..........................................................................................................
e   d   i   s   i    1   5

SALAM
Editor's Column

FOKUS
Yaumul Akhirah

AQIDAH
Beriman Kepada Hari Akhirat

TAZKIRAH
Takutlah Kat Malaikat Maut Tu

IBADAH
Sudah Cukupkah Bagiku?

AKHLAK
Seketika Bersama Kak Long

SIRAH
Kisah Nadhlah bin Mu'awiyah dengan Zarnab bin Bar'ala

MUSLIMAH
Isteri Solehah

USRAH
Usrah's Corner

TINTA SAHABAT
Surat Dari Pembaca : Suara Yang Di Dengar Mayat
Object Of Despair
Life and Death

KOLEKSI SINAR
Koleksi-koleksi Sinar

aqidah                                                              .
.........................................................................................................................................
Beriman Kepada Hari Akirat

     Beriman kepada Hari Kiamat ialah mempercayai dengan kepercayaan jazam bahawa hidup manusia di bumi ini bukan hidup untuk selama-lamanya, malah hidup mereka akan berkahir dengan kedatangan “Hari Kiamat”- dengan tiada satu hari pun selepas hari itu. 

     Mereka juga mempercayai dengan penuh keimanan, bahawa manusia itu akan dihidupkan semula pada kali yang kedua di negeri akhirat sebagai  Darul Jaza’ (negeri balasan). Dengan erti kata yang lain, apabila datang hari kiamat kelak, semua manusia berpindah hidupnya daripada Darul Amal kepada Darul Jaza’. Lalu Allah s.w.t. membangkitkan semua manusia itu dari qubur mereka, dan dihimpunkan mereka di padang Mahsyar untuk dihisab amalan mereka masing-masing dan menerima balasan dari Allah. 

     Beriman kepada hari kiamat adalah salah satu daripada rukun iman yang enam. Ia merupakan perkaran utama dalam aqidah, malah sebagai unsur yang terpeting dalam keimanan disamping beriman kepada Allah ta’ala, kerana banyak terdapat firman-firman Allah menghubungkan beriman kepada Allah dengan beriman kepada hari Kiamat. Sebagaimana firmanNya: 

     “Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke arah timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah dan hari Akhirat.”

(Surah al-Baqarah ayat 177) 


     “Sesiapa di antara mereka itu beriman kepada Allah dan Hari Akhirat serta beramal soleh, maka bagi mereka pahala balasannya di sisi tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) kepada mereka, dan mereka pula tidak akan berduka cita.”

(Surah al-Baqarah ayat 62 ) 


     “Demikianlah diberi ingat dan pengajaran dengan itu kepada sesiapa di antara kamu beriman kepada Allah dan Hari Akhirat ( Hari Kiamat ).”

 (Surah al-Baqarah ayat 232 ) 


     Firman-firman Allah ta’ala tersebut jelas menunjukkan bahawa beriman kepada Hari Kiamat adalah merupakan suatu perkara yang terpenting dan utama dalam Aqidah dan keimanan. Beriman dengan Hari Kiamat itu banyak pertaliannya dengan beriman kepada Allah. 

     Hari Kiamat ialah hari musnahnya alam dunia ini. Pada hari itu manusia yang masih hidup kesemuanya mati. Bumi dan langit akan berganti – bukan bumi dan lagit yang ada sekarang ini. Pada hari itu Allah mencipta alam yang lain, iaitu Alam Akhirah. Di Alam Akhirah inilah seluruh manusia dibangkitkan, dihidupkan semula setelah mereka mati. Ruhnya dikembalikan ke dalam tubuhnya. Dan mereka akan mengalami kehidupan kali yang kedua. Setelah manusai itu dibangkitkan dari quburnya, maka amalan 
mereka dihisab untuk diberi balasan. 

Firman Allah di dalam surah al-Haaqah ayat 13-37: 

     “Kemudian (ketahuilah bahawa) ditiup sangkakala dengan sekali tiup, dan bumi serta gunung-ganang diangkat (dari tempatnya) lalu dihancurkan keduanya dengan sekali hancur, maka pada saat itu berlakulah Hari Kiamat, dan terbelahlah langit, lalu menjadilah ia pada saat itu rapuh (dan runtuh), sedang malaikat-malaikat (ditempatkan) mengawal segala penjurunya, dan Arasy tuhanmu pada saat itu dipikul oleh delapan malaikat di atas malaikat-malaikat yang mengawal itu. Pada hari itu kamu semua dihadapkan (untuk dihisab), tidak ada suatu pun yang tersembunyi (kepada Allah) dari perkara-perkara kamu yang tersembunyi. Maka siapa yang diberikan menerima kitab amalannya dengan tangan kanannya, maka ia akan berkata (dengan suka citanya kepaada siapa yang ada disisinya) : Nah! Bacalah akan kitab amalanku ini sesungguhnya aku telah mengetahui dengan yakin bahawa aku akan menghadapi hitungan amalan ku (pada hari yang ditentukan). Maka (dengan itu) beradalah dia dalam kehidupan yang senang lenang lagi memuaskan, di dalam syurga yang tinggi (darjatnya), buah-buahnya dekat untuk dipetik. (Meraka dipersilakan menikmatinya dengan dikatakan) : Makan dan minumlah kamu akan makanan dan minuman sebagai nikmat yang lazat dan baik kesudahannya, dengan sebab (amalan-amalan soleh) yang telah kamu kerjakan pada masa yang lalu (di dunia). Adapun orang yang diberikan menerima kitab amalannya dengan tangan kirinya, maka akan berkata ia (dengan sesalnya) : Alangkah baiknya kalau aku tidak diberikan kitab amalanku dan aku tidak dapat mengetahui akan hitung amalanku. Alangkah baiknya kalau kematian ku di dunia dahulu, menjadi kematian pemutus (yang menamatkan kesudahanku, tidak dibangkitkan lagi) harta kekayaanku tidak dapat menolongku sedikit pun. Kuat kuasa ku (dan hujah hujah ku untuk membela diri), telah binasa dan hilang lenyap dari ku, (lalu diperintahkan kepada malaikat penjaga neraka) : Tangkaplah orang yang berdosa itu serta belenggulah ia. Kemudian bakarlah dia dalam neraka jahim, selain dari itu, masukkanlah dia dalam (lingkaran) rantai bsi yang ukuran panjangnya 70 hasta, (dengan membelitkannya ke badannya). Sesungguhnya ia dahulu tidak beriman kepada Allah yang Maha Besar dan ia juga tidak menggalakkan (dirinya dan orang lain) memberi makanan (yang berhak diterima oleh orang miskin). Maka pada hari ini, tidak ada baginya di sini (seorang pun) dari kaum kerabat serta sahabat handai (yang dapat menolongnya), dan tidak ada makanan baginya melainkan dari air danur, yang tidak memakannya melainkan orang-orang yang melakukan perkara-perkara yang salah.”