_______________________
e    d    i    s    i         1   2
Akidah

FOKUS
Mengapa Allah turunkan bencana?
Dalam Al-Hijr ada pesanan
15 sebab turunnya bencana

FIQH
Solat sunat antara Maghrib dan Isya'
Perkahwinan di dalam Islam
Nikah dengan wanita hamil yang berzina

AKIDAH
Rahsia di sebalik solat dan puasa
Solat yang sia-sia

REFLEKSI DIRI
Apsal takut pegi usrah?
Am I in love?

AKHLAK
Pahala membantu tetangga & anak yatim
Riak

TINTA SAHABAT
Hari ini Abang menangis
Jika kau benar-benar cintakan Tuhanmu
Untukmu Muslimah

KOLEKSI SINAR
Koleksi-koleksi Sinar

Rahsia di sebalik solat dan puasa

        Ali bin Abi Talib r.a. berkata ,"Sewaktu Rasulullah saw duduk bersama para sahabat Muhajirin dan Ansar, maka dengan tiba-tiba datanglah satu rombongan orang-orang Yahudi lalu berkata, "Ya Muhammad, kami hendak bertanya kepada kamu kalimat-kalimat yang telah diberian oleh Allah kepada Nabi Musa a.s. yang tidak diberikan kecuali kepada para Nabi utusan Allah atau malaikat muqarrab." "Silakan bertanya."

        Berkata orang Yahudi, "Sila terangkan kepada kami tentang 5 waktu yang diwajibkan oleh Allah ke atas umatmu." Sabda Rasulullah saw, "Sembahyang Zuhur jika tergelincir matahari, maka bertasbihlah segala sesuatu kepada Tuhannya. Sembahyang Asar itu ialah saat ketika Nabi Adam a.s. memakan buah khuldi. Sembahyang Maghrib itu adalah saat Allah menerima taubat Nabi Adam a.s. Maka setiap mukmin yang bersembahyang Maghrib dengan ikhlas dan kemudian dia bordoa meminta sesuatu pada Allah maka pasti Allah akan mengkabulkan permintaannya. Sembahyang Isyak itu ialah sembahyang yang dikerjakan oleh para Rasul sebelumku. Sembahyang Subuh adalah sebelum terbit matahari. Ini kerana apabila matahari terbit, terbitnya di antara dua tanduk syaitan dan di situ sujudnya seriap orang kafir."

        Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasulullas saw, lalu mereka berkata, "Memang benar apa yang kamu katakan itu Muhammad. Katakanlah kepada kami apakah pahala yang akan didapati oleh orang yang sembahyang." Rasulullah saw berkata, "Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sembahyang yang pertengahan. Sembahyang Zuhur, pada saat itu nyalanya neraka Jahanam. Orang-orang mukmin yang mengerjakan sembahyang pada ketika itu akan diharamkan ke atasnya wap api neraka Jahanam pada hari Kiamat."

        Sabda Rasulullah saw lagi, "Manakala sembahyang asar adalah saat di mana Nabi Adam as. memakan buah khuldi. Orang-orang mukmin yang mengerjakan sembahyang Asar akan diampunkan dosanya seperti bayi yang baru lahir." Selepas itu Rasullullah saw membaca ayat yang bermaksud, "Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama sekali sembahyang yang pertengahan. Sembahyang Maghrib itu adalah saat di mana taubat Nabi Adam a.s. diterima. Seorang mukmin yang ikhlas mengerjakan sembahyang Maghrib kemudian meminta sesuatu danpada Allah, maka Allah akan perkenankan."

        Sabda Rasululah saw, "Sembahyang Isyak (atamah). Katakan kubur itu adalah sangat gelap dan begitu juga pada hari Kiamat, maka seorang mukmin yang berjalan dalam malam yang gelap untuk pergi menunaikan sembahyang Isyak berjamaah, Allah SWT haramkan dirinya daripada terkena nyala api neraka dan diberikan kepadanya cahaya untuk menyeberangi Tilian Sirat." Sabda Rasulullah saw seterusnya, "Sembahyang Subuh pula, seseorang mukmin yang mengerjakan sembahyang Subuh selama 40 hari secara berjamaah, diberikan kepadanya oleh Allah swt dua kebebasan iaitu dibebaskan daripada api neraka dan dibebaskan dari nifaq."

        Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan daripada Rasulullah saw, maka mereka berkata, "Memang benarlah apa yang kamu katakan ilu wahai Muhammad (saw). Kini katakan pula kepada kami semua, kenapakah Allah SWT mewajibkan puasa 30 hari ke atas umatmu?" Sabda Rasulullah saw, "Ketika Nabi Adam memakan buah pohon khuldi yang dilarang, lalu makanan itu tersangkut dalam perut Nabi Adam a.s. selama 30 hari. Kemudian Allah swt mewajibkan ke atas keturunan Adam a.s. berlapar selama 30 hari. Sementara diizin makan di waktu malam itu adalah sebagai kurnia Allah swt kepada makhluk-Nya."

        Kata orang Yahudi lagi, "Wahai Muhammad, memang benarlah apa yang kamu katakan itu. Kini terangkan kepada kami mengenai ganjaran pahala yang diperolehi daripada berpuasa itu." Sabda Rasulullah saw, "Seorang hamba yang berpuasa dalam bulan Ramadhan dengan ikhlas kepada Allah swt, dia akan diberikan oleh Allah swt 7 perkara.. 

  1. Akan dicairkan daging haram yang tumbuh dari badannya (daging yang tumbuh daripada makanan yang haram). 
  2. Rahmat Allah sentiasa dekat dengannya.
  3. Diberi oleh Allah sebaik-baik amal.
  4. Dijauhkan daripada merasa lapar dan dahaga.
  5. Diringankan baginya seksa kubur (seksa yang amat mengerikan).
  6. Diberikan cahaya oleh Allah swt pada hari Kiamat untuk menyeberang Titian Sirat 
  7. Allah swt akan memberinya kemudian di syurga." 
        Kata orang Yahudi, "Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad. Katakan kepada kami kelebihanmu di antara semua para nabi." Sabda Rasulullah saw, "Seorang nabi menggunakan doa mustajabnya untuk membinasakan umatnya, tetapi saya tetap menyimpankan doa saya (untuk saya gunakan memberi syafaat kepada umat saya di hari kiamat)." Kata orang Yahudi, "Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad. Kini kami mengakui dengan ucapan Asyhadu Alla illaha iliallah, wa annaka Rasulullah (kami percaya bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan engkau utusan Allah)."

Sedikit peringatan untuk kita sewua. 

        "Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta dan buah-buahan. Dan berilah berita gembira kepada orang-orang yang sabar."

( Al-Baqarah: 155 ) 
        "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya la mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat seksa (dari kejahatan) yang dikerjakan."
( Al-Baqarah: 286 )