21 Sept 1998 (sedang Berlaku sekarang)

Semakin ramai berada di Dataran Merdeka ....

dilaporkan jam 6.22 ptg -
Seramai 300 orang anggota FRU disusun didalam 40 lapisan bagi menghalang ratusan ribu orang yang menuju ke Bukit Jalil malam ini. Sementara itu kerajaan British menyatakan bantahan berkenaan laporan media nya yang disekat oleh kerajaan Malaysia. Media asing kini menggunakan setelit negara ke-3 bagi menyampaikan maklumat ke negara masing-masing. Mereka menyifatkan tindakan Malaysia mengganggu siaran media mereka sebagai tindakan biadap.

dilaporkan jam 6.07 ptg -
UMNO mengadakan sidang tergempar di Kuala Lumpur. Ini berikutan laporan  Dato'Seri Najib Razak  meletakkan jawatan sebagai pengerusi displin UMNO(AFP). Walau bagaimana pun Bernama melaporkan Najip menafikan perletakan jawatannya.
Dari sumber di Bkt. Damansara (rumah Anwar Ibrahim), perkumpulan di Bukit Jalil telah disahkan akan diadakan malam ini. Orang banyak telah ramai pergi menuju ke Bukit Jalil berikutan pengesahan itu.

dilaporkan jam 5.51 ptg -
Di Lebuhraya Persekutuan/Federal Highway menghala ke KL berhadapan bangunan KWSP lebih 20 orang telah dipukul dan ditahan berikutan enggan bersurai dan ingin meneruskan perjalanan ke ibukota. Polis yang dari tengah hari lagi berada disana bagi mengghalan semua kenderaan yang mencurigakan (lebih 3 orang) daripada memasuki KL. Sementara itu perhimpunan di Dataran Merdeka di anggar kan sudah berjumlan lebih 200,000 orang dan kelihatan seolah-olah semakin bertambah dengan pesat.
Beberapa orang ditangkap kerana bertindak menyepak kenderaan yang membawa Mahathir di Kuala Lumpur. Ada bersama Mahathir ialah Queen yang memerhatikan sahaja polis menangkap perusuh.

Di Langkawi - 28 orang tercedera apabila mereka yang merusuh bertindak membakar balai polis disana.
Di Sg. Chua Parti pembangkang DAP mengadakan mogok lapar sebagai menyokong tindakan perusuh di KL.

dilaporkan jam 4.45 ptg -
Rusuhan yang berlaku di Dataran Merdeka dijangka akan berleluasa dan merebak ke Stadium Bukit Jalil malam ini. Ini bagi mendesak Mahathir meletakkan  jawatannya. Dr. Mahathir dijangka akan berada di Bukit Jalil malam ini untuk upacara penutup sukom 98. Sementara itu identiti 4 ketua ABIM yang ditangkap boleh didapati dari "Tangkapan Jam 12 Tengahhari"
 

dilaporkan jam 4.10 ptg -
Kenderaan yang membawa 3 orang penumpang yang menghala ke pusat bandar dihalang daripada memasuki KL mana kala
kenderaan yang membawa penumpang 4 orang dan lebih (orang muda) akan ditahan dan dibawa ke balai polis tampa bicara
panjang. Sementara itu Dato' Zahid Hamidi dan 4 orang ketua ABIM(belum dipastikan identiti merka) ditahan oleh pihak
polis.

dilaporkan jam 3.18 ptg -
Kemuncak kemarahan penyokong-penyokong Anwar kini tidak dapat dikawal lagi. Dilapor semua jalan didalam bandaraya KL sesak disebabkan orang berpusu-pusu menuju ke Dataran Merdeka bagi menyertai tunjuk perasaan.
Anwar masih gagal dikesan oleh pihak Reformasi Kita setelah beliau dipisahkan oleh pihak polis
semalam.

dilaporkan jam 3.09 ptg -
Pihak polis  menembak gas pemedih mata dan pancutan air dari pili bomba setelah gagal menyuraikan orang ramai yang berkumpul. Walau bagaimana pun orang ramai yang berkumpul dianggarkan bertambah dari masa kesemasa.