------------------------------------------------------------
e    d    i    s    i     1  0
renungan

Salam Editor

Fokus
  Apa itu Qada' & Qadha
  Analogi Pertama
  Analogi Kedua
  Analogi Ketiga
  Beriman Kepada Qadha'
  & Qadar

Nasihat Buat Jiwa

Kegiatan Semasa
  Seven Princess 1 Knight

Kisah Dan Teladan
  Mimpi Anas Malik r.a
  Ikhlas Dalam Beribadah

Puisi
  Ditakdirkan Aku Di Sini

Renungan

Koleksi Sinar
 

Renungan
  • Sekadar Pesanan:
Kita hendaklah bersabar menghadapi ketentuan Allah. Firman Allah:
“Maka bersabarlah (wahai Muhammad) menerima hukuman Tuhanmu (memberi tempoh kepada mereka), dan janganlah engkau bersikap seperti orang yang telah ditelan oleh ikan. (Ingatlah kisahnya), ketika ia berdo’a merayu dengan keadaan sesak sebak, terkurung dalam perut ikan.”
(Al-Qalam: 48)
 
Antara kelebihan sifat sabar ialah, firman Allah:
“Jika ada di antara kamu 20 orang yang sabar, nescaya mereka dapat menewaskan 200 orang (dari pihak musuh yang kafir itu), dan jika ada di antara kamu 100 orang yang sabar, nescaya mereka dapat menewaskan 1000 orang dari golongan yang kafir, disebabkan mereka) yang kafir itu) orang-orang yang tidak mengerti. 
      (Al-Anfal: 65)
 

Kita hendaklah sentiasa mensyukuri segala nikmat yang Allah berikan kepada kita. Firman Allah :

"Janganlah menyembah yang lain dari Allah, bahkan apabila beribadat, maka hendaklah engkau menyembah Allah semata-mata, dan hendaklah engkau menjadi orang-orang yang bersyukur"
(Az-Zumar : 66)

Ini kerana Allah akan memberikan balasan yang setimpal atas setip sesuatu yang kita perbuat dan usahakan sepanjang jayat kita didunia ini.

"Dan sesiapa yang mengkehendaki balasan dunia, Kami berikan bagainnya dari balasan dunia itu, dan sesiapa yang mengkehendaki balasan akhirat, Kami berikan bahagiannya dari balasan akhirat itu, dan Kami akan beri pula balasan pahala bagi orang-orang yang bersyukur"

(Ali-Imran : 145)