MADZANI MENULIS (8)

 

Assalamualaikum

26 September 1998 (Sabtu) telah diadakan satu pergerakan yang 'aman' bermula dari tiga buah masjid iaitu Masjid Negara, Masjid Jamek dan masjid India. Pergerakan yang pada mulanya aman telah mendapat perhatian semua pihak. Hari sabtu di Jalan Tunku Abdul Rahman, jalan Masjid India, Jalan Raja Laut adalah merupakan hari Pasar Malam atau lebih dikenali sebagai malam minggu. Pastinya ramai yang datang untuk membeli belah bersama keluarga dan Dataran merdeka selalunya akan dibanjiri untuk beristerihat bersama keluarga dan berjalan-jalan pada malam Minggu. Tetapi lain pula peristiwa pada tarikh 26 itu iaitu kawasan dataran Merdeka telah dikepung oleh anggota polis dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU). Semua ini adalah apabila masyarakat telah merancang untuk mengadakan tunjuk perasaan secara aman tanpa sebarang keganasan tanpa rusuhan dan tanpa ada sebarang kerosakan harta benda. Pada awalnya memang kelihatan amat aman apatah lagi telah dimaklumkan bahawa tidak akan ada pemimpin yang utama dan semua masyarakat adalam pemimpn gerakan tersebut dan tiada siapapu yang dibenarkan merusuh.

Cawangan Khas (SB) yang turut sama dengan kelompok ini kelihatannya telah bertindak lebih dari sepatutnya dan mereka inilah yang menyebabkan beberapa cetusan rusuhan yang berlaku. Kelakuan mereka yang menyilap masik ke dalam kelompok masyarakat dan mengadu dombakan masyarakat kelihatan amat 'keji' dan 'jijik'. orang yang pada mulanya hanya melihat kejadian ini ditangkap malah dipukul dan ini menyebabkan ketidaktahanan masyarakat dengan kejadian ini dan mereka ini lah punca sebenar rusuhan. Memang benar kenyataan awal bahawa kegiatan rusuhan dan keganasan ini sebenarnya dilakukan oleh SB ini. Kita belum mengenalpasti tujuan utama mereka. Berlainan dengan FRU yang cuma meleraikan rusuhan dan gerakan menganas mereka kelihatan serba salah dengan peristiwa ini kerana tiada rusuahna yang berlaku dan hanyat tangkapan dengan pemukulan yang dilakukan oleh SB sahaja. Antara mereka kelihatan mereka serba salah seperti mana yang saya dengar dari perbualan seorang FRU dengan seorang perempuan Tua yang bertanya kejadian yang berlaku. Mereka menyatakan bahawa mereka juga hanya mengikut arahan dan kejadian sebenar belum diketahui lagi. Ini bermakna apa yang berlaku agak mengelirukan kerana kelompok yang datang berada di tiga kawasan utama dan tiada rusuhan yang menyebabkan kecederaan kecuali yang dilakukan oleh SB. Tiga jalan utama yang disebutkan tadi menyebabkan FRU terpaksa bergerak beralih aah sentiasa kerana tiada tempat yang tetap, kelakuan masyarakat pula hanya melaungkan selawat, menyanyikan lagu 'barisan Kita' telah menambahkan lagi kekeliruan pihak FRU. Hanya kelihatan beberapa SB sahaja yang menggganas dengan melakukkan penangkapan sesuka hati yang pada mereka telah ditafsirkan sebagai dalam pergerakan ini. Cuma pergerakan ini kelihatan sebagai strategi untuk pergerakan yang mungkin diadakan pada 28 Sept.

Pergerakan yang djangka bermula pada jam 5.00 petang ini telah lewat diadakan dan ianya telah berubah dari keadaan yang dirancang. Namun keadaan adalah terkawal.

 

Insya Allah kita akan sambung lagi...

 

Sekian. wassalam

MADZANI NUSA