Satu Perbincangan Terhadap Tapak Protosejarah Yang Pernah Ditemui Di Kuala Selinsing.
 
 

    PENGENALAN

Sejarah malaysia bermula pada zaman prasejarah iaitu zaman paleolitik, neolitik, gangsa dan besi. Pembentukkan pada zaman-zaman ini seterusnya membawa kepada pertumbuhan dan kemunculan kerajaan awal pada zaman protosejarah dan untuk mengkaji zaman silam ini bidang arkeologi menjadi bidang yang penting dan diteruskan hingga kini. Arkeologi adalah salah satu cara untuk mengkaji sejarah manusia pada zaman silam melalui kajian dari segala tinggalan manusia untuk membina kembali sejarah masyarakat pada masa itu. Arkeologi juga adalah satu disiplin bagi mengkaji masyarakat silam berdasarkan rekod-rejod tidak bertulis umpamanya hasil kegiatan dan tingkah laku mereka seperti tinggalan-tinggalan semua artifak, sisa makana, tempat kediaman, perkuburan dan segala kesan atau tinggalan fizikal (yang diakibatkan oleh kegaitan manusia silam) yang dapat dikesan di sesuatu tapak. Tetapi perlu guna proses ekskavasi yang sistematik dan terlawak dengan menggunakan metod Arkeologi yang telah ditetapkan. Bisanya zaman praseejarah memang amat bergantung kepada jumpaan Arkeologi untuk mengetahui segala aktiviti atau kebudayaan mereka tetapi didapati zaman protosejarah telah ada sedikit rekod bertulis terutama dari negara asing seperti China dan India. Namun begitu jumpaan Arkeologi boleh mengukuhkan beberpa tafsiran yang dibuat oleh pengkaji-pengkaji Arkeologi tersebut.

Zaman protosejatah di Malaysia pula bermula dengan kemunculan kerajaan awa. Buktitentang kewujudan kerajaan itu didapati daripada sumber bertulis dan Arkeologi. Sumber bertulis terdiri daripada sumber China, India, Yunani, Arab dan Parsi. Untuk menggunakan sumber in, perlu berhati-hati kerana mana-mana tempay yang disebut dalam tulisan-tulisan itu tidak dapat ditentukan dengan sahih lokasinya yang sebenar.

Selain tapak protosejarah di kuala selinsing terdapat di tapak lain seperti di Lembah Bujang (Kedah ), gua-gua seperti Gua Kurong Batang ( perlis ), Jenderam Hilir dan Santubong ( Sarawak). Kajian di tapak prosejarah di Kuala Selinsing ini amat menarik apabila ramai pakar Arkeologi membuat penyelidikan dan kajian di sini antaranyay terawal ialah i.h.n evan, Quaritch wales, g.de.g.sieveking, dr.gibson, peacock dan yang terbaru ialah Nik Hassan dari Universiti kebangsaan malaysia. Apatah lagi Kuala Selinsing adalah sebuah kawasan paya bakau ia adalh sesuai untuk pengawetan bahan purba ini, oelh kerana itumelalui kajian disini banyak ditemui pelbagai jenis artifak dan sisa makanan yang boleh membantu menjelaskan segala kebudayaan masyarakat protosejarah di Kuala Selinsing ini dan kurang sumber sebabkan kita akan dapati pelbagai interpretasi berbeza dari pakar-pakar tersebut.

PENEMUAN ARTIFAK

I.h.n evans adalah penyelidik pertama menyelidiki petempatan di pulau kelumpang pada tahun 1920an dan 1930an. Dengan ini beberapa buah laporan juga telah diterbitkan yang berkaitan dengan pengkajian ini iaitu dalam juornal of the federated malay states museum iaitu tahun 1928,1930 dan 1932 dan banyak membantu pengkaji kemudiannya. Beliau menjumpai pelbagai jenis artifak dan sisa makan antaranya yang banyak dijumpai adalah manik yang diperbuat daripada batu permata, gelas dan kulit moluska, dijumpai juga gelang tang yang diperbuat daripada kaca berwarna biru kehijauan, cap tera atau tera tanag bercorak kain kulit, tembikar dan berbagai bentuk dan saiz, perhiasan emas, gigi binatnag, pemegang pisau daripada tulang, sebuah mohor (cap tera) dikenali sebagai mohor pallava, cicncin emas yang berukir dengan motif burung dan manusia, tulang manusia dan tinggalan perahu dan damar.

