Berita Harian Oktober 8, 1994 - "RAHIM HARUS DIBERI KEADILAN: PM"

Beliau (Dr. M) berkata, Rahim akhirnya terpaksa mengemukakan surat perletakan
jawatan kerana pihak-pihak tertentu memutarbelitkan kes pembabitan beliau dengan
pelajar itu sehingga memperlihatkannya (Rahim) seolah-olah seorang 'penjenayah'.

"Dia belum didapati bersalah tetapi akhbar dan parti (UMNO Melaka) sudah hukum
dia. Rahim perlu diberi keadilan," katanya.

"Sekurang-kurangnya bagilah keadilan kepada dia...ini belum apa-apa lagi, dah nak
hukum dia," kata Dr. Mahathir.

"Sepatutnya sebelum dia (didapati) bersalah (atau sebaliknya), kita tak boleh tuduh dia,
tak boleh hukum. Ini belum kita dapat buktikan kesalahannya, awal-awal lagi orang
dah buat macam-macam tohmahan," kata beliau.

"Kita kena periksa dan polis sedang menyiasat gadis itu untuk mengetahui cerita
sebenar," kata beliau.

Beliau juga bertanya mengapa publisiti meluas hanya tertumpu kepada Rahim dan tidak
kepada latar belakang gadis itu.

Dr. Mahathir juga menegur cara polis menjalankan siasatan sehingga 'mengganggu'
anak dan isteri Rahim dengan bertanya kepada mereka soalan yang keterlaluan.

"Penyiasatan tak usahlah sampai setakat itu," kata beliau.

"Saya tahu siapa yang terbabit...orang UMNO mana yang terbabit. Saya tahu, sebab
itu saya nak tunggu sehingga dapat hasil siasatan polis," kata beliau.

Reformasi Kita :  Kejatuhan Rahim dahulu tiada berkaitan dengan konspirasi mana-mana pihak.
                           Bagi Dato' Sri Anwar Ibrahim pula , PM sendiri yang mengepalai konspirasi