..........................................................................................................
e   d   i   s   i    1   5

SALAM
Editor's Column

FOKUS
Yaumul Akhirah

AQIDAH
Beriman Kepada Hari Akhirat

TAZKIRAH
Takutlah Kat Malaikat Maut Tu

IBADAH
Sudah Cukupkah Bagiku?

AKHLAK
Seketika Bersama Kak Long

SIRAH
Kisah Nadhlah bin Mu'awiyah dengan Zarnab bin Bar'ala

MUSLIMAH
Isteri Solehah

USRAH
Usrah's Corner

TINTA SAHABAT
Surat Dari Pembaca : Suara Yang Di Dengar Mayat
Object Of Despair
Life and Death

KOLEKSI SINAR
Koleksi-koleksi Sinar

fokus                                        .
..................................................................................
Yaumul Akirah

     Di dalam sebuah kitab " Mukhtashar Tadzkiratul Qurthubu " karya Asy-Syaikh Abdul Wahab Asy-Sya'rani terbitan Salim Nabhan, pada halaman 44-45 ada disebutkan keterangan sebagai berikut: Pada suatu hari sahabat Mu'adz bin Jabal bertanya dan mohon keterangan kepada Rasulullah s.a.w. : "Apakah maksud yang terkandung dalam firman Allah s.w.t. : " Iaitu hari (yang pada waktu itu ) ditiup sengkala lalu kamu datang berkelompok-kelompok ". ( An-Naba’ : 18 ) 

     Ketika Rasulullah s.a.w. diminta menerangkan maksud ayat tersebut itu, tiba-tiba baginda s.a.w. mencucurkan air mata dan menangis seraya bersabda : "Wahai Mu'adz, sesungguh engkau telah menanya suatu perkara yang besar! Ada sepuluh jenis umatku itu akan dikumpulkan di padang Mahsyar. Mereka masing-masing berada di dalam keadaan berbeza-beza dan semuanya itu telah dibezakan secara tersendiri oleh Allah s.w.t. dari golongan kaum muslimin. Rupa sepuluh golongan itu seluruhnya telah ditukar oleh Allah s.w.t. dan diganti tidak lagi berwujud sebagai manusia yang sempurna. Sepuluh golongan itu adalah : 

GOLONGAN PERTAMA
Mereka dikumpulkan berupa menjadi rupa kera. Mereka ini adalah manusia yang suka mengadu. 

GOLONGAN KEDUA 
Mereka dikumpulkan berupa menjadi babi . Mereka ini adalah manusia yang suka makan barang batil dan haram. 

GOLONGAN KETIGA 
Mereka dihalau dalam keadaan terjungkir, kakinya di atas dan kepalanya di bawah. Mereka adalah orang yang memakan harta riba. 

GOLONGAN KEEMPAT 
Mereka dihalau dalam keadaan buta dan dituntun, mereka ini adalah manusia yang curang dalam menerapkan hukum. 

GOLONGAN KELIMA 
Mereka dikumpulkan dalam keadaan bisu dan tuli serta tidak berakal. Mereka adalah manusia yang senang berbuat riya’ mengagumi diri dan bangga pada amalannya sendiri. 

GOLONGAN KEENAM 
Mereka dihalau dalam keadaan mengunyah lidahnya sendiri, sedangkan lidahnya itu menjulur ke bawah sampai dadanya dan mulutnya keluarlah nanah yang menjijikkan. Mereka adalah manusia yang ahli pidato yang ucapannya berlainan sekali dengan perilakunya. 

GOLONGAN KETUJUH 
Ada manusia-manusia yang dihalau dalam keadaan terpotong kedua tangannya dan kedua kakinya, Mereka ini adalah orang-orang yang suka menganggu tetangganya. 

GOLONGAN KELAPAN 
Mereka dikumpulkan ke Mahsyar dalam keadaaan tersalib di pokok-pokok kurma, tetapi kurma dari neraka. Mereka adalah manusia yang berusaha mengajak-ngajak orang ramai untuk membela penguasa negara yang tidak jujur kepimpinannya 

GOLONGAN KESEMBILAN 
Mereka dihalau dalan keadaan berbau busuk, lebih busuk dari bau bangkai. Mereka adalah orang-orang yang gemar melampiaskan kesyahwatan dan segala macam kelazatan serta menolak hak Allah s.w.t. yang diwajibkan dari hartanya itu (seperti zakat dan lain-lain ) 

GOLONGAN KESEPULUH 
Mereka dikumpulkan dalam keadaan menggunakan pakaian dari tar yang panas. Mereka inilah manusia-manusia yang takbur, sombong dan bongkak. 
 

Sabda Rasulullah: Tujuh golongan bakal Allah naungi dengan rahmatNya pada hari yang tiada naungan selain NaunganNya: 
  1. Pemimpin yang adil. 
  2. Seorang muda yang mempergunakan masa mudanya untuk beribadah kepada Allah. 
  3. Seorang lelaki yang hatinya dipertautkan kepada masjid. 
  4. Dua orang yang saling mencintai kerana Allah yakni keduanya berkumpul kerana Allah. 
  5. Seorang lelaki yang ketika dirayu oleh wanita bangsawan lagi rupawan lalu ia menjawab "Sesungguhnya aku takut kepada Allah" 
  6. Seorang yang memberi sedekah kemudian dirahsiakan sampai tangan kirinya pun tidak mengetahui apa yang diperbuat oleh tangan kanannya. 
  7. Seorang yang berzikir kepada Allah di tempat yang sunyi hingga kedua matanya mencucurkan air mata. 
 Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.