Mahathir semakin takut

Dato' Seri Anwar Ibrahim malam ini ditangkap oleh sepasukan komando Malaysia yang bersenjatakan
buluh runcing. Mungkin Mahathir bimbang Anwar kebal dan tidak boleh ditangkat oleh pasukan polis
biasa.

Diantara faktor penangkapan Anwar ialah kebimbangan Mahathir yang teramat sangat apabila Anwar
menyatakan rakyat Kubang Pasu ada menjemputnya datang esok, 21 Sept. Kubang Pasu adalah kubu
Mahathir yang terakhir. Sebelum dari ini pihak Reformasi Kita ada menerima sebuah e-mail dari seorang
penduduk Kubang Pasu yang menyatakan penduduk Kubang Pasu akan keluar dari UMNO sekiranya
Anwar berjaya menyakinkan mereka tentang Gerakan Reformasi. Ini pastinya perkara yang paling menakutkan
bagi Mahathir yang telah lebih 19 tahun berkuasa sebagai Perdana Menteri dengan tiket ahli parliment Kubang Pasu.

Sebelum ini Anwar juga ada menyatakan hasratnya untuk menandingi Mahathir di kerusi parliment Kubang Pasu
pada pilihanraya tahun depan.