------------------------------------------------------------
e    d    i    s    i     1  1
c e r p e n

Salam
  Salam Dari Editor

Fokus
  Surah Al-Qiyamah
  Sesal Dahulu Pendapatan
  Hari Kiamat

Cerpen
  Cerpen

Akhlak
  Mus'ab bin Umar

Suara Muslimah
  Kedudukan Wanita Dalam Islam

Sirah
  Panglima Khalid Al-Walid

Renungan
  Umat Islam Jadi Rebutan
  Cinta Itu Halal Tapi...

Sajak
  Lena Diulit Mimpi

Koleksi Sinar
 

Cerpen

     Daniel menyambut kedatanganku dengan senyuman. Itulah kelebihannya, murah dengan senyuman. Sambil menarik kerusi untukku dia bertanya “How’s the day?”. “Never better” spontan aku menjawab. “Let’s get married then.” Katanya lagi. “Daniel, be serious please.” Jawabku pula. “I’m always is, you tu yang tak serius.” Tambahnya lagi.

     “Daniel, we have to talk.” Aku menarik nafas panjang dan bertawakkal di dalam hati. “Honey, that’s not new. We talk everyday.” Balasnya ceria. “Kali ni I nak cakap pasal kita. Ideologi kita. Be honest, okay?” Balasku pula. Dia hanya tersenyum mendengar permintaanku itu.

     Itulah puncanya. Akulah yang memulakan perbualan itu dan akhirnya aku pula yang terjerat dengan ideologiku sendiri. Jelas Daniel lebih bersedia menghadapi kenyataan itu berbanding aku. Sekalipun yang bertanya itu aku.

     “Janganlah marah, I sentuh satu aje, pasal scholarship. I believe I deserved one. I’ve excellent results, as yours. But because I’m Chinese, sekeping offer letter pun tak sampai kat I. Not like you, sampai sepuluh offers. And yet you chose only one. The nine leftovers pergi mana pulak? Distributed to more Melayu. Lucky me, my dad can afford to send me here. Nak tunggu offer Malaysian uni, mimpi di siang harilah I.” Merah mukaku mendengar jawapannya. Apa yang boleh kujawab. Apa yang boleh kusangkal. Walaupun pahit, ada kebenaran dalam kenyataannya. 

     “I tak kata Malaysia tak menjaga kepentingan Non-Bumis, it’s just that Melayu always has all the advantages. In every aspects, Malay will always come first. That’s the fact honey. As a non-Bumi, I can’t help feeling neglected, I can’t help feeling envious. But, nonetheless, I am a non-Bumi, I accept things the way they are. End of argument.” Dia meneruskan hujahnya. Semakin bersemangat setelah melihat aku terkedu, dan terus membisu.

    “Daniel, you belajar sejarah Malaysia kan? Malaysia used to be for Malay. We’re the native there, serumpun bangsa, even if we are actually originated from Indon or Siam or those kind of placeslah. There’s no difference. As long as we’re labelled Melayu and Bumiputera, we deserve our rights. But, despite all those so-called second class advantages, your bangsa still survive till now, and that’s not only on survival level aje, it’s successful level. Malaysia accepts your  race. We give you your rights. Darling, there’s nothing for you to envy on us.” Tinggi suaraku dalam menjawab hujahnya. Menjawab dengan nada kesal. Kesal kerana bertanya. Kesal kerana kini aku telah mengetahui apa yang terbuku di dalam hatinya. 

     “Hmmm, yeah, I get that.” Jawabnya acuh tak acuh. Kali ini tiada lagi senyuman di bibirnya. Pandangannya dilemparkan jauh ke khalayak ramai yang rata-ratanya golongan pelajar. Semuanya berpusu-pusu menuju ke destinasi masing-masing. Mengejar kelas, mengejar masa, mengejar arus dunia.

     Sepuluh minit kami tidak bercakap langsung. Pasrah melayani fikiran masing-masing. Akhirnya, Daniel bersuara, “Nina, you are making me confused. You want to know how I feel towards Malaysia. And I laid it to you. But it seems like you’re protecting yourself from my stand now. You jeopardize our relationship with the truth. And this is the truth. What’s on your mind actually?” Sebak hatiku mendengar keluhannya. Aku keliru kini. Keliru dengan Daniel dan dengan perasaanku sendiri.

