_______________________
e    d    i    s    i         1   3
SUDUT BAHASA
  Mari belajar peribahasa
S A L A M   D A R I   E D I T O R
F O K U S
F I Q H
R E F L E K S I   D I R I
T I N T A    S A H A B A T
K O L E K S I    S I N A R

Mari Belajar Peribahasa
 
  •  Pucuk dicita ulam mendatang
Biasanya peribahasa ini lebih dikaitkan dengan rezeki yang datang bergolek lebih dari apa yang diimpikan. Sebenarnya, ia amat `relevan' dengan matlamat utama kita kat dunia. Umat Islam kena sentiasa mengimpikan syurga di akhirat nanti. Tak cukup jika hanya harapkan sekadar nak cium bau syurga aje memang le kita tak tahu sama ada kita layak untuk SyurgaNya, tapi tak salah kalau kita mengharapkan dapat masuk syurga. Tapi kalau nak syurga, kenalah berusaha dan beramal, yang selebihnya, bergantung kepada rahmat dan kasih sayangNya.
 
  • Kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.
Nak dapat syurga itu memang susah dan amat berliku jalannya, tak macam neraka yang amat senang. Tapi kalau nak syurga, kenalah tolak neraka..macamana? Nih le soalan cepu emas yang rasanya diketahui oleh semua orang tapi susah nak put in practice. Memang susah nak hadapi dugaan kemanisan dunia tapi bila diingatkan balik ganjaran yang bakal menunggu di syurga sana..tak terkata rasanya. Lebih-lebih lagi bidadari yang lawa-lawa dan muda-muda belaka heh.. heh.. heh. Dengan kata lain, nak dapat sagu kena pecahkan ruyung, nak dapat syurga, kenalah buat apa yang Allah suruh dan tinggalkan apa yang Dia larang. Dok gitu?
 
  • Air yang tenang jangan disangka tiada buaya
Kalau nak ditafsirkan secara `literally', buaya nih suka jugak dok berendam di tempat air yang tenang tempat yang kita tak sangka buaya suka melepak. Kita kat dunia nih, jangan terlalu asyik dengan kesenangan sampai lupa untuk bersyukur kepadaNya. Hidup senang tak bermaksud akan senang selama-lamanya.Ujian dari Allah boleh datang dalam sekelip mata. Yang penting, kita kena sediakan bekalan bukannya bekal macam yang kita bawak ke universiti, tapi bekalan amal dan ibadah selama mana kita diberi peluang menghirup udaraNya. Begitu juga jika kita hidup senang tanpa masalah, itu tak bermakna takde ujian tapi kesenangan itu sendiri adalah ujian dari Allah. So, bersiap sedialah dengan `bekalan', okay?!!
 
  • Burung merpati terbang sejoli
Tak tahu le sama ada ini adalah peribahasa yang `valid' atau tidak, tapi banyak yang kita boleh kaitkan dengan hidup kita sebagai seorang muslim. Biasanya kita kaitkan burung merpati nih dengan orang yang tengah asyik bercinta tapi kali ni, kita umpamakan ilmu dan amal sebagai sepasang burung merpati yang ideal dan suka terbang bersama-sama. Tapi kalau takde seekor merpati, orang tak panggil terbang sejoli dah begitu jugak dengan ilmu dan amal. Takde amal selepas dapat ilmu pun dah tak `ngam', kalau buat amal tanpa ilmu pun tak boleh. Kena ada dua-dua. Kalau sapa-sapa pernah belajar sikit-sikit pasal letrik nih, macam tu le jugak sistem yang dipasang `in series'. The whole system will fail if any one of the devices in the system fails to function. Rasanya, tak payah le nak lukis circuitnya, tapi macam tu lah kalau kita nak apply iman dan amal dalam Islam. Tak boleh tinggal salah satu. 
 
  • Air dicincang takkan putus
Air nih boleh kita ibaratkan sebagai ukhuwwah antara kita sesama Islam. Takkan putus walau kita cincang atau tetak dengan parang. Kalau ais tuh, lain le. Memang hancur lebur kalau kita cincang. Macam tuh le jugak ukhuwwah kita, takkan kekal lama kalau tidak berdasarkan iman atau hanya berasaskan material. Ukhuwwah kerana Allah nih amat kuat ikatannya, sampai kita kena tukar falsafah English kepada "Iman is thicker than blood".. 'skipping Londong' sikit (kalau sapa-sapa tak faham, tanyalah yang faham). Kuatnya sesuatu bangsa itu bergantung kepada kuatnya ikatan antara individu, maka kuatnya Islam bergantung kepada kekuatan ikatan ukhuwwah Islamiyyah sesama muslim. Betul kan?
 
  • Seperti menarik rambut di dalam tepung
Yang nih_sesuai untuk `describe' aqidah kita. Macamana berhati-hati kita tarik rambut yang sesat kat dalam tepung (macam tepung segera ADABI), macam tu le kita kena berhati-hati dengan aqidah kita. Silap perbuatan dan kata-kata, boleh terkeluar dari iman dan Islam. Aqidah atau `faith' nih macam jugak tiang seri kat rumah kayu kat kampung, runtuh tiang seri rumah ranap. Bila takde rumah, takde tempat nak berteduh. Sebab tuh, jangan main-main dengan mana-mana hukum Allah sebab itu melibatkan aqidah kita. Kalau tak setuju, baik diam tak payah nak jadi laser printer, laju aje nak bagi komen walaupun komen tuh tak pernah nak membina. Banyakkan berdoa supaya Allah lembutkan hati kita untuk terima hukumNya sebab kita nih sebenarnya wajib terima hukum yang Allah telah putuskan. Lagipun, sapalah  kita ni nak menentang Allah SWT.
 
  • Bagai menatang minyak yang penuh
Biasanya bila saja sebut peribahasa nih, terbayanglah kat minda kita pasal betapa sayangnya mak bapak kat kita. Tapi, kita lupa lak kasih sayang Rasulullah SAW kat kita..kita lupa yang baginda masih teringatkan kat umatnya walaupun tengah hadapi sakaratul maut. Mungkin untuk describe kasih sayang Rasulullah nih, kita tambah sikit kat belakang peribahasa nih. "Bagai menatang minyak yang penuh dan tengah mendidih di suhu melebihi 100 C". Cukup berhati-hati dan penuh kasih sayang. Mak bapak memang sayang kat kita, Rasulullah lagi sayang kat kita dan Allah SWT teramatlah sayang kat kita. Maka, kenalah kita jadi hambaNya yang bersyukur. Jangan dok lupa kasih sayang mak bapak, Rasullah SAW dan Allah SWT macam  "kacang lupakan kulit". 
 

Cukuplah setakat itu kita belajar peribahasa pada kali ini. InsyaAllah, mungkin kita boleh belajar lagi di masa hadapan. Anggaplah apa-apa yang baik kat atas tuh sebagai peringatan untuk semua orang. Islam tu sendiri adalah nasihat, dok gitu?