MADZANI MENULIS (7)

 

Assalamualaikum

Pada mulanya saya amat tertarik dengan gerakan Reformasi ini kerana pengistilahan yang diberikan amat wajar dalam keadaan sekarang. Dalam satu segi saya mata bersetuju dengan gerakan ini dan dari satu segi saya tidak bersetuju dengan penggunaan pengistilahan ini (Reformasi). Saya ingin membawa rakan-rakan kepada peristiwa di Indonesia. apa yang berlaku di Indonesia ialah mereka tidak mengucapkan Reformasi kerana mereka tahu pengistilahan ini tidak akan membawa sebarang makna sekiranya tidak dihayati dan dilaksanakan. Pada masa itu mereka lebih menumpukan kepada hal-hal untuk menjatuhkan SuHarto kerana pada meraka Suharto telah memakan harta rakyat dengan rakusnya dan kegawatan ekonomi yang meanda Indonesia bukanlah kerana rakyatnya semata tetapi ia juga dimainkan oleh pemimpin utamanya aitu Suharto. Lantaran itu, para mahasiswanya telah bergabung untuk menyatakan perasaan meraka atau diistilahkan dengan tunjukperasaan (Demo Stration -demonstrasi). permulaan yang pada mulanya hanya biasa membawa kepada gerakan menyeluruh apabila mahasiswa telah tahu dan bergabung tanpa mengira lagi sama ada ia akan menumpahkan darah ataupun ia akan membawa satu perubahan yang besar kepadsa negara dan nampaknya mereka berhasil walaupun ratusan nyawa telah terkorban. Sememangnya sesuatu Reformasi itu bukanlah satu keadaan yang baik sentiasa. Reformasi adalah sat perubahan yang mendadak yang boleh membawa konotasi yang amat buruk sekiranya dihayati dan dilaksankan. Pertumpahan darah, pembunuhan, tembakan, seksaaan, tekanan dan sebagainya akan membawa konotasi ini. Oleh itu, Reformasi di Malaysia akan emmuncak apabila terdapatnya satu kelompok yang memulakan gerakan ini damn dsertai oleh semua rakyat tanpa mengira pangkat, kesenangan dan kemewahan semata dan menjaga periuk nasi masing-masing. Gerakan bersepadu akan membawa kesan yang amat ketara. bukan sahaja Perdana Menteri dipaksa meletak jawatan malah sekiranya terl;aksana kesemua menteri kabinet boleh dijatuhkan dengan masa yang singkat.

Rakan-rakan, Baru-baru ini tindakan rusuhan telah berlaku di Ibukota Kuala Lumpur semasa temasya SUKOM sedang berlangsung dan lawatan ketua negara penjajah iaitu Queen Elizabeth dan Suaminya. Pada masa penutupan SUKOM kelihatan Datuk Bandar Kuala Lumpur telah sujud seolah-olah menyembah. Saya yang melihat perkara ini amat 'jijik' sekali apatah lagi negara kita telah ditafsirkan telah 'MERDEKA'. namun masih ada lagi rakyatnya yang terjajah pemikirannya dan melakukan perkara ini. Sememangnya wajar tunjuk perasaan dilakukan pada masa itu dan dipertontonkan sekali perbuatan manusia terjajah ini dengan lebih terpernci lagi agar rakyat seluruh negara sedar apa yang berlaku. Tapi siapakah yang sanggup kerana media adalah dikawal oleh kerajaan malah beberapa 'site' internet juga dihalang untuk dimasuki dan 'site' ini terpaksa dicari secara sendirian agar ia akan dapat diketahui. Saya masih melihat 'site' yang terbaik ketika ini ialah di https://members.tripod.com/~Reformasi_rakyat site ini amat menarik kerana ia menerangkan secara terperinci dan penafsiran yang amat jitu sekali. Dan apa yang berlaku ialah site ini dikesani oleh hacker dan diceroboho dan linknya pada site yang lain telah dipadamkan. hanya mereka yang tahu untuk mencari sahaja yang tahu site ini dengan baik. Kita berbalik kepada penyembahan Queen tersebut.... Mulanya kita akan melihat ia adalah satu upacara sahaj, tapi dari satu sudut kita akan melihat ahawa kelihatan unsur syirik apabila kita menyembah selain Allah dan penyembah itu pula adalah orang yang telah dikeali ramai sebagai beragama Islam. Malah Raihan yang membuat pertunjukan pada masi itu juga kelihatan berdiam diri melihat peristiwa ini dan peristiwa penonton terlonjak-lonjak melihat persembahan yang menyebut nama Allah. Ia amat memalukan sekali, kumpulan yang sewajarnya mempertahankan hak ini hanya mampu berdiam diri. mana hilangnya sifat kitra yang teah didik denagn didikan agama islam. Penyembahan manusia ini amat memalukan sekali. dari satu sudut pula dilihat bahawa ini adalah satu tindakan melambangkan bahawa negara masih belum merdeka, masih terjajah dibawah pengaruh Komenweld. Inilah yang kita laungkan dengan kemerdekaan 41 tahun dan disambut secar besar-besaran di negeri Pulau Mutiara yang malap. Namun pelajar yang mengetahui dan pendidik yang tahu hal ini mendiamkan diri sahaja dan kelihatan menyambut sama peristiwa ini. Wajar bagi mereka ini dilanjutkan pendidikan untuk melihat hal ini. seolah-olah tiada perkembangan dan ianya adalah bersifat statik.

 

1.Bagaimana kita hendak mempertahankan hak kita?

2.Kenapa Mahasiswa berdiam diri dan hanya kelihatan tunggu dan lihat sahaja.

3.Kenapa wujudnya sekelompok yang boleh ditafsirkan pengecut

4.Apa pandangan kita tentang isu negara

5.Adakah mahasiswa ini hanya ditafsirkan sebagai patung dan tidak wajar mengikuti perkembangan politik.

 

Insya Allah kita akan sambung lagi...

 

Sekian. wassalam

MADZANI NUSA