Ulasan artikel Raden soenarno, Malay Nationalism, 1896-1941
Dari Jurnal Of Southeast Asia History, vol. 1960, hlm. 1-19

 
 

    Merujuk penyataan Raden Soenarno yang menyatakan , 'the politicak concept of the malays was essentially a product of the society they live in' dan juga mengapa beliau mengaitkan ayat ini dengan perkembangan semangat kebangsaan di kalangan masyarakat melayu di tanah melayu. Ini dapat dibuktikan jika kita melihat sejarah tanah melayu semenjak daripada sebelum ketibaan British lagi.

Sebelum British tiba ke Tanah Melayu , masyarakat di Tanah Melayu hidup dalam suasana dan sistem feudal. Satu sistem yang telah menjalari hidup setiap ahli masyarakat. Taat setia rakyat ditujukan kepada pemerintah merkea dan segala hak milik mereka juga adalah milik pemerintah. Bagi orang-orang Melayu ketika itu kerajaan adalah milik pemerintah, iaitu rja merekakerana perkataan "kerajaan" itu sendiri berasal dari perkataan "raja". Ada raja, adalah kerajaan. Tanpa raja kerajaan musnah.

Namun begitu selepas termetrinya perjanjian pangkor yang menandakan bermulanya era penjajahan di Tanah Melayu , konsep feudal yang telah menjadi darh daging masyarakat Melayu ini telah musnah. Pihak British telah mengalihkan konsep politik ini kepada satu konsep yang baru. Undang-undang baru telah diperuntukkan. Harta benda dilindungi dan menjadi milik individu itu sendiri dan yang paling pentingadalah apa yang berlaku kepada pemerintah tempatan, mereka kini juga berada dibawah undang-undang dan tertakluk kepada undang-undang sebagaimana rakyat walaupun ianya tak begitu ketara. Walaupun disini British telah memperkenalkan satu sistem yang menguntungkan rakyat, ia juga secara tidak langsung telah menindas rakyat (ketika itu hanya orang-orang Melayu ) dengan cara yang amat halus sekali.iaitu dalam perkataan "undang-undang" yang lebih dianggap oleh orang-orang Melayu sebagai sekatan keatas kebebasan mereka.

Namun begitu, tekan yang bertalu-talu dari kerajaan kolonial ini juga telah menyebabkan berlakunya gerakan kebangsaan di Tanah Melayu akhirnya. Sesuai dengan salah satu dari maksud "nationalisme" yang digunakan oleh Raden Soenarno , iaitu satu keadaan fikiran yang menyerap masuk ke dalam fikiran masyarakat . pengertian kebangsaan dihayati oleh orang-orang Melayu kerana ia dikaitkan dengan perjuangan menegakkan maruah bangsa dan juga negar dalam mennetang penjajah. Gerakan kebangsaan ini dijalankan bukan sahaja untuk menamatkan penjajahan tetapi juha untuk merombak kembali nilai-nilai dan institusi-institusi politik. Secocok dengan pengertian konsep negara berdaulat, yang akan membawa konsep ,politik Tanah Melayu kearah yang lebih baru.

Ini telah menyebabkan berlakunya perubahan secara tak langsung kedalam jiwa masyarakat Melayu. Jika dahulu semasa sistem feudal dijalankan, kerajaan adalah milik pemerintah sepenuhnya. Semasa pemerintah British pula, kerajan di pegang oleh pegawai-pegawai British tanpa sedikitpun peluang untuk rakyat tempatan campur tangan. Semangat kebangsaan telah menyeababkan lahirnya anak-anak tempatan yang mahukan diri merkea terlibat dalam pemerintahan.

Pergerakan politik di kalangan orang-orang Melayu , tak dapat dinafikan sama sekali telah dimulakan oleh reformis-reformis Islam. Bukan sahaja Raden Soenarno sahaja yang menulis tentang ini, S. Husin Ali juga turut menyokongnya dengan menuliskan, ' Among the Malays. The early seeds of nationalisme were sown by religious medernists...'. pegangan agama dan politik orang Melayu ketika itu berada dalam satu sistem yang sama, meyebabkan pergerakan 'politik' ketika itu semuanya berasakan agama, meyebabkan muncuknya majalah-majalah dan sekolah-sekolah agama yang didirikan oleh golongan ini. Ketika itu juga ( 1920an dan 1930an) telah muncul satu kumpulan baru yang dikenali sebagai kaum muda yang terdiri dari jentera penggerak cabang pemikiran baru menentang kaum tua yang terdiri dari ulama-ulama lama.

