MAHKAMAH MAHATHIR
E-MAIL
 

Sumber yang hampir pada Dato Zahid menjelaskan pada saya bahawa keputusan
sebulat suara  yang dibuat Majlis Tertinggi Umno untuk memecat Anwar tidak
lah seperti mana yang diumumkan. Mesyuarat telah dimulakan dengan Mahathir
hanya mengatakan Anwar ialah seorang kaki perempuan dan mestilah dipecat.
Mahathir menyatakan bahawa Daim, Sanusi Junid dan Megat Junid telah menunjukan
bukti kepadanya. "Bukti" yang dimaksudkan adalah didalam bentuk pelacur dan
mak nyah yang dibawa kepadanya. Anwar kemudian bersumpah dengan nama Allah
bahawa beliau tidak pernah melakukan salah laku seksual dan beliau tidak akan
meletak jawatan.

Serangan terhadap Anwar kemudian telah diketuai oleh Ibrahim Ali dan Sulaiman
Mohd. Empat ahli  kemudian berdiri untuk membela Anwar. Mereka adalah Dato'
Khalid Yunus, Dato' Ibrahim Saad, Dato Afifuddin Omar dan Dato' Zahid Hamidi.
Zahid membantah kerana Mahathir pada dasarnya telah menjadikan Majlis Tertinggi
sebagai Mahkamah dimana dialah polis, hakim, pendakwa dan penghukum. Maha-
thir  terus-terusan mengatakan Anwar tidak bermoral dan mesti dipecat. Mahathir
terus mendesak dan ahli Majlis Tertinggi yang lain terus mengikut rentaknya. Mahathir
kemudian mengumumkan kepada media apa yang dinamakan sebagai "keputusan
sebulat suara".

Tiada sebarang surat tunjuk sebab yang dikeluarkan kepada Anwar, tiada sebarang
prosiding tatatertib yang dibuat dan dia dengan mudah dipecat. Apa yang menghairankan ialah,
Mahathir pernah mengatakan bahawa seorang itu dianggap tidak bersalah hingga dibuktikan
kesalahannya. Begitulah kata-kata Mahathir ketika beliau membela Rahim Tambi Chik dan
Mat Taib.
 
 
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

             © Copyright Singapore Press Holdings Ltd, 1998. All rights reserved.