Polis Meminta Maaf

Dari satu sumber tidak rasmi yang kami terima, pegawai kanan polis Malaysia meminta maaf
kepada puluhan ribu orang yang dipukul dalam tragedi di Dataran Merdeka(22/09/98) dan
Seri Perdana(21/09/98). Secara umum nya beliau meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Pegawai terkanan polis juga menjamin bahawa kejadiaan itu tidak akan berulang lagi.
"Kami tidak pernah berniat untuk melakukan kekerasan dan tak akan mengulanginya lagi, apa yang lepas tu lepaslah"

Pihak polis juga memberi jaminan tidak akan menggunakan bom pemedih mata atau pun belantan untuk
memukul penyokong Anwar yang berkumpul.
"Mereka masih bebas untuk berkumpul, asalkan tiada kerosakkan yang dilakukan dan tidak menimbulkan
kekacauan  yang mengancam keharmonian"

Pegawai berkenaan menambah, pihak polis walau bagaimana pun tidak akan teragak-agak untuk menyembur
air kepada penyokong-ponyokong yang berkumpul itu sekiranya mereka bertingak liar.

Beliau turut menyatakan pihak  polis akan mengeluarkan kenyataan rasminya berkenaan perkara ini tidak lama
lagi. Kenyataan rasmi dan meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia itu akan dilakukan oleh Ketua Polis Negara melalui semua siaran telivision Malaysia.