MAJALAH AL-FAJ'R PKPMS

DUNIA SIBER.

Satu tika Hiburan Minggu Ini (MHI), tayangan RTM telah menyiarkan siaran yang mengajuk Datuk Samy Vellu sebagai berkata "Kita buat pos kirim surat esok sampai, lepas itu hari ini hantar hari ini sampai, lepas itu juga hari ini kirim kelmarin juga sampai". Mungkin ramai yang menyatakan bahawa hal ini tak akan berlaku, Namun dengan sedikit pengetahuan tentang dunia siber dan alam geografi pasti kenyataan ini tiada yang mustahil lagi, surat dihantar hari ini sampai pada hari kelmarin. Surat Elektronik atau yang lebih dikenali sebagai E-Mail telah membuktikan bahawa hal ini tidak mustahil. E-Mail dapat menghantar surat yang ditaip dalam masa tidak sampai setengah minit selepas ia dikirim. Selain surat, kita juga boleh menghantar gambar, disket, program, fail, dan pelbagai lagi hanya dalam masa kurang setengah minit dan penghantaran ini kita boleh lakukan kepada lebih 1000 orang dalam satu masa dan kosnya murah dan mudah. Tetapi ramai yang tak tahu hal ini kecuali yang benar-benar memahaminya sebagai sebahagian daripada dunia siber. Surat dikirim hari ini dan sampai pada hari kelmarin!. Percaya atau tidak ini benar-benar berlaku. Buktinya ialah apabila kita menghantar E-Mail pada 15 Julai 1998 kepada rakan kita yang berada di Chicago, Amerika Syarikat dan dalam masa seminit kita menghubunginya untuk menyatakan E-Mail yang dihantar oleh kita serta bertanya tarikh ia menerima surat tersebut, maka jawapan yang akan kita dapat ialah, surat kita sampai pada 14 Julai 1998 iaitu kelmarin. Kenapa hal ini berlaku?. Ia berlaku apabila E-Mail yang dihantar sampai kurang seminit dan ia telah merentasi garisan tarikh antarabangsa. Sekiranya kita melihat glob atau peta dunia kita akan mendapati tarikh bumi telah dibahagi dua iaitu selepas melepasi garisan tarikh antarabangsa kita akan dapati bahawa kita telah mendahului negara yang berada ditimur negara kita sehari lebih awal. Maka ini telah membuktikan bahawa surat yang kita hantar pada hari ini telah sampai pada hari kelmarin. Lantaran itu, kenapa kita masih lagi melalaikan diri tanpa mengetahui agenda masa hadapan yang lebih mencabar dan lebih canggih. Sebagai bangsa yang telah membina tamadun yang intelektual, kita sebagai umat Islam seharusnya bukan sahaja memperkatakannya tetapi kita telah berada diruangnya dan bukan sebagai penonton sahaja. Malah ramai lagi diantara kita yang tidak mengetahui hal ini dan kadangkala tidak mahu mengetahuinya langsung, adakah kerana berkemungkinan keegoan bahawa Islam pernah melakukan hal ini sejak dahulu, satu persoalan tetapi kenapa kita masih lagii ketinggalan dalam hal ini. Pada hari ini, suatu perbincangan tidak lagi memerlukan persemukaan hanya mencukupi "Video Conference", Maklumat hanya dihujung jari dengan menggunakan tetikus (mouse), dan pelbagai lagi. Memang benar Islam pernah mengalaminya malah telah berada dihadpan satu tika dahulu, tetapi kita telah dianggaukan dengan ketinggian kita dan alpa setiap kali kita dipuji. Umar Al-Khattab pernah melihat peristiwa peperangan didepannnya ketika berkhutbah. Ia menyerupai "video conference", tetapi tiada pengkajian yang lebih khusus. dan alpa kerana 'kepandaian' orang Islam maka hal ini diabaikan. Hingga sekarang kita masih lagi membincangkan ilmu 'laduni'. Tetapi, kalau dilihat pada masa sekarang, bilangan yang mempunyai ilmu ini hanya sedikit dan kita tak kenali pemiliknya. Manusia sekarang seharusnya terbuka dan realiti dan realitinya ialah kewujudan dunia siber yang membuka pintu sesebuah negara tanpa mengambil kira aspek sempadan. Maka sampai ke hari ini, dimana kita berada?. Seharusnya kita melihat yang realiti selain melihat yang spiritual. Kita haruslah bukan lagi bangsa yang mundur tetapi menuju terus kehadapan. Penghalangnya ialah bila kita menafikan hal ini dengan melihat bangsa lain (barat) sebagai tak guna langsung dibandingkan dengan kita. Akhirnya kita syok sendiri dan alpa hinggakan bangsa lain telah terus maju. Lihat diri kita, dimana kita berada dalam dunia siber ini?. kita diluarnya ke?, Kita dipinggirnya ke? atau kita berada diraungannya dan turut sama didalam agendanya?.

Sekian. Wassalam.
Madzani @ Saidie Nusa
dinakan@rocketmail.com


BALIK