Banyak dijumpai manik seperti jenis cornelian ( warna merah, merah keperangan atau putih ), batu akik, batu kerubung dan menurut evans manik kaca yang berwarna kelam atau legap dengan berbagai warna seprti kining, biru dan hijau merupakan industri petempatan komuniti Kuala Selinsing, ini berdasarkan bebrapa manik yang belum sempurna dihasilkan seperti manik berwarna biru, dan jenis kelam biru tua yang masih berbentuk gumpalan. Tetapi menurit alastair lam ciri-ciri manik jenis kacaadalah dari timur tengah kerana ianya memiliki ciri-ciri gelas buatan timur tengah sejak zaman Rumawi hingga zaman pertengahan kerana kandungan bahannya tiada mengandungi berium dan plumbum dan kandungannya juga berbeza dengan kaca darinegeri China. Dipercayai manik jenis kaca, batu akik dan tanah liat adalah industri temapatn dan dieksport ke pelabuahn-pelabuhan lain seperti Sunagi Emas dan Pangkalan Bujang ( Kedah ).

Evans juga berpendapat bahawa manik dari batu permata berasal dari India. Begitu juga dengan Quaritch Wales berpendapat ianya dari India selatan yang biasanya dijumpai di tapak-tapak Arkeologi yang wujud seawal-awalnya pada abad ke 17. Dipersetujui oleh alastair lam dan beliau juga berpendapat berkemungkinan ianya dibawa masuk dari Jawa manakala Paul Wheatley berpendapat manik-manik tesebut datang dari banyak tempat seperti Filipina, Borneo, Zanzibar dan Zimbabwe.

Namun begitu pentafsiran berdasarkan jumpaan manik adalah amat berbahaya kerana perludipastikan tiada berlaku masalah stratigrafi kerana manik adalah suatu barangan yang mudah bergerak semasa carigali samada jatuh kelapisan yang kebawah atau telah dibawa naik kelapisan atas semasa carigali atau berkemungkinan ianya adalah barang warisan kerana tanah berpaya di Kuala Selinsing adalah baik untuk pengawetan apatah lagi manik jenis kaca yang sukar mereput. Oelh sebab itu banyak interpretasi timbul mengenai tapak ini dan sukar untuk menentukan kesahihannya. Oleh kerana itu berkemungkinan juga Kuala Selinsing adalah sebuah tapak protosejarah dimanan suatu ketika pernah menjadi tempat penghantaran barang dagangan dari lain-lain kawasan bertujuan menyediakan atau membekal barang dagangan ke pusat-pusat pelabuhan entrepot yang lebih besar seperti ke Lembah Bujang ( kedah ) dan Takuapa sepertimana dalam kajian Lamb telah mmenjumpai manik di kawasan Kuala Selinsing dan Takuapa adalah dari jenis yang sama. Jelas disini perdagangan di Kuala Selinsing teah wujud dengan meluas apatah lagi strategi perletakkannya di tepi pantai memudahkan urusan di lautan dan persinggahan pedagang-pedagang lain.

Selain itu, komuniti di Kuala Selinsing juga telah ada hubungan dengan orang India sepertimana dengan pendapat evans bahawa perkampungan di sini terdiri daripada rumah-rumah di atas air mempunyai tinag diperc ayai adalah satu kawasan kediaman orang-orang India. Didapati juga masyarakatnya belum menerima agama Islam berasaskan kepada jenis makanan seperti daging babi. Dipercayai juga berkemungkinan penghuni kawasan ini adalah pedagang batu permata dan kaca dan dalamsejarahnya mereka telah diserang berasaskan penemuan tengkorak yang ada kesan luka akibat diserang dengan senjata tajam. Manakala penemuan mohor pallava dan cincin emas denganukiran simbol Visnu diatas Garuda jelas membuktikan masyarakatnya telah menerima pengaruh India namun penemuan cara pengurusan mayat secara menanam mayat di dalam perahu menunjukkan sistem kepercayan anamisme adalh anutan yang utama manakala agama Hindu sekadar ikutan semata-mata. Oleh kerana itu tidak dapat dipastikan bila proses pengIndiaan bermula ditapak ini.ini menyebabkan evans berpendapat tapak ini mula-mula sekali didiami pada kurun keenam masihi ini berdasarkan kepada pandangan Otley Beyer melalui tinggalan budaya dari tapak itu dan mempercayai ianya sama dari segi taipologi dengan apa yang terdapat dari tapak Arkeologi ke 6 di Filipina. Sebalinya Quaritch Wales berpenadpat tapak tersebut adalah kawasan kediaman orang-orang Indonesia yang terdiri dari tikang-tukang yang mahir yang telah terima pengaruh India tetapi tidak mahir dalam kebudayaan India ini berdasarkan kepada Inskripsi yang ditemui terukir di atas mohor Pallava mengandungi kesilapan. Begitu juga dengan penemuan gambar Visnu di atas garuda tidak emmiliki tanda-tanda kedewaan yang lengkap dan ada aspek-aspek ikonografi yang berbeza daripada biasa dalan ikonografi Hindu. Bukti dari cincin dan mohor Pallava menunjukkan mereka mengetahui sedikit sahaja tentang pengaruh India ini. Contohnya mengetahui dari pedagang yang singgah. Quaritch Wales berpendapat juga bahawa kawasan ini terletah di bawah kuasa politik di Lembah Kinta dan kerajaan ini dikenalisebagai kadaram dan rajanya berketurunan sailendra iaitu raja Visnuvarmma.

