_______________________
e    d    i    s    i         1   3
FOKUS
  Life begin after 40
  Laungan Merdeka
S A L A M   D A R I   E D I T O R
F I Q H
R E F L E K S I    D I R I
S U D U T    B A H A S A
T I N T A    S A H A B A T
K O L E K S I    S I N A R

Laungan Merdeka
 
Laungan merdeka kedengaran lagi... ramai yang mengambil kesempatan untuk meraikan kemerdekaan negara. Tak kurang juga makcik-makcik yang sibuk membuka akhbar untuk mencari shopping complex yang ada jualan murah. Inilah yang lumrah berlaku apabila menjelangnya 31 Ogos..

Memang secara zahirnya kita bebas dari penjajahan tapi sebenarnya kita masih terbelenggu dengan nafsu.. akal sudah tersimpul mati dengan ideologi sekular, jiwa sudah sebati dengan cara kehidupan penjajah.. Perkataan, perbuatan dan cara berpakaian sudah tidak berlandaskan Islam lagi. Bangga dengan fesyen barat dari pelbagai jenama  yang bukan sahaja mendedahkan tapi cukup menganggu gugat jiwa si lelaki yang memandang!

Kenapa masih begini??!!Adakah kita cuba mempersendakan al-quran, mempersoalkan hukum di dalamnya dan memper'lekeh'kan kebenarannya. Kita boleh spend berjam- jam untuk membaca majalah laqa tapi tak de masa nak baca satu ayat Quran dan cuba memahami maksudnya.

Kat negara kita sendiri pun, tak cukup dengan masalah sosial yang teruk, ditambah lagi dengan masalah ekonomi yang kian meruncing.. tiba-tiba.. masalah politik pulak yang timbul.. adakah semua ini berlaku secara kebetulan sahaja??!!!

Fikirkanlah.. apabila sesuatu institusi itu sudah lemah maka tunggulah saat-saat kemusnahannya..semakin mudahlah musuh-musuh Islam menjalankan operasi mereka. Kadang-kadang orang islam sendiri yang memberi kemudahan kepada musuh Islam yang tak lain dan tak bukan untuk menindas muslim itu sendiri.. selagi Islam tertegak dan diamalkan.. selagi itulah tak lena tidur mereka.. cuma kita sendiri tak kenal sapa musuh kita. Kita jadikan mereka 'best friend' kita.. Kalau dah musuh tu musuh jugak.. tapi ingat.. janganlah musuh itu terdiri dari diri kita sendiri.. Nauzubillah.. yek lah.. cara berpakaian pun dah sama.. bergaul pun tiada bezanya, dari hujung rambut sampai hujung kaki pun sebijik aje.. yang keluar masuk cinema/casino pun muka kita, yang berkepit dengan lelaki/pompuan bukan mahram pun kita jugak, yang berzina dengan darah daging sendiri pun kita jugak, yang buang anak pun kita jugak dan........, Aikk!! Siapakah kita sebenarnya??!!! dah sama, apa yang membezakan kita??!! Adakah kita ni muslim pada nama sahaja sebab mak bapak kita muslim.. nenek moyang kita muslim, so kita pun nak tak nak muslim jugak lah.. dah tak de choice!! NAUZUBiLLAH!!

Entahlah kengkawan.. inikah yang dikatakan anak merdeka!!!Tepuk dada tanya iman kita yang setipis kulit bawang ni.. Ingatlah! Bangunlah!! MAsa yang kita ada sudah singkat.. kalau tengah exam, time nih dah mula berpeluh2 tangan, heart beat rate pun dah reach 100x seminit...takut tak sempat nak jawab seme soalan.. kenapa kita masih tak sedar???.. Sudah terang lagi bersuluh tapi kegelapan juga yang dipilih.. pelik bin ajaib.. 

'Wahai orang2 yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah SWT (dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya) dan hendaklah tiap2 diri melihat dan memerhatikan apa yang telah lepas dari amalannya untuk hari esok (dilihat) dan sekali lagi diingatkan, bertaqwalah kepada Allah SWT, sesungguhnya Allah amat meliputi pengetahuan akan segala yang kamu kerjakan'.    (Al-Hasyr:18)

"Jikalau engkau berada di waktu pagi, maka janganlah menunggu-nunggu datangnya waktu petang (untuk mencari bekal kematian) dan jikalau engkau di waktu petang, maka jangan menunggu-nunggu datangnya waktu pagi. Ambillah kemanfaatan sewaktu hidupmu untuk bekal kematianmu dan sewaktu engkau masih sihat untuk bekal sakitmu'. (Ibnu Hibban)