Sanitary Board,Enakmen no. 17 1902

Secara umumnya, enakmen no. 17 1902 ini meupakan suatu gabungan di antara enakmen-enakmen yang telah wujud sebelumny iaitu regulation vii, 1890 dan regulation 1, 1893 yang mana kedua-duanya telah disatukan dibawah satu undang- undang yang sama. Dengan kata lain, enakmen no. 17 1902 ini telah menyeragamkan semua undang-undang mengenai kuasa dan bidang tugas Sanitary Board di ke empat-empat buahnegeri-negeri melayu bersekutu ( NNMB ) dan hal ini telah dijadikan sebagai satu sejarah dalam lipatan sejarah undang-undang yang berhubung dengan Sanitary Board.

Walaupun kedua-dua enakmen yang ada sebelum ini telah digubal semula di bawah enakmen no. 17 1902 ini, namun ianya hanya melibatkan undang-undang Tubuh Sanitary Board sahaja. Undang-undang Tubuh dalam konteks Sanitary Board ini boleh diertikan sebagai sauatu undang-undang yang telah dirangka oleh penasihat undang-undang kerajan pusat bagi NNMB yang mana ia kemudiannyatelah diserah kepada majlis mesyuarat negeri untuk disemak dan diluluskan kemudian disahkan oleh Residen jeneral.

Berbalik kepda persoalan pokok sebagaimana yang diutrakan, struktur fungsi Sanitary Board sebagai unit kerajaan tempatan boleh kita lihat daripada bebebrapa enakmen yang dikira penting di dalam enakmen no. 17 1902 ini.

Dari segi struktur Sanitary Board, kalau dilihat kepada undang-undang Sanitary Board sebelum tahun 1902, penentuan keputusan akhir bagi sesuatu perkara adalah terletak pada tangan Residen. Tetapi setelah enakmen no. 17 1902 ini digubal penentuan keputusan terakhir bukan lagi terletak di bawah tangan Residen sebaliknya ia telah berpindah ke tangan Residen jeneral. Perkara ini boleh dirujuk di dalam enakmen no. 17 1902 pada ceraian tiga perkara satu. Apa yang lebih jelas lagi, setiap apa yang berlaku walau di peringkat grass, root (asas) perlu di umumkan kepada Residen Jeneral. Selain itu hal ini juga memperlihatkan penggubalan undang-undang Sanitary Board 1902 bukan sahaja menuntut keseragaman undang-undang tapi ia mempunyai erti yang lebih jauh lagi. Dengan ini boleh dibuat kesimpulan, melalui penggubalan enakmen no. 17 1902 ini, peluang bagi Residen Jeneral untuk mencampuri hal ehwal temaptan adalah lebih terbuka.

Jika dilihat dari sudut yang lain, penggubalan Sanitary Board 1902 ini,mengukuhkan lagi penguasaan Residen ke atas Sanitary Board ini. Hal ini boleh kita rujuk melaui ceraian lima didalam enakmen ini yang mana ia antara lainnya memberi kuasa kepada Residen dengan syarat mendapat pengesahan daripada Residen Jeneral untuk membuat penentuan ke atas undang-undang kecil (by laws) yang akan dikeluarkan oleh Sanitary Board dari semasa ke semasa.

Hal ini diperjelaskan lagi didalam ceraian lapan yang mana ringkasnya boleh difahami mana-mana keputusan yang telah dipersetujui oleh mana-mana Sanitary Board dan boleh diwartakan selagi keputusan itu tidak mendapat pengesahan secara bertulis dariapda pihak Residen.

Beberapa peruntukan ( sebagaimana yang telah diterangkan sebelum ini) yang memberi kuasa secara total kepada Residen Jeneral dan Residen dalam mengawal Sanitary Board di NNMB memperlihatkan satu kaedah tentang bagaimana kerajaan pusat cuba mengembangkan pengaruhnya ke peringkat yang lebih rendah lagi. Dengan di tambah beberapa perkataan tertentu seperti pengesahan Residen Jeneral di dalam beberapa ceraian penting enakmen no. 17 1902 ini secara tidak langsung meletakkan Sanitary Board itu di bawah kawalan Residen Jeneral.

Dalam membicarakan tentang tugas dan fungsi Sanitary Board ini, ringkasnya ia bertanggungjawab menggubal undang-undang ke atas perkara yang telah disenaraikan di bawah bidang kuasanya. Penggubalan undang-undang yang dibuat akan diikuti dengan satu undang-undang kecil (by laws) sebagai satu garis panduan yang harus diikuti oleh Sanitary Board. Contohnya peraturan membina bangunan, peraturan menjual barng-barng, peraturan membuang sampah sarap, peraturan menjual makanan, pembentungan najis dan lain-lain. Di dalam peraturan kecil ini di perjelaskan juga bagaimana seseorang itu boleh disabitkan kesalahan dan denda yang akan dikenakan.

Di dalam enakmen no. 17 1902 ini telah diperuntukkan bahawa Sanitary Board berkuatkuasa untuk mengawal dan menyelia di dalamperkara-perkara yang terletak di bawah kuasanya. Penyelia yang dimaksudkan di sini ialah setakat hanya memastikan setiap tindakan mengenai perkara-perkara di bawah bidang kuasanya harus menepati syarat-syarat sepertimana yang telah ditetapkan oleh undang-undang Sanitary Board. Contohnya berkaitan dnegan pembinaan bangunan dalam kawasan Sanitary Board bagi sesiappun yang ingin membina apa-apa bangunan perlu mendapat kelulusan daripada pihak lembaga. Selain itu dalam pelan bangunan tersebut perlu dijelaskan lagi secar terperinci lokasi binaan, lantai terendah untuk bangunan itu, bahan yang digunakan untuk binaan, jumlah dan jenis tiangnya dan sebagainya. Kesemua peraturan ini adalah bertujuan bagi memastikan bangunan-bangunan yang akan dibina mempunyai ciri-ciri keselamatan dari kesihatan seperti sistem pempearitan yang baik, kemudahan keluar masuk udara yang bersih serta kemudahan bagi pembunagan sampah sarap dan pembentungan najis.

