PELANCARAN DEKLARASI REFORMASI
13 Sept Cherok To'Kun, Pulau Pinang. Datuk
Seri Anwar Ibrahim hari ini melancarkan gerakan
reformasi bagi peringkat nasional pada malam
tadi di negeri kelahirannya. Beliau disambut oleh
orang ramai yang terdiri dari saudara-maranya,
sahabat handai dan penduduk Pulau Pinang.
Datuk Seri Anwar Ibrahim berdiri di anak tangga
rumahnya iaitu di kampung
Cherok To’ Kun sambil mengistiharkan Deklarasi
Reformasi;
Deklarasi Reformasi yang di ishtiharkan ialah :
1) Pembahagian kekayaan negara secara adil.
2) Menghalang pasaran saham dari dimanipulasikan
oleh satu kumpulan kecil atau individu.
3) Memperbaiki proses Demokrasi di Malaysia.
4) Memastikan kedaulatan sistem Kehakiman dan
Keadilan negara sentiasa terpelihara.
Kampung Cherok To’ Kun telah dihiasi untuk menyambut
kepulangan anak kampungnya
yang paling terkenal.
Oleh : Reformasi_Kita
(NOTA: Berita keseluruhan akan disiarkan sebaik
saja Kumpulan Reformasi_Kita
Menerimanya)