SinarOnline
Edisi:1
 
 
 
Fokus
 
Semasa
 
Untukmu Muslimah
 
Fiqh
 
Tazkirah
APO DIO MAZHAAB BAKPO KENO IKUK SALAH SATU

    Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh. Pertama-tamanya marilah sama-sama kita memanjatkan kesyukuran kepada Allah subhanahu wataala kerana pada ketika dan saat ini Allah masih lagi memanjangkan umur kita dan masih lagi sudi untuk memberikan nikmatNya kepada kita…. Alhamdulillah Jadi, pada ruangan kali ini, sukalah saya berkongsi ilmu dengan sahabat-sahabat yang saya hormati sekalian tentang tajuk yang baru saya sebutkan sebentar tadi iaitu tentang mazhab dan kepentingan bagi kita untuk mengikut salah satu daripadanya. dia mazhab Sahabat-sahabat yang saya hormati sekalian, apakah tu? Mazhab nie adalah berasal dari perkataan arab yang bermaksud 'jalan'. Hah, itu dari segi bahasa. Dan dari segi syara' pula, mazhab ialah pandangan & pendapat para mujtahid dalam menafsirkan sesuatu undang-undang atau peraturan Allah dari dalam Al-Quran dan Al-Hadis. Secara umumnya, ada empat jenis mazhab yang boleh kita ikut; Mazhab Hanafi, Maliki, Shafi'i dan…….Hambali. Jadi, Imam Mujtahid nie bertugas sebagai penerang atau penjelas hukum-hakam di dalam AlQuran. Imam Mujtahid? Ape Imam Mujtahid tu? Ha lepas ni kita cerita bab tu. OK…..Sebenarnya pengetahuan Din Islam itu terbahagi kepada tiga bahagian ataupun tiga aspek. Yang pertama ialah pengetahuan umum mengenai konsep-konsep keimanan di dalam Islam dan yang kedua ialah pengetahuan umum tentang etika-etika didalam Islam, contohnya, berbuat baik, tinggalkan amalan keji dan bermacam-macam lagilah. Kedua-dua bahagian nie, kita boleh dapat dan faham secara langsung dari AlQuran dan Al Hadis. Maknanya bila baca aje ayat tu, kita senang faham ayat tu. Tetapi…… ha… ada tetapinya, yang ketiganya ialah pengetahuan tentang kefahaman tentang sesuatu perintah Allah dan larangan Nya yang mana dari sinilah terbentuknya syariat. Dan dari sinilah terdapat pebezaan pendapat di kalangan ulama' dalam menafsirkan ayat-ayat AlQuran dan AlHadis. Sahabat-sahabat yang saya hormati sekalian, kita tinggalkan yang itu sekejap dan kita sambung soalan pasal Imam Mujtahid tadi. OK… secara umumnya, muslim terbahagi kepada dua bahagian. Yang pertama ialah Imam Mujtahid. Imam Mujtahid ni ialah orang atau senang nak kata; ulama'lah, yang dikurnia-kan oleh Allah kelebihan dan mampu memahami ayat-ayat AlQuran dan AlHadis dengan sendiri berdasarkan ilmu yang dia ada. Maknanya, dia baca aje ayat tu dia dah faham apa yang Allah mahu ber-dasarkan ilmu dia. Dan yang kedua ialah 'species' orang awam yang hanya boleh memahami ayat-ayat tersebut dengan mengikuti atau mengambil panda-ngan dan pendapat Imam-imam Mujtahid. Perkara ini bersesuaian dengan firman Allah Taala yang bermaksud;

    "….maka bertanya-lah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui."" Nanti bolehlah rujuk ayat nie dalam surah AnNahl ayat 43. Jadi berdasarkan ayat inilah, kategori yang kedua ini perlu mengambil pendapat-pendapat mereka ini dalam mengambil hukum-hukum syariat. Sebabnya….. kalau tanggungjawab ke atas penafsiran dan pemahaman ayat-ayat yang tersirat ini terletak di atas bahu setiap individu muslim, maka sudah tentu banyak masa dan tenaga perlu kita peruntukkan dalam mempelajari bidang ilmu tersebut. Semua umat Islam hanya menumpukan perhatian mereka pada ilmu itu dan meninggalkan kewajipan-kewajipan hidup yang lain. Jadi, dengan kata lain, perlulah ada specialisation" atau "kepakaran" dalam hal-hal seperti nie. Bukankah Allah sendiri telah menganjurkan konsep "kepakaran" dalam firmanNya; "Tidak sepatutnya bagi orang-orang yang mukmin itu pergi semuanya (ke medan perang). Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalamkan penge-tahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaum-nya apabila mereka telah kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat menjaga dirinya." (At Taubah : 122) Wallahua'lam.