_______________________
e    d    i    s    i         1   2
Akidah

FOKUS
Mengapa Allah turunkan bencana?
Dalam Al-Hijr ada pesanan
15 sebab turunnya bencana

FIQH
Solat sunat antara Maghrib dan Isya'
Perkahwinan di dalam Islam
Nikah dengan wanita hamil yang berzina

AKIDAH
Rahsia di sebalik solat dan puasa
Solat yang sia-sia

REFLEKSI DIRI
Apsal takut pegi usrah?
Am I in love?

AKHLAK
Pahala membantu tetangga & anak yatim
Riak

TINTA SAHABAT
Hari ini Abang menangis
Jika kau benar-benar cintakan Tuhanmu
Untukmu Muslimah

KOLEKSI SINAR
Koleksi-koleksi Sinar

Solat yang sia-sia

        Rasulullah S.AW. telah bersabda yang bermaksud, "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak juga menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya."

( Tabyinul Mahaarim ) 
Rasulullah S.A.W. telah bersabda bahiawa, "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T., antaranya : 
  1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
  2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat. 
  3. Orang lelaki yang menjadi imam padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
  4. Orang lelaki yang melarikan diri.
  5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
  6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya. 
  7. Orang perernpuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
  8. Imam atau pemimpin yang sombong dan menganiaya.
  9. Orang-orang yang suka makan riba'.
  10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."
        Sabda Rasulullah saw yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T. dan jauh dari Allah."

        Hassan r.a. berkata, "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."