The Greek Mind
 
 

    Salah satu konsep yang bercirikan "The Greek Mind" adalah konsep menyeluruh. Orang Greek selalu memandang sesuatu konsep secara menyeluruh dari seg bahasa, orang Greek sering menggunakan bahasa intelek. Contohnya didalam teori politik iaitu "adikia" bermakna ketidakadilan. terdapat beberapa ahli sasterawan yang terkenal iaitu Homer yang menulis tentang raja-raja , permaisuri dan askar-askar. Beliau menyifatkan kaum bangsawan sebagai manusia yang garang, sombong dan berdendam. Manakala hero-hero Greek selalu mempraktikkan apa yang diperkatakan seperti " A maker of speeches and a doer of deeds" dalam konteks ini hero yang terkenal dan dikagumi oleh orang Greek ialah Odyssey, seorang pahlawan yang gagah berani.

Orang Greek mempercayai bahawa badan merupakan bekas kepada roh seseorang. Oleh itu, latihan fizikal adalah penting dan ia merupakan sebahagian daripada pendidikan mereka.. Dengan ini, Gmes samaada lokal atau antarabangsa adalah mustahak. Orang Greek menjadikan 'games' sebahagian daripada agama mereka. 'games' yang terkenal ialah 'olimpian games' dan dari sini seseorang lelaki akan diuji akan ketahanan fizikalnya dalam acara seperti lompat jauh, gusti dan tinju.

Orang Greek juga mmepercayai akan penjelasan, mesteri yang timbul dari dunia boleh difahami dengan mengikut peraturan. Dalam tragedi Greek ia adalah beradasrkan iman iaitu hal-hal kemanusiaan haruslah berdasarkan kepada peraturan dan bukannya takdir.

Orang Greek memang mementingkan logik dan penjelasan. Mereka akan mencintai akan semetri. Ini dapat dilihat melalui corak dan keseimbangan dalam struktur binaan. Ini juga dapat diperhatan dalam soal universal. Soal semitri selalu dikaitkan dengan soal manusia. Enjelasan dan kesempurnaan. Orang Greek selalu memerhati dan mematuhi prosedur sains dan falsafah mereka sering melepasii soal agama. Tetapi mereka tidak banyak membuat penyelidikan dalam bidang sains. Mereka lebih banyak memberi perhatian kepada soal metafizikal dan metamatik. Matematik adalah subjek terkenal. Ia adalah penemuan yang terulung dan ia menarik minat orang Greek.

Orang Greek juga percaya bahawa fizikal, moral dan agama adalah satu kesatuan. Plato menjelaskan bahawa terdapat perbezaan yang besar diantara pengetahuan dan pendapat. Pengetahuan bukan sesuatu yang diajar kepada seseorang. Tetapi ia dalah sesuatu yang diperolehi melalui pengalaman seseorang melalui daya usahanya sendiri. Mereka juga percaya kebenaran adal;ah penyatuan alam semesta. Soal moral dikaitkan dengan soal dunia.