Selain itu menurut evans lagi petempatan di Kuala Selinsing ini berkemungkinan didiami selewat-lewatnya sehingga abad ke 12. Ini berasaskan kepada temuan tembikar jenis song jenis tembikar dari negeri China dan berkemungkinan ianya dibawa oleh pedagang tempatan atau negeri berdekatan ke Kuala Selinsing bukan terus diimport dari negeri China.ditemui juga tembikar kaca yang dipercayai diimport dari Iraq dan Iran sepertimana jumpaan di Sunagi Emas di Pangkalan Bujang dan Selatan Tahiland. Jumpaan ini juga menunjukkan Kuala Selinsing adalah sebuah tempat menyediakkan barang dagangan sebelum dibawa oleh pedagang tempatan ke pelabuhan entrepot di Pangkalan Bujang.

PENEMUAN SISA MAKANAN

Selain kajian kepada bahan artifak ini, sisa makanan masyarakat di petempatan ini juga banyak membantu pengkajian pakar Arkeologi tentang cara merka memperoleh sumber makanan. Menurut G.W.H.Davinson, pelbagaui tulang dan cengkerang yang ditemui di tapak Kuala Selinsing menunjukkan bahawa komuniti protosejarah ini telah mengumpul dan makan berbagai jenis moluska lautan seperti ikan, penyu dan beberapa jenis mamalia daratan. Kehadiran sisa makanan dari pelbagai jenis haiwan membuktikan berbagai cara mengumpul makanan telah digunakan dan berbagai tumbuahn mungkin telah dimakan serta digunakan untuk mendapatkan makanan laintetapi susah untuk dibuktikan.

Penemuan spesis moluska lautan dalam jumlah yang banyak sekurang-kurangnya terdapat 29 spesis ini telah ditemui oleh Evans pada tahun 1932 dan Davinson pada tahun 1989. Ini menunjukkan sumber laut adalah peroelhan sumber makanan yang penting ketika itu. Manakala penemuan pelbagai jenis isput seperti jenis Anadara Granosa dan p. Placanta dengan cara menyodok keran itilah terdapat siput lain bersamanya seperti siputjenis natica, Mmacula, marginella, Turritella terebra dan banyak lagi. Tiada ditemui sebarang kesan arang atau bakar pada kulit siput tersebut menunjukkan ada kemajuan zaman prasejarah sebelumnya. Didapati juga berkemungkinan mereka telah mual menangkap ikan di laut dalam dengan penemuan tulang ikan jerung yang hanya ditemui di laut dalam hari ini. Menunjukkan disini mereka telah meluaskan sumber laut dan terdapat penggunaan penangkapan ikan yang lebih maju dan penggunaan sampan atau perahu yang lebih sesuai untuk menangkap ikan di laut dalam dan jauh.

Selain itu, penemuan tulang haiwan jinak seperti babi, ayam, anjing, macaca nemestrina dan banyak lagi yang lain menunjukkan mereka telah mela menternak haiwan untuk dijadikan sumber makanan yang tetap untuk menampungi jumlah ahli yang semakin ramai seperti penemuan gigi dan tulang babi yang banyak ditemui sepanjang kawasan rendah dan tinggi di kawasan tersebut. Contoh lain ditemui tinggalan bahagian atas tarsus ayam dan bahagian atas gigi molar anjing. Didapati juga mereka masih meneruskan pemburuan binatang liar didalam hutan contohnya babi liar jenis Sus Scrofa.