     “Give me time Daniel. I believe that I am not fanatic pasal my race, but that doesn’t mean I am not defensive about it. Deep inside, I know, I am... defensive.” Lambat sungguh aku menjawab soalannya. Otakku ligat memikirkan hujah-hujah seterusnya. “You blame my race for all the benefits. You see my race as an enemy. Hmmm... Can we belong together?” Entah kenapa ayat-ayat sadis itu pula yang terkeluar dari mulutku. Terlalu kecewakah aku dengan pandangan Daniel? 

     “Hmmm, I tak sangka you akan tanya soalan ni pada I. I used to believe that you love me as who I am. Hang in there. Jangan jadikan our differences as alasan. I tak mahu lepaskan you. Not now, not like this.” Pujuknya. Sakit pula hatiku melihat ketenangan dan kematangannya dalam memberi dan menerima pandangan. “ Entahlah, I pun tak tahu apa nak fikir... I ada lecture ni, pergi dulu ok.” Balasku sambil memasukkan lecture notes ke dalam beg.“I love you” katanya sambil memandangku. “Me too,” jawabku seperti selalu. Sepanjang tiga tahun perkenalan kami, itulah ayat-ayat yang menjadi penutup rasmi pertemuan kami.

     Empat bulan telah berlalu. Aku kehilangan Daniel hanya kerana ideologi yang berbeza. Entah mengapa, kadangkala rasa sesal mengunjungi hatiku. Menyesal kerana terlalu memaksa Daniel menerima ideologiku. Menyesal kerana mengetahui pandangan Daniel terhadap Malaysia dan Melayu. Menyesal kerana mengenali Daniel sebagai Daniel. Yang paling kukesalkan ialah keegoanku sendiri. Ego kerana tidak memberi Daniel peluang untuk belajar menyintai bangsaku. Apakah yang membezakan bangsa? Sebagai seorang Muslim aku sepatutnya tidak membiarkan sentimen bangsa menjadi arah perjuanganku. Yang perlu keperjuangkan adalah Islam. Biarlah Daniel menerima aku kerana Islam, bukan bangsaku.

     “How can you love me when your heart hates my race? I am part of my race. If you hate Melayu, you hate me too. Daniel, Nina ni Melayu. Dan Nina bangga jadi Melayu. Whatever you claim me for, Nina tetap Melayu.” Tegasku. “Honey, I kena banyak berubah untuk you. I have to leave my religion, my culture and  my life just to be with you. Please let me have my opinion. Let me have one thing for myself.” Dia terus memujukku. 

     “Daniel, that one opinion of yours is our major differences. Though it’s only an opinion, it can grow. Kita bukannya hidup hari ni aje.What will happen in future? When you marry a woman, you’re marrying her family too. That means, more Melayu, not only me. If you keep your opinion, things can be very hard then.” Suasana tegang kini menjadi lebih tegang. Aku sedar aku sudah bersedia dengan keputusanku.  “Don’t change for me Daniel. Change for yourself. And if that’s hard, I suppose we are history now.” Suaraku seakan-akan hilang bersama ayat itu. Dia hanya memandangku dengan seribu pandangan yang sukar untuk kutafsirkan. “I still love you,” keluhnya perlahan. “I loved you too,” balasku sambil melangkah pergi.

     Kini, aku sedar bahawa satu pandangan itu sama baiknya dengan satu pandangan yang lain. Pandangan yang berbeza itulah yang memeriahkan dunia, mengimarahkan umat. Naluri inkuiriku telah menutup peluang seorang insan mengenali Islam. Aku kesal dengan kesilapanku. Kekesalan yang melahirkan azam untuk memperbaiki diri. Aku perlu hidup untuk agamaku, Islam, bukan Melayu, bangsaku.

     014-2358966... “Hello..Daniel please..” “Daniel? Adam here. Who’s calling?” Suara yang tidak asing  menjawab, tetapi... dia bukan Daniel. “Daniel... errr... Adam? This is Nina, his friend. Daniel ada?” Senyap. Hujung talian seolah-olah telah mati. “Nina... Nina Zamri?” “Yeah, Nina Zamri” “Assalamu’alaikum Nina.”  “Erm... Wa’alaikumussalam.”. Senyap lagi. “Nina, don’t you recognise me? I was your Daniel. Errr... It’s been four months... but.... I still want to marry you....” Tanpa kusedari air mataku mengalir. Aku menangis kesyukuran. “I... I... I want that too.”

     “Dan berpegang teguhlah kamu sekelian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuhan (semasa jahiliah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka jadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliah) lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.”

(Ali’Imran:103)