SinarOnline
Edisi:1
 
 
 
Fokus
 
Semasa
 
Untukmu Muslimah
 
Fiqh
 
Tazkirah
    APABILA URUSAN AGAMA DIBERIKAN PADA ORANG YANG BUKAN AHLINYA. 


    Umumnya, masyarakat Islam sering terkeliru apabila kenyataan "urusan agama" diperbincangkan. Ramai yang mengganggap bahawa "urusan agama" hanya terkhusus pada perkara-perkara seperti perkahwinan, sembahyang, puasa, haji dan zakat. Pandangan seperti ini adalah kesan daripada ideologi penjajah yang memisahkan antara hal ehwal agama dan hal ehwal dunia. Atau dengan kata lain SEKULARISME. Justeru, umat Islam terus menerus berpandangan sempit dan beranggapan bahawa hal-hal mengenai ekonomi, kemasyarakatan dan politik atau kekuasaan bukan sebahagian daripada Islam. Oleh kerana umat Islam lalai dalam memahami Islam secara menyeluruh inilah, maka pelbagai masalah dari sudut ekonomi, sosial dan politik telah dipengaruhi oleh tangan-tangan yang tidak sepatutnya menerima tanggungjawab yang besar itu. Itulah yang dimaksudkan oleh Ar Rasul s.a.w. dengan "………Apabila urusan agama diberikan pada orang yang bukan ahlinya……" Mari kita tinjau keadaan yang berlaku di tanahair kita Malaysia. Semoga dengan tinjauan ini, umat Islam Malaysia menjadi lebih peka terhadap apa yang dimaksudkan oleh baginda Rasulullah s.a.w. itu. 

    Yusof Islam vs. Michael Jackson Beberapa tahun yang lalu Cat Steven atau lebih dikenali sebagai Yusof Islam telah dijemput hadir ke Malaysia untuk memenuhi satu sessi ceramah. Dataran Merdeka dipilih sebagai tempat perhimpunan umat Islam. Canang dipukulkan ke seluruh negara memberitahu kehadiran beliau. Maka bermulalah sessi ceramah pada malam hari Ahad itu. Belum pun puas mendengar pesanan-pesanan Allah dan Rasul dari saudara baru ini, pihak penganjur terus memberhentikan majlis dengan alasan esok hari bekerja. Tahun sudah, seorang penghibur antarabangsa yang menjadi gilaan muda-mudi telah dijemput hadir ke Malaysia untuk memenuhi kemahuan pemuda dan pemudi tanahair. Maka terlaung-launglah manusia yang bernama Michael Jackson itu di bumi Malaysia. Tak cukup sehari ditambah dua hari oleh pihak penganjur. Apa kata pemimpin kita? - Apa salahnya diberikan dua hari? - Pulak tu, bukan hujung minggu yang dipilih, malah malam hari bekerja. Apa sudah terjadi, majlis-majlis syaitan lebih diutamakan daripada majlis-majlis Allah. 

    Suara 'Ulama' vs. Suara Penyanyi Maka tersebutlah al kisah sekumpulan ulama' telah di"gam" oleh tuan punya stesen TV dan Radio. Mereka difitnah kononnya mereka meminta bayaran yang tinggi daripada pihak TV. Pada hakikatnya, 'ulama'-'ulama' ini di"gam" bila mereka menyatakan kebenaran. Hukum Allah menjadi topik perbincangan kemudian si penguasa mencari jalan supaya pewaris-pewaris nabi ini boleh disingkirkan. Aduhai, apa akan jadi dunia ini bila 'ulama' mereka hinakan! Dalam kegelojohan menyingkirkan 'ulama'-'ulama' yang ikhlas menyatakan kebenaran, si tuan punya stesen TV terus meneruskan mengagong-agongkan penyanyi-penyanyi. Lagu-lagu yang jelas mengajak ke arah percintaan yang penuh dengan kemaksiatan. Penuh khayalan. Dan penuh kekecewaan. Apa sudah terjadi, suara-suara yang mengarah kepada kemungkaran diagung-agungkan dan suara-suara yang mengarah kepada kebaikan dihina-hinakan. 

    "Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang kafir sebagai wali (teman-teman penolong) dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Apakah kamu ingin mengadakan alasan yang nyata bagi Allah (untuk menyiksamu)?" An Nisaa' :144 Ahmed Deedat vs. Yahudi Siapa yang tidak kenal Sheikh Ahmed Deedat. Tokoh terkenal dari South Afrika yang sering membincangkan masalah-masalah agama termasuklah agama Yahudi dan Nasrani atau Kristian. Kini kehadirannya ke Malaysia untuk memberi ceramah tidak dibenarkan. Kata mereka para penguasa, sensitiviti orang bukan Islam perlu dijaga. Kelak kekecohan antara agama bakal berlaku kononnya. Kemudian dalam bulan March baru-baru ini, sekumpulan Yahudi dari negara haram Israel dijemput hadir ke Malaysia secara senyap-senyap oleh si penguasa. Keputusan dibuat tanpa diberitahu dan diminta pandangan dari rakyat jelata. Apa sudah terjadi, sensitiviti orang kafir dijaga bagai menatang minyak yang penuh, tapi sensitiviti umat Islam terjelepok di bawah tapak kaki si penguasa yang angkuh. 

    Demo Umat Islam vs. Demo Kafir Hindu Tanggal 4 April 1997 tidak akan luput dari ingatan para pejuang hak umat Islam. Umat Islam dan para pelajar Universiti Malaya dan UIA berkumpul bersama di hadapan masjid Ar Rahman sebagai membantah tindakan si penguasa menjemput di kafir Yahudi ke bumi Malaysia yang tercinta. Demonstrasi aman berakhir dengan tindakan kejam si penguasa apabila wanita-wanita disembur dengan air kimia yang memedihkan kulit dan mata. Lelaki-lelaki juga disembur dan dipukul. Sepak terajang FRU dan pukulan cota mereka tidak mengenal yang muda atau pun tua. Tanpa membuka kasut, FRU memasuki masjid lantas terhinalah kesucian rumah Allah oleh pijakan-pijakan mereka. Imbaslah kembali peristiwa demonstrasi oleh para penganut Hindu pertengahan tahun yang sudah. Sebuah balai polis dikepong sebagai membantah tindakan polis menegur kebisingan yang mereka buat semasa mengadakan perarakan agama mereka. Setelah 8 jam lamanya mereka bersurai dengan meminta jaminan agar mereka tidak diapa-apakan. Tidak FRU yang datang menyembur mereka. Tidak ada FRU yang datang memukul mereka. Tidak ada FRU yang datang menyepak terajang mereka. Tidak ada FRU yang datang memijak rumah suci mereka. Apa sudah terjadi, umat Islam yang mempertahankan hak mereka dianiaya oleh si penguasa. Si kafir Hindu yang mempertahankan hak mereka dilepaskan aman tanpa sebarang cacat cela. 

    Apa sudah terjadi wahai negaraku; Malaysia tercinta. Bukankah engkau milik kami umat Islam umat utama. Bukankah agama rasmimu agama Islam yang tercinta. Bukankah pemimpinmu adalah mereka yang seagama. Tapi mengapa umat Islam terhina di bumi sendiri. Mengapakah hak umat Islam ternafi walaupun Islam menjadi agama rasmi. Mengapakah tiada pembelaan dari pemimpin seagama yang menjadi harapan pertiwi. Begitulah yang terjadi; apabila urusan agamamu diserahkan kepada mereka yang bukan ahli.