------------------------------------------------------------
e    d    i    s    i     1  1
f o k u s

Salam
  Salam Dari Editor

Fokus
  Surah Al-Qiyamah
  Sesal Dahulu Pendapatan
  Hari Kiamat

Cerpen
  Cerpen

Akhlak
  Mus'ab bin Umar

Suara Muslimah
  Kedudukan Wanita Dalam Islam

Sirah
  Panglima Khalid Al-Walid

Renungan
  Umat Islam Jadi Rebutan
  Cinta Itu Halal Tapi...

Sajak
  Lena Diulit Mimpi

Koleksi Sinar
 

Hari Kiamat

     "Wahai orang-orang yang beriman! Tetapkanlah iman kamu kepada Allah dan RasulNya dan (kepada) Kitab (al-Quran) yang telah diturunkan kepada RasulNya (Muhammad) dan juga kepada Kitab-kitab suci yang telah diturunkan dahulu daripada itu. Dan sesiapa yang kufur (ingkar) kepada Allah dan Malaikat-malaikatNya dan Kitab-kitabNya dan Rasul-rasulNya dan hari Akhirat, maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang sejauh-jauhnya"

(An-Nisa': 136)
     Merujuk ayat, selain 5 rukun yang wajib diimani di dalam Islam, salah satu daripadanya adalah PERCAYA KEPADA HARI KIAMAT. Hari kiamat itu suatu yang pasti sebagaimana kematian itu suatu yang pasti juga. Pada masa kini, kita merasakan bahawa dunia ini sahajalah alam yang nyata, sedangkan hakikatnya dunia ini hanyalah sebahagian dari alam yang benar-benar nyata. Menurut sebuah hadis, "Perbandingan kehidupan dunia dengan akhirat adalah bagaikan setitik air terhadap seluruh samudera."

     Pada saat yang telah digariskan Allah s.w.t. kita akan meninggalkan alam fana yang terbatas ini dan menuju ke alam yang luas yang lebih nyata. Ini telah digariskan dengan Rahmat (Kasih) Allah di mana pengakahir dunia fana ini dikenali sebagai Yaumul Qiyamah atau hari kiamat. Para ulama membahagikan hari kiamat kepada:

  1. Hari kiamat shugra atau kiamat kecil, iaitu kembalinya setiap insan manusia meninggalkan dunia fana; dan
  2. Kiamat kubra atau kiamat besar, iaitu dihancurkan dan diakhiri segala isi alam ini.


     Di akhirat, akan dilakukan penilaian ke atas kualiti peribadi setiap manusia, dlam ia (manusia) menyempurnakan hukum-hukum Allah. Penilaian ini adalah penilaian abadi, dan sangat bererti bagi setiap manusia. Jauh lebih bererti daripada apa yang selama ini dianggap manusia bererti di dunia fana ini. Kebahagiaan yang diteriama di akhirat adalah kebahagiaan sejati tetapi siksaan yang diterima di akhirat juga adalah siksaan sejati.

     Banyak ayat-ayat di dalam al-Quran yang menggambarkan betapa dahsyatnya kejadian HARI KIAMAT, sama ada pada hari ia berlaku dan mahupun pada apa yang terjadi sesudahnya. Semuanya merupakan peringatan kepada manusia. Apa yang seharusnya kita lakukan sebagai tanda keimanan pada HARI KIAMAT adalah taqwa, iaitu berjalan lurus di jalan Allah dengan tekun, terpelihara, waspada, dan dengan penuh keyakinan. Al-Quran telah dinyatakan sebagai petunjuk bagi orang yang hendak mencapai ketaqwaan. Nmaun sebenarnya, dalam penciptaan jiwa manusia. Allah telah pun mengilhamkan jalan ketaqwaan dan jalan kesesatan itu sendiri. Orang-orang yang menyucikan jiwanya akan mencapai ketaqwaan. Dan ketaqwaan adalah satu-satunya nilai yang membezakan antara manusia di hadapan Allah, baik di dunia fana ini maupun di akhirat kelak.

     Nmaun begitu, kimanan pada HARI KIAMAT bukanlah bermakna manusia perlu atau boleh mengabaikan kehidupan di dunia fana. Walaupun kehidupan di dunia ini diibaratkan hanya berupa setitis air dari sebuah samudera, namun setiap titisan ait itu adalah kurniaan Allah yang sangat berharga. Ajaran Islam tidak memisahkan urusan dunia fana dan urusan akhirat, melainkan mengajarkan untuk mengelola dan menjalani seluruh kehidupan itu dengan baik, dalam jalan ketaqwaan yang dinamis.

     Lebih 25 minggu lagi kita semua akan meninggalkan tahun 1999. Adakah kita sudah bersedia untuk menghadapi tahun 2000?

     menyebut tahun 2000, apa yang pertama kali terbayang di otak kita? Bagi yang computer literate pastinya isu Millennium Bug yang menjadi fokus utama. Bagi pelajar-pelajar tahun akhir, pasti peluang pekerjaan yang menajdi ratu minda mereka. Ahli futurologi meramalkan bahawa kiamat akan tiba pada tahun 2000. Dunia filem dan pakar angkasa lepas cuba menggambarkan hari kiamat melaui Armageddon, Deep Impact dan sebagainya. Dunia keagamaan pula meramalkan kemunculan '666' dan Al-masih buat keli kedua untuk mengakhiri sejarah dunia. Di dalam Islam, isu kiamat itu memang pasti, tetapi isu BILA itu yang tidak kita ketahui. Maka manusia yang sentiasa ingin tahu dan tidak puas dengan face value pasti akan membuat ramalan demi ramalan.

     Seharusnya, bukanlah isu ramalan-ramalan di atas yang perlu ditekankan. Apa yang lebih pentingadalah kesediaan kita andaikata ramalan-ramalan itu berubah menjadi kenyataan. Apakah persediaan kita? Mengapakah kita berpandangan negatif terhadap tahun 2000? Adakah manusia yang hidup pada tahun 1800 juga pernah pesimis pada 1900? Wallahu'alam. Kalau hendak dikaji satu persatu, pasti kita tidak mampu, kecuali dengan izin Allah jua. Kita begitu bersemangat bercerita tentang kemungkinan-kemungkinan tahun 2000, sedang kita lupa pada hari ini. Hari ini akan tinggal dalam sejarah, tapi sejarah ini akan tetap dihitung, bukannya masa depan kita sahaja. Maka hendaklah kitasentiasamelengkapkan diri dengan segala keperluan-keperluan diri. kalau anggota tentera yang hendak berperang membawa senapang, pistol, kereta kebal dan sebagainya, apa yang mungkin kita bawa menuju ke hari akhirat? Nak bawa pistol dan senapang juga?oh, katakan semua ini tidak benar?

     Adakah kita sudah berada di ambang akhir zaman? Atau adakah mungkin kita sendiri adalah di akhir zaman itu sendiri? Wallahu'alam.