Sinar On Line

Edisi : 2 

Fokus
 
Semasa
 
Untukmu Muslimah
 
Fiqh
 
Santapan Rohani
 
Tazkirah
 
Koleksi Sinar
 SANTAPAN ROHANI  
TAUBAT

Taubat merupakan sati istilah yang lumrah bagi kita. Itulah rahmat yang Allah berikan pada mkita, hamba yang sentiasa lalai dan alpa ini. Mari kita lihat sedikit apakah sebenarnya taubat itu. 

Taubat dari segi bahasa ialah kembali, dari segi istilah syari'atnya ialah - Kembali kepada kesucian setelah melakukan dosa. Takrif taubat yang lengkap bolehlah dirumuskan sebagai -Membetulkan sikap yang salah dan mendekatkan diri kepada Allah dengan melakukan taat dan seterusnya kembali kepadaNya dengan memperbaharui niat untuk melakukan kebaikan. Firman Allah dalam AL Quran; "Hai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu dengan sungguh-sungguh taubat. Mudah-mudahan Allah menghapuskan kesalahan kamu." (At Tahrim : 8) Dalam Riyadhus Salihin, Imam An Nawawi mengutarakan bahawa kita wajib bertaubat atas segala dosa yang kita lakukan. Andaikata maksiat yang dilakukan hanya di antara dia dengan Allah, maka ada tiga syarat taubat:- 1. Menghentikan maksiat tersebut. 2. Menyesal atas keterlanjuran. 3. Niat sungguh-sungguh untuk tidak mengulangi perbuatan maksiat tersebut. 

Akan tetapi jika dosa itu ada bersangkut paut dengan manusia, maka ada tambahan pada syarat taubat di atas iaitu - Menyelesaikan urusannya dengan orang yang berhak, misalnya mengembalikan barangan curian atau meminta maaf. Prcayalah! Pintu taubat itu sentiasa terbuka kepada sesiapa yang ingin mencapai kebahgiaan dunia dana akhirat. Sabda Rasulullah s.a.w.:- "Sesungguhnya Allah tetap menerima taubat seseorang hambaNya, selama nyawanya belum sampai ke kerongkong." (Riwayat At Tarmizi) 

"Allah lebih suka menerima taubat seorang hambaNya, melebihi kesenangan seseorang yang menemukan kembali dengan tiba-tiba untanya yang hilang di tengah hutan." (Bukhari dan Muslim) 

Ada ketikanya hati resah dan tak keruan, sedikit sebanyak mungkin kerana dosa kita kepada Allah Yangn menyebabkan hal ini berlaku. Maka salah satu rawatan yang mujarabialah dengan bertaubat kepada Allah atas dosa yang telah kita lakukan samada sengaja atau tidak. Bukankah rasa ingin bertaubat itu rasaseoarng seorang hamba?