Dalam tulisannya Raden Soenarno menuliskan yang Kaum Tua ,condemned the young medernist group, the Kaum Muda as "worse then idolators and Christians" on political issues the former were nationalis looking backward' memperlihatkan bahawa Kaum Tua ini juga adlah nasionalis tapi nationalis yang melihat kebelakang. Tentangan Kaum Tua ke atas Kaum Muda ini bukan sahaja disebabkan oleh pandangan dan cara pemikiran Kaum Muda yang radikal dan teralalu kedepan , ia juga mungkin disebabkan oleh kepentingan mereka ( Kaum Tua ) yang tersendiri. Kerana sistem politik sebelum zaman penjajahan British adalah zaman pemerintahan berbentuk feudal, yang mana ketika itu ulama memainkan peranan yang penting dikalangan pemerintah dan memiliki kepentingan yang tersendiri dalam masyarakat.

Kemunculan Kaum Muda menyebabkan mereka terpinggir. Ini ketara dari perselisihan yang berlaku diantara kedua-dua kumpulan ini. Yang diperlihatkan oleh akhbar Saudara dan Lidah Benar. Akhbar Saudara menerbitkan kritikan-kritikan yang dikeluarkan oleh Kaum Muda terhadap Kaum Tua. Akhbar ini secara tidak langsung telah terlibat dalam satu perang besar dengan akhbar Lidah Benaryang diterbitkan di Kelang oleh Raja Bon , iaitu seorang ahli aristokrat yang terlibat dalam satu jawatankuasa agama di Selangor. Persengketaan antara akhbar ini telah membawa kepada perkembangan dalam perubahan masyarakat.

Dari isu ini Raden Soenarno telah membawa kita kepda isu penerusan pergerakan politik berasaskan ekonomi dan sosial. Tahap ini merupakan satu tahap yang penting dalam perkembangan semangat kebangsaan orang Melayu. Pergerakan kali ini tidak sahaja melibatkan golongan atasan malah turut membabitkan golongan bawahan, ini kerana ketika itu banyak isu yang dibangkitkan melibatkan isu-isu orang Melayu. Pimpinan ketika ini juga tidak lagi berada di tangan golongan agama tetapi dikalangan mereka yang mendapat pendidikan Melayu dan Inggeris. Mereka kemudiannya telah disertai oleh pegawai kerajaan (Melayu ) yang juga tidak mahukan berlakunya penerusan parti-parti politik yang meninggalkan kesan yang amat ketara kepada masyarakat seperti parti komunis malaya.

Tidak dapat dinafikan Kesataun Melayu Singapura yang ditubuhkan setahun sebelum itu telah lebih dahulu berjaya menyatukan rakyat. Tapi hanya itu sahaja. Hanya sedikit sahaja benih rasa kebangsaan yang berjaya diterapkan kedalam jiwamasyarakat. Ini kerana kebanyakkan aktiviti yang dijalankan oleh kesatuan melayu singapura adalah lebih kepada 'mengampu' kerajaan kolonial, contohnya dari tulisan roff yang menyatakan bahawa ' the KMS was markedly cooperative and loyalist in its demeanor towards the goverment, giving tea parties to great and farewell arriving and departing governor..' tapi disini juga bahawa tindakan mengampu yang dilakukan oleh KMS ini mempunyai kepentingan yang tersendiri. Kerana jika diteliti, KMS memiliki hubungan yang amat baik dengan kerajaan menyeababkan kebanyakkan permintaan mereka dipenuhi oleh kerajaan kolonial.

Proses penerusan pergerakan politik kemudiannya telah beralih kepada asas politik. Ketika ini juga (1937) telah lahir kumpulan yang lebih radikal seperti kesatuan melayu muda. Iaitu satu kesatuan yang radikal dan tidak berpihak dan bekerjasama dengan kerajaan.

Kesimpulannya

pembahagian perubahan politik yang dilakukan oleh Raden Soenarno, menunjukkan memang pada peringkat awal gerakan politik di Tanah Melayu digerakkan oleh golongan berpendidikan agama, tapi ia kemudiannya berubah berikutan kemunculan golongan berpendidikan inggeris dan tempatan yang maju ke hadapan hasil daripada masalah ekonomi dan sosial dalam masyarakat Melayu diikuti perubahan pergerakan kepada asas politik hasil daripada kesedarn masyarakat yang telah lebih ketara.


Bibliografi

Abdul Latif Abu Bakar, Melaka Dan Arus Gerakan Kebangsaan Malaysia, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 1996

Mohd Sarim Hj Mustajab, 'Gerakan Islah Islamiyah Di Tanah Melayu 1906 Hingga 1948', Dalam Malaysia, Sejarah Dan Proses Pembangunan, Persatuan Sejarah Malaysia, Kuala Lumpur, 1979

R.Suntharalingam Dan Abdul Rahman Hjismail, Nasionalisme Satu Tinjauan Sejarah, Fajar Bakti Sdn. Bhd., Kuala Lumpur, 1985

S.Husin Ali, Malaya Peasant, Society And Leadership, East Asian Social Science Monographs, Oxford University Press, Kuala Lumpur

William R. Roff, The Origins Of Malaya Nationalism, (Sec. Edition), Oxford University Press, Kuala Lumpur, 1994