Kini Kami Kembali...

       Khamis 8 April

       KUALA LUMPUR, April 8,- Banyak E-Mail yang kami terima bertanya mengapa Web site ini tidak di kemas kini. Ingin kami menjawabnya tapi biarlah ianya menjadi rahsia pada pihak kami. Namun harus di ingat bahawa kehilangan kami bukan kerana kami takut di tangkap. Kerana kalau takut di tangkap jangan bicara tentang perjuangan kneehab xp.
       Sepanjang kami menghilangkan diri kami tidak pernah melupakan perjuangan ini. REFORMASI sering di fikiran dan mulut. Semakin hari kami melihat semakin ramai rakyat yang menyokong. Para Peguam yang sebelum ini hanya kelihata mengejar wang turut telah berubah...Malah merekalah yang paling langtang dan agresif didalam menuntut hak rakyat. Para pelajar di IPT kini semakin berani baik didalam maupun diluar negeri shop orthopedics.

       Para ibu dan ayah sudah tidak lagi takut melihat anak mereka bercakap tentang Reformasi. Reformasi juga telah berjaya menyedarkan rakyat betapa buruknya Akta ISA yang mana telah digunakan keatas Dato Seri. Malah janganlah kita lupa bahawa seblum ini telah ramai para pejuang kebenaran yang di tangkap dibawah akta ini.
       Harus diingat Agama Islam yang Syumul tidak pernah mengajar umatnya untuk menangkap sesiapa pun dan di penjarakan sebelum dibicarakan. Sekiranya Agama yang suci ini telah mengajar kita agar bersikap adil maka hendaklah kita menolak sepenuhnya undang undang yang tidak bertamadun ini. Sekiranya kita masih mengatakan kita masih memerlukan ISA maka fikirlah adakah ianya selari dengnan Islam.

       Ingatlah Keadilan tidak boleh ditolak ansur dengan apa sekalipun.
       Semoga Allah memberi kekuatan kepada Dato Seri Anwar dan Keluarganya serta Rakyat Malaysia yang merindui Keadilan......

      
       ithout