_______________________
e    d    i    s    i         1   3
FOKUS
FIQH
REFLEKSI DIRI
SUDUT BAHASA
TINTA SAHABAT
KOLEKSI SINAR

Salam Dari Editor

Salam Kemerdekaan Semuanya.

Edisi kali ini dikeluarkan sempea hari kemerdekaan negara kebanyakan kita, Malaysia. Bagi editor, sebagai generasi yang tidak merasakan kesakitan dan kenikmatan dalam mencapai kemerdekaan, HARI MERDKA adalah cuti sekolah. Dapatlah editor tengok perarakan kat Dataran Merdeka, mock parlimen dan rancangan kartun bagaskara, heheh, kartun secara berlebihan kat tv.

Sekali sekala dapat juga pergi ke air terjun, pantai dan segala macam tempat yang berair (termasuk kena cuci toilet) dengan mak abah. Tuh 31 OGOS maa kecik-kecik dululah. Bila dah masuk sekolah menengah tu, tak dapatlah rasa nikmat cam masa kecik-kecik dulu. Dok asramalah katakan. Lain tidak dapat tidur sajalah, itupun dah kira nikmat dah. Untung dapat tidur. Ada rezeki lebih dapat jugak gi jalan-jalan kat shopping kompleks. Zaman jahiliah, pandailah cari masa nak berseronok dengan dunia, tak gitu?

Tapi kat sini lain pulak suasananya. HARI MERDEKA merupakan event yang sangat besar bgi pelajar-pelajar Malaysia di oversea. Mana tidaknya, hari nilah kita sibuk nak masak-memasak dan makan dengan sepuas hati segala jenis makanan kat Malaysia yang dah lama tak dirasai dek lidah kita (iye ke?)

Sedap atau tidak belakang kira, yang tau dapat nikmat makan. Makan, makan, jangan tak makan, tapi jangan lupa bayar pulak. Merdekanya kita merdekalah tu, merdeka dari penjara janji... opss penjara lidah.

Jadi, sambil kita memerdekakan lidah kita nih, jomlah kita merdekakan hidup kita. Ramai dah orang ajak, HIJRAH, HIJRAH... Dari kegelapan yang sangat gelap kepada cahaya yang sangat bercahaya. Kita bukan nak merdeka dari PENJAJAHAN BARAT aje, kita nak merdeka dari kongkongan nafsu dan tipu daya syaitan jugak. Kompleks? Susah? Payah? Tak best? Lama mana nak seronok dengan dunia? Teringat lagu Raihan (insya-Allah, satu hiburan yang betul dan HALAL di sisi Islam) HARI ESOK YANG MELAMBAI, MENTARI KAN TERBIT LAGI, SEMUA ITU TIDAK KEKAL, KAN BINASA AKHIRNYA... See, boleh buat lagu lagi. Nak tunggu tua sikitlah, nantilah aku jadik baik, lepas kahwinlah.... hmmm sampai bila ye? Jangan pulak nak quote ESOK MASIH ADA pulak, nanti berubah jadik TIADA ESOK BAGIMU, baru padan dengan muka.

Akhir kata, sedangkan lidah masih tegigit??? Hehehe, tak percayalah editor, tengok makan laju je.... Salam. 


SadaqalLahul'Adzim
Editor