SINAR ONLINE
 
|| Fokus || Feqah || Muslimah || Sains || Santapan Rohani || Semasa || Tauhid || Renungan ||
 

Feqah
Cara Pengurusan Jenazah
 
Terdapat 4 perkara yang dihubungkan dengan hal pengurusan jenazah: 1. Memandikan

Syarat wajib mandi :

        Meratakan air ke badan setelah dihilangkan najis.  Pakaiannya diganti dengan kain basahan ketika dimandikan. Setelah itu mayat itu didudukkan dan disandarkan kepada sesuatu lalu disapu perutnya dengan tangan dan ditekan sedikit supaya keluar kotorannya. Ini diikuti dengan air harum-haruman. Mayat ditelentangkan lalu dicebok dengan tangan kiri dengan memakai sarung tangan. Setelah tukar ke sarung tangan bersih, digosok giginya dan dibersihkan mulutnya. Mayat kemudian diwudukkan. Kepala, janggut dibasuh dan rambut disisir. Rambut yang dicabut hendaklah dicampur kembali ketika mengapannya. Lantas dibasuh sebelah kanannya, kemudian sebelah kirinya dan dibasuh badannya sebelah kananya kemudian dibaringkan lagi sebelah kanannya dan dibasuh badannya sebelah kiri. Ini dihitung sekali.  Disunatkan 3 atau 5 kali. Air yang digunakan sebaik-baiknya air sejuk (dingin). Adalah baik jika mengunakan sabun atau sebagainya, selain basuh penghabisan. Air penghabisan itu baik dicampur dengan kapur barus sedikit atau haruman-haruman yang lain.  Sabda Rasullulah s.a.w. :

        "Dari Ummi Athiyah : Nabi s.a.w telah masuk kepada kami sewaktu kami memandikan anak beliau yang perempuan, lalu beliau berkata : Mandikanlah dia 3 atau 5 kali atau lebih kalau kamu pandang baik lebih dari itu dengan air serta daun bidara, dan basuh yang penghabisan hendaklah dicampurkan dengan kapur barus."

Riwayat Bukhari dan Muslim dan beberapa riwayat yang sahih; mulailah dengan bahagian kanan dan angota wuduknya.
 
2. Mengapankan

        Kapan diambil dari harta si mati itu sendiri (jika ditinggalkan harta). Jika tiada, maka wajib ke atas orang yang memberi belanjanya ketika ia hidup. Jika tidak mampu juga, hendaklah diambil dari baitulmal. Jika tiada Baituilmal atau Baitulmal tidak teratur, maka wajib ke atas muslim yang mampu. Demikian pula belanja yang lain-lain yang berkaitan dengan keperluan keperluan mayat. Kapan itu sekurang-kurangnya selapis kain yang menutup seluruh badan. Bagi lelaki sebaik-baiknya 3 lapis kain.

Cara pemakaian

        Dihamparkan sehelai-sehelai keatas dan disetiap lapis  itu ditaburkan haruman-haruman seperti kapur barus dan lain-lain.  Kedua-dua tangan diletakkan di atas dada (tangan kanan atas tangan kiri) dan boleh juga kedua-duanya diluruskan menurut rusuknya. Dari Aisyah:
        Rasullulah s.a.w dikapani  dengan 3 lapis kain putih bersih, yang dibuat daripada kapas tidak ada di dalamnya baju atau tidak pula serban - Sepakat ahli  hadis

Perempuan
Sebaiknya dikapani dengan 5 lembar

Cara pemakaian

Diantara beberapa lapis kain tadi sebaiknya diberi harum-haruman seperti kapur barus.

Orang yang mati sedang ia dalam keadaan ihram haji atau umrah, tidak boleh diberi harum-haruman dan jangan pula ditutupi kepalanya. Sabda Rasullulah s.a.w. :

        Ketika seorang lelaki dalam keadaan wukuf/mengerjakan haji bersama Rasullulah s.a.w di padang Arafah, tiba-tiba  lelaki itu terjatuh dari kenderaannya lalu meninggal. Maka dikhabarkan kejadian itu kepada Nabi s.a.w.  Beliau berkata “Mandikanlah ia dengan air dan daun bidara dan kapankanlah ia dengan dua kain ihramnya.  Jangan kamu beri dia harum-haruman  dan jangan ditutup kepalanya, maka sesungguhnya ALLAH akan membangkitkan dia nanti pada hari Akhirat seperti keadaannya sewaktu berihram

3. Sembahyangkan mayat

        Wajib dilakukan keatas orang yang hidup sebagai fardu kifayah dan disunatkan sembahyang ramai-ramai sebagaimana sabda Rasullulah s.a.w yang diriwayatkan oleh Muslim :
        "Tidaklah ada di antara seorang muslim yang mati kemudian sembahyang keatasnya 40 orang lelaki yang tidak menyekutukan Allah dengan sesuatupun melainkan disyafaatkan Allah padanya."

Rukun sembahyang

Cara Sembahyang

        Jenazah diletakkan di hadapan kemudian imam berdiri di hadapan, sekiranya jenazah itu perempuan, maka imam berdiri dekat pinggang dan sekiranya jenazah itu lelaki, imam berdiri dekat dengan bahunya.

        Mula-mula takbir dan niat. Kemudian membaca Al-Fatihah. Takbir kedua, baca selawat ke atas Nabi s.a.w dan sekurang-kurangnya Allahumasolliala saidina Muhammad atau boleh juga dibaca Ya Allah, limpahkanlah rahmat-Mu kepada Nabi Muhammad SAW dan keluarganya, sebagaimana yang telah engkau limpahkan kepada Nabi Ibrahim A.S dan keluarganya. Dan berkatilah Nabi Muhammad s.a.w dan keluarganya sebagaimana yang telah engkau berkati kepada Nabi Ibrahim A.S dan keluarganya. Sesungguhnya engkaulah yang maha Terpuji Lagi Maha Mulia.

        Takbir ketiga, Bacalah doa Ya Allah, Ampunilah dia, kasihanilah dia, selamatkanlah dia, maafkanlah dia, muliakanlah tempat dia dan lapangkanlah jalan masuk dia, mandikanlah dia dengan air, salji, kesejukan, cucikanlah dia daripada kekotoran, gantikanlah rumah yang paling baik daripada rumahnya, keluarga yang lebih baik daripada keluarganya, isteri yang lebih baik daripada isterinya.  Masukkanlah dia kedalam syurga dan lindungilah dia dari seksa kubur, fitnahnya dan dari seksa neraka.

(Hadith Riwayat Muslim dari Abdul Rahman bin Auf bin Malik r.a)
 
        Takbir kempat, Ya Allah, ampunilah yang hidup dan yang mati di antara kami, yang kecil dan yang besar di antara kami, yang lelaki dan yang perempuan di antara kami dan yang hadir dan yang tak hadir di antara kami. Ya Allah, sesiapa yang engkau hidupkan di antara kami, maka hidupkanlah dia di atas Islam, dan sesiapa yang engkau matikan di antara kami, maka matikanlah kami di atas iman. Ya Allah, janganlah haramkan bagi kami pahalanya dan janganlah rimbulkan fitnah pada kami sesudahnya