MADZANI MENULIS (6)

 

Assalamualaikum

Setelah apa yang diperkatakan pada penulisan yang lepas, kali ini saya ingin menyambung lagi apa yang cuba saya huraikan.Saya berharap agar ianya ini tidaklah seteruk halaman-halman internet yang lain sehinggakan ia dimasuki Hacker dan dihapuskan alamatnya sama sekali termasuklah yang dimasuki oleh MIMOS melalui Jaring atas arahan Menteri Penerangan. Sekiranya rakan -rakan PKPMS tidak mempercayainya cubalah mencari tapak yang membicarakan tentang Anwar Ibrahim. Tapak ini elah dikesan sebagai medan untuk membicarakan tentang Anwar dan perkara yang kelihatan benar. Ramai yanga akan mendapati tapak-tapak ini ditutup sementara waktu kerana ia akan mengugat ketenteraman dan memberi maklumat yang membolehkan maklumat sebenar tersebar. Diharapkan dengan ini rakyat akan lebih menumpukan pada TRelevisyen dan Akhbar yang telah dinyatakan mempunyai kaitan dengan konspirasi tersebut. Malah pemimpin juga mengarahkan agara wartawan saing tidak lagi menyiarkan tentang perkara ini dan disini kebebasan akhbar telah ditutp sama sekali. Sekiranya kita mahu halaman yang boleh menyiarkan hal ini amatlah sukar kerana semuanya telah ditukar menjadi medan antara kerajaan sahaja.Cuba kita perhatikan 'Bill of Right' Amerika Syarikat. Ia meupakan perlkembagaan yang membiacrakjan tentang hak untuk bersuara. Oleh kerana itu, Rakyat Amerika kelihatan terbuka dalam hal ini kerana bilangan TV dan akhbar mereka begitu banyak dan terlalu bebas. dari satu aspek memang ini agak buruk diperhatikan oleh kita keran kebebasan inilah yang menyebabkan kita menganggap mereka adalah bangsa yang 'jijik' kerana mengamalkan kebebasan yang melampau, namun dari satu seg kita kan dapat melihat beberapa kebaikan dengan dasar ini. Kebebasan yang sebenar adalah amat diperlukan oleh masyarakat pada masa sekarang. Sekirany anda benar-benar telah cuba memahami hal ini bacalah tentang perlembagaan 'Bill of Right' yang mengandungi 10 perkara dan bacalah juga perlembagaan Malaysia yang membicarakan tentang hak seorang rakyat.

Seperti apa yang saya perkatakan tentang Bab 2 Buku tulisan Harun Yusuf ia agak begitu ketara sebagai knspirasi peringkat tertinggi malah lebih buruk dari itu pemimpin ini ditahhan dan didakwa sehinggalah Marina datang untuk membelanya. Pada awalnya Datuk Harun telah putus asa tetapi dengan kehadiran Marina yang sanggup menanggung risiko nyawa dan ancaman berbanding yang lain yang gusar apabila dilibatkan dengan Datuk Harun. Malah berita tentang Datuk Senu juga hampir ditutup. Adalah jkelihatan Pada tahun tulisan ini 1986 Dr. Mahathir masih lagi sebagai pemimpin negara sebagai Perdana Menteri. Tidakkah mungkin isu Anwar kelihatan diciplak dari buku ini. Namun apa yang terjadsi dengan Datuk Harun taklah seteruk Datuk Seri Anwar kerana Datuk Harun tewas kerana percubaannya memegang tampuk kuasa yang lebih tinggi lagi barulah ia berundur. Datuk Seri (DS) Anwar pula dituduh dengan begiutu hebat sekali dan sukar untuk diterima akal langsung. Seorang yang dianggap bersih pada masa mudanya dan masa sekarang telah dituduh denagn kes yang amat berat sekali. Apatah lagi banyak penjelasan yang menyokong bahawa ni adalah konspirasi peringkat tertinggi. sekiranya kita melihat Akhbar tempatan seolah-olah memang benar DS Anwar bersalah tetapi melalui media Asing dan internet yang dicatatkan oleh rakyat Malaysia dan mereka yang pernah terlibat dengan dunia kewartawanan dan kepimpinan memperlihatkan kebenaran DS Amnwar bahawa ini semua adalah konspirasi politik peringkat tertinggi.

Kelihatan juga beberapa pihak yang muncul ketika ini walaupun namanya hampir luput dari ingatan masyarakat erana perlakuannya yang salah peda masa terdahulu ia memimpin masyarakat. Mereka ini begitu menyokong penuh Dr. Mahathir membabi buta dan mereka ini muncul ketika sedang hangat memperkatakan tentang DS Anwar. Kenapa semasa ekonomi gawat mereka tidak mahu mengulas lanjut dan apabuila kes ini bangkit mereka mula muncul kembali. Pasti rakjan-rakan perasaan siapakah orangnya yang dimaksudkan oleh saya. Ia tak lain ialah mereka yang dikatakan pernah menjadi sasaran Anwar terutama menyebabkannya tidak boleh lagi berasam pemimpin no. satu dan begitu juga dengan kesnya ia telah diminta mnelepaskan jawatan Ketua Menteri. Kenapa pada saat ini mereka muncul. Keluihatan mereka ini seolah-olah meneguk di air keruh. sekirana kita ke Arkib baiknya kita meniliti kes ketua ini dengan DS Anwar agar kita dapat membanduingkan antara yang didakwa kemudian diminta melepaskan jawatan atau merak yang diletakkan jawatan kemudian di dakwa. Sungguh lawak......... bagaimana anda sebagai pembaca. Tidak kah diperhatikan bahawa ramai yang cuba meneguk di air keruh ketika ini. termasuklah golongan pelajar yang menyatakan mereka mewakili suara mahasiaswa tetapi kelihatan mereka ini tiada idealisme. Sekiranya kita membaca akhbar yang telah lepas kita kan mendapati kenyataan oleh Majlis Perwakilan Pelajar sama ada Universiti Sains Malaysia, universiti Putra Malaysia. Kelihatan sangat mereka ini lebih kepada ampu sana ampu sini. Inikah mahasiswa yang dilatih untuk belajar tentang mengkajian tetapi tidak dapat menilai. ......

 

Insya Allah kita kana sambung lagi...

 

Sekian. wassalam

MADZANI NUSA