Fungsi Sanitary Board berdasarkan peruntukan-peruntukan 1902 juga meli[uti tugas-tugas sepertimembina, membaiki, membersihkan lampu-lampu jalan, jambatan-jambatan, parit-parit, taman-taman rekreasi serta kerjkerja mencantikkan bandar.

Selain itu Sanitary Board juga bertanggungjawab memastikan perkara-perkara berikut dalam keadaan terjaga serta memenuhi peraturan-peraturan yang telh di tetapkan:

1. Longkang, tandas, tangki-tangki najis dan tong-tong sampah

2. Perigi-perigi dan tangki air

3. Tempat menimpan kuda, lembu, kambing, babi serta ayam itik

Dari sudut yang lain Sanitary Board juga bertanggungjawab dalam mengeluarkan lesen keatas beberapa kegiatan harian penduduk tempatan dengan tujuan untuk menjamin perlindungan orang ramai. Pemberian lesen ini diwajibkan ke atas pemilik-pemilik kedai dobi, gerai di tepi jalan, rumah penginapan, kenderaan bermotor dan sebagainya. Melalui pemberian lesen ini, beberapa syarat tertentu akan dikenakan kepada pemilik-pemilik berkenaan dan sekiranya pemilik-pemilik tersebut melanggar syarat-syarat yang telah ditetapkan , lesen yang diberikan kepada mereka itu akan ditarik balik atau ditamatkan.

Sanitary Board juga berfungsi sebagai pengurus dalam hal-hal pembuangansampag sarap bagi kawasan-kawasan perumahan atau pasar-pasar dan menyelenggarakan pembentungan najis dengancara yang sistematik bagi menjamin pemeliharaan kebersihan kesihatan dalam masyarakat.

Fungsi Sanitary Board juga boleh ditinjaudalam perkhidmatan penyelarasan dan penubuhan regulation dan establishment yang mana dalam hal ini Sanitary Board berfungsi menyelaraskan dan menubuhkan pasar-pasar awam , tempat penyembelihan dan rumah mandi awam.

Penubuhan pasar-pasar awamini adalah untuk memudahkan orang ramai disamping memastikan barangan yang dibeli adalah selamat digunakan. Disamping itu ia juga adalah untuk memudahkan Sanitary Board mengawak dan menguruskan perjalanannya serta membuat pemeriksaan apabila peniaga dikelompokkan di bawah satu tempat. Bersangkutan hal ini, Sanitary Board juga bertanggungjawab bagi mengutip hasil sewaan gerai berdasarkan kadar tertentu sebagaimana yang telah dipersetujui pada setiap bulan.

Berhubung dengan tanggungjawab penubuhan tempat penyembelihan adalah supaya setiap binatang yang disembelih dengan tujuan dijual dagingnya di pasar-pasar awam, disembelih di suatu tempat yang khas sepertimana yang telah disediakan. Dengan ini ia juga memudahkan keraja-kerja pemeriksaan yang dibuat oleh pegawai kesihatan bagi menentukan samada daging tersebut boleh dijual atau tidak.

Manakala dalam perkara berhubung dengan penubuhan rumah mandi awam pula Sanitary Board berfungsi bagi memastikan ruamh mandi awam ini mendapat bekalan air yang bersih bagi kegunaan orang ramai dengan kadar bayaran tertentu bagi setiap yang menggunkannya. Dalam konteks zaman pada waktu itu bayarn yang dikenakan adalah sebanyak satu sen.

Dalam hal yang berhubung dengan bekalan air, semua urusan permohonan mengenainya, samada bagi kegunaan perdagangan ataupun persendirian mesti dibuat melalui Sanitary Board. Disini Sanitary Board berfungsi bagi menimbang semua permohonan itu, tidak lebih dari itu.

Dalam ceraian 15 enakmen ini pula, menunjukkan bahaw selain dari tugas-tugas yang telah disenarikan diatas berdasarkan ceraian 4, Sanitary Board juga bertanggungjawab untuk memungut cukai penilaian rumah dan tanah. Kadar cukai yang dikenakan keatas tanah dan bangunan adalah tidak melebihi kadar 5% manakala sebanyak 2% pula dikenakan keatas air, elektrik serta pencegahan pembakarana. Nyatanya tujuan kutipan kadar cukai ini adalah untuk membiayai perbelanjaan Sanitary Board. Manakala peruntukan yang digunakan untuk menguruskan hal-hal tersebut adalah di bawah pentadbiran jabatn kerja raya.

Dalam soal kewangan, merujuk kepada ceraian 17, pendapatan Sanitary Board tidak lagi diletakkan di bawah " conservacy fund" Sanitary Board, sebalinya ia diletakkan di bawah "public revenue". Hal ini telh memberi sedikit kelonggaraqn dalam penggunaan hasil pendapatan yang diperolehi oleh Sanitary Board ini adalah kerana di bawah "public revenue" ini bukan pihak Sanitary Board sahaja yang boleh menggunakan pendapatan tersebut tapi ia juga boelh digunakan oleh mana-mana institusi kerajaan yang mempunyai hubungan dengan tugas-tugas awam.