janganlah jemu Belajarlah dari guru Dan rajinlah membaca buku Taatllah kepada ibu bapa Dengan jiran rajijn bersapa Orang tua janganlah dilupa Berbaik bukan kerana rupa Bila ilmu banyak di dada Baik dan buruk dapat dibeza Disertai dengan semangat waja Nasib akan sentiasa ceria. Arbanji 24 Jun 1998.