_______________________
e    d    i    s    i         1   3
FIQH
  Nak kahwin ke tak nak ???
S A L A M   D A R I   E D I T O R
F O K U S
R E F L E K S I    D I R I
S U D U T    B A H A S A
T I N T A    S A H A B A T
K O L E K S I    S I N A R

Nak Kahwin Ke Tak Nak ???


Peningnya kepala bila fikir pasal kahwin. September ni, anak Mak Long dah nak berumahtangga. Alhamdulillah. Lega hati Mak Long. Ibu mana tak risau..Takut juga tak merasa nak menimang cucu. Tapi semuanya kuasa Allah.

Ni yang Mak Long heran sangatkan..kenapalah anak muda zaman sekarang ni takut sangat nak kahwin. Macam anak Mak Long ni..setiap kali ditanya..dia cakap muda lagilah..tak cukup duit lagilah..takde calon lagilah..Padahal, umur makin tua..duit kat bank dah beribu..calonnya pun ada. dia ingat Mak Long tak tahu..Mak Long lagi banyak makan garam dari dia..

Agak-agaknya lah..orang muda ni tak nampak kemanfaatan berkahwin. perkahwinan ni boleh jadi penolong dalam kehidupan dan amal ibadah kita. Tak caya?..mari Mak Long listkan satu-persatu..

Mula-mula sekali..Melalui perkahwinan kita boleh menambah jumlah manusia untuk mengabdikan diri kepada Allah. Sampai ada certain ulama letakkan ikatan perkahwinan adalah lebih baik daripada ibadat-ibadat sunat.

Yang ke-2, Rasulullah SAW bersabda bahawa anak-anak soleh dapat memberi manfaat kepada orang tuanya sesudah kematiannya. even kalau anak kita meninggal dahulu dari kita, mereka akan menanti and memimpin kita untuk bersama-sama masuk ke syurga.

Selain tu, melalui hubungan suami isteri..ia adalah salah satu cara kita beristirehat setelah penat bekerja and menunaikan kewajipan agama. After beristirehat, tentulah kita akan bertambah segar dan kembali bekerja dan beribadat dengan semangat yang baru. Even Rasulullah SAW sendiri apabila menerima tekanan wahyu yang berat, baginda akan menghampiri isterinya Aisyah lalu bersabda kepadanya.. "Bercakap-cakaplah denganku wahai Aisyah, wahai Aisyah, bercakap-cakaplah denganku". Ini dilakukan untuk meringankan bebanan yang diterimanya.

Lagi satu kelebihan berkahwin, ni Mak Long dah experience..Bila lelaki berkahwin, adalah orang yang akan uruskan rumahtangga, makan minumnya, basuh bajunya. Maka si suami ni tentu boleh allocate banyak masa untuk menuntut ilmu, bekerja dan beribadat. Atas alasan ni lah..Abu Sulaiman ada berkata.. "Isteri yang baik bukan hanya dapat memberi kebahagiaan di dunia sahaja tetapi juga di akhirat kerana memberi keluasan pada suaminya untuk memikirkan hari akhirat"

Sayidina Umar r.a pun ada berkata,
"Tiada berkah yang sama sesudah iman melainkan isteri yang baik"

Hah..bila Mak Long cakap isteri kena urus rumahtangga, jaga makan pakai suami..jangan ingat itu adalah satu ketidakadilan. Anggap itu sebagai rahmat Allah. Mak Long nak ingatkan kat orang-orang perempuan..kita ni..paling senang dan paling ramai yang akan terjerumus ke neraka..sebab kita paling mudah nak buat maksiat.. Kita juga senang nak masuk syurga..jaga diri kita, jaga solat kita..taati suami kita..Insya Allah..dengan menjadi wanita solehah akan memudahkan jalan kita ke syurga.

Dah cerita kelebihan berkahwin, Mak Long kena share jugalah kerugian kalau berkahwin. Baru tak bias kan. Kadang-kadang, perkahwinan juga boleh jadi penghalang dalam kehidupan beragama.

Masalah timbul apabila lelaki terkadang-kadang berusaha mendapatkan nafkah pencariannya dengan jalan yang haram. Ini berlaku kepada mereka yang lemah imannya dan sering terburu-buru dalam membuat keputusan. 

Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa pada hari Qiamat, seseorang akan memikul seluruh kebajikannya yang bergunung-ganang dibawa kehadapan dan disuruh berhenti berhampiran neraca mizan. kemudian ia akan ditanya: "Melalui jalan apa kau menyarai keluargamu?" Jika dari cara yang tidak halal, maka amal kebajikannya yang sebesar gunung itu akan dihapuskan dan segera dinyatakan:"Inilah orang yang mempunyai amal kebajikan tetapi amal kebajikannya telah dibinasakan oleh keluarganya sendiri"

Satu lagi yang Mak Long perasan kerugian berkahwin ni kan..bila kita kurang akhlak dalam memimpin rumahtangga. Adalah satu kezaliman yang besar apabila seseorang itu berlaku kasar kepada keluarganya dan mengabaikan mereka. Ini merupakan satu dosa. Jadi, Mak Long nasihatkan..sesiapa yang rasa belum mampu mengawal akhlaknya yang rendah, adalah lebih baik baginya untuk tidak mengambil tanggungjawab mengawal diri orang lain. 

Kadang-kadang orang yang dah berkahwin ni..dia lagi utamakan kebahagiaan rumahtangga dia hingga perhatiannya kepada Allah dan hari akhirat menjadi second priority. Allah pun ada berfirman dalam Al-Quran, "Janganlah isteri dan anak-anak kamu menghalang kamu daripada mengingati Allah"..sayang sangat isteri, habis rosak amal ibadat kita..Nauzubillah..

Eh..jadi macam mana ni?..Baik tak yah kahwin kalau ia boleh memudharatkan hubungan kita dengan Allah. Ish.. jangan cakap macam tu. Mak Long rasa, barangsiapa yang menganggap dengan tidak berkahwin, dirinya adalah lebih baik dan boleh concentrate terus dengan amal agamanya, maka lebih baik dia membujang dulu. Manakala, barangsiapa yang takut dirinya jatuh ke lembah dosa jika ia tidak berkahwin, maka lebih baik dia berkahwin.

Mak Long harap apa yang Mak Long cakap ni..boleh dijadikan panduan pada anak-anak muda semua. Perkahwinan adalah satu ikatan. Bukan setakat ikatan kasih-sayang, malah ikatan iman. Sesungguhnya, perkahwinan yang berlandaskan keimanan itulah yang membuahkan kebahagiaan di dunia dan di
akhirat. Insya Allah..