Mereka juga telah mula memburu binatang jenis terrestrial samada bersaiz besar ataupun yang bersaiz sederhana. Dipercayai ia diburu semasa pengembaraan dari kawasan pedalaman ke kawasan yang lebih kontang seperti rusa jenis Cervus Unicolor, badak sumbu, gading gajah jenis Elephas maximus yang berukuran 66 hingga 74 milimeter samada diburu ataupun diimport dari kawasan lain. Sepertimana penemuan gigi molar harimau jenis panthera Tigris yang berasal dari India dan dipercayai ianya diimport melalyui perdagangan dengan India. Sekiranya ia diburu oleh masyarakat ini, ini menunjukkan mereka telah ada penggunaan senjata yang lebih baik dan sesuai untuk memburu haiwan yang bersaiz besare dengan gunakan buluh yang tajam atau sebagainya tetapi tidak dapat dibuktikan kerana buluh mudah tereput dan ianya bahan organik dan mudah reput dalam temph masa yang singkat. Namun penemuan ini jelas menunjukkan masyarakat ini telah maju dari segi mendapatkan sumber makanan untuk petempatan yang menetap tidak lagi berpindah seperti sebelumnya.

Oleh kerana tumbuhan mudah tereput sebab itulah tidak dapat dijelaskan tumbuhan apa yang terdapat di Kuala Selinsing ini tetapi tumbuhan semulajadi yang jarang terdapat di Kuala Selinsing seperti rotan dipercayai dibawa balik oleh penduduk Kuala Selinsing semasa perjalanan ke kawasan pedalaman hutan untuk memburu.

Penemuan segala artifak dan sisa makanan di Kuala Selinsing menunjukkan disini adalah sebuah petempatan tapak protosejarah dan pengkajian terjini oleh Nik Suhaimi Hassan pada 26 Januari 1988 hingga Februari 1988 telah berjaya menemui dua pulau petempatan lama yang berdekatan dengan paya bakau tersebut dan dikenali dengan pilau buluh. Disini ditemui beberapa buah parit galian. Pengkajian yang berjalan selama dua minggu itu telah mengesahkan tinggalan purba yang telah ditemui oleh Evans dan pakar lama yang lain seperti penemuan sisa makanan dari pelbagai jenis moluska, ikan dan binatang, berbagai jenis manik , bahan mentah untuk buat manik seperti kaca, kulit moluska dan kulit penyu, berbagai jenis batu, tulang manusia, tinggalan perahu (jumpaan perahu yang digunakan oleh nelayan biasa berbanding penemuan oleh Seveking perahu yang dijumpai adalah untuk golongan berstatus tinggi menunjukkan telah berlaku satu perubahan kemajuan). Dan ditemui juga bahan dari logam. Melalui ujian karbon 14 didapati petempatan ini telah diduduki diantara 200BC sehingga AD1000.

KESIMPULAN

Pengkajiany berterusan adalah penting untuk mencari kesahihan dan dapat digunakan sebagai salah satu fakta sejarah yang penting untuk megetahui keadaan kebudayaan dan segala aktiviti komuniti protosejarah di Kuala Selinsing ini. Maklumat dari pakar-pakar Arkeologi lama penting untuk dirujuk tetapi sebagai Arkeologi pada generasi baru perlu diselidiki kebenarannya sepertimana usaha Prof. Nik Suhaimi Hassan dari UKM.


BIBLIOGRAFI

Leong Sau Heng, Prasejarah Dan Protosejarah Selangor, Jabatan Sejarah Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 1989

G.W.H Davinson, "Animal Remains From The Protohistoric Community At Kuala Selinsing Perak", Jurnal Arkeologi Malaysia Vol.4, 1991

H.G.Quaritch Wales," Archaeological Researches In Ancient Indian Colonization In Malaya", JMBRAS Bil 18(1), 1940

J.Kathirhamby-Wells And John Villiers, "Collecting Centres, Feeder Points And Entrepots In Malay Peninsula", The Southeast Asian Port And Polity Rise And Demise, Singapore University Press, 1990

Nik Hassan Shuhaimi Nik Abd. Rahman, Penyelidikan Arkeologi Di Pulau Buluh, Pulau Kelumpang Kuala Selinsing Perak, JAM, Bil.1,1988

Nik Hassan Shuhaimi Nik Abd. Rahman, "Recent Research At Kuala Selinsing Perak", IPPA,

Zainal Abidin Abdul Wahid Etal, Malaysia: Warisan Dan Perkembangan ( Edisi Kedua ), Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1996