------------------------------------------------------------
e    d    i    s    i     1  0
puisi

Salam Editor

Fokus
  Apa itu Qada' & Qadha
  Analogi Pertama
  Analogi Kedua
  Analogi Ketiga
  Beriman Kepada Qadha'
  & Qadar

Nasihat Buat Jiwa

Kegiatan Semasa
  Seven Princess 1 Knight

Kisah Dan Teladan
  Mimpi Anas Malik r.a
  Ikhlas Dalam Beribadah

Puisi
  Ditakdirkan Aku Di Sini

Renungan

Koleksi Sinar
 

Ditakdirkan Aku Di Sini

Salam ukhwah untuk semua.. 
Izinkan aku mulakan bicara..

Hari ini... Di hening pagi yang dingin..
Aku bangkit seperti yang lain..
Bersedia untuk agenda harian..
Menghirup segar kenikmatan Tuhan..
Sehari lagi dipanjangkan usia..
Cukupkah rasa syukurku dilafazkan?

Kadangkala aku hairan..
MENGAPA AKU DI SINI?
Mengembara di bumi Allah..
Dari Asia ke Selatan Hemisfera..
Mengikut urutan duniawi..
Ke sana ke mari memburu ilmu..
Mencari apa yang dicari..

JIKA TIDAK DI SINI... DI MANA AKU?
Menjadi Sang Camarkah?
Beterbangan riang mencari rezeki..
Untuk suapan si anak isteri..
Ikan dilautkah aku?
Berzikir sentiasa mengingati  Ilahi..

NAMUN AKU TETAP DI SINI...
Merangkap khalifah di bumi nyata..
Tertunaikah amanahku?
Redhakah Allah padaku?
Apa ikhtiarku?
Nerakakah?..Syurgakah?
Mampukah aku mengubah nasibku?

Ya Allah Tuhanku Yang Maha Esa..
Beribu soalan didasarkan hikmah..
Kupanjatkan segala kesyukuran..

BERDIRINYA AKU DISINI..
Atas nama keislaman..
Dengan wadah yang mulia..
Menjadi pemantau kepada semua..
Amal maaruf nahi munkar..
Kebaikan di dunia..kebaikan diakhirat..

Segala pujian untuk-Mu  Tuhan..
Atas segala Rahmat dan Rahim – Mu..

DITAKDIRKAN AKU DI SINI..
Bukan sekadar mainan sahaja..
Bukan setakat pelajar yang buta..
Belajar tanpa aplikasinya..

AKU DI SINI..
Sebagai pelajar yang menimba ilmu..
Sebagai pelajar Melayu..
Sebagai pelajar Islam..
Selantang mana aku berjuang menegakkan hak..
Mempertahankan maruah bangsa dan keadilan..
Selantang itulah..
Aku menagangkan jiwa..
Demi memartabatkan agama..

Tuhanku..
Semangat berkobar dengan api perjuangan..
Namun dengan izin-Mu Rabbi..
Hakikat diri tetap kukoreksi..
DITAKDIRKAN AKU DI SINI..
Tetap sebagai hamba-Mu..
Yang lemah, dhaif, tiada kuasa..
Beramal demi keredhaan-Mu..
Bukakanlah Ya Allah hatiku ini..
Agar sentiasa sedar diri..
Apalah yang ada padaku..
Jika tiada rahmatMu…
Hanya kau yang Maha Mengetahui..
Atas tiap-tiap sesuatu..

Ditujukan khas kepada semua pelajar MELAYU ISLAM di Victoria. Ingat, walau dimana anda berada..anda tetap 3Ms! (Malaysian, Malay and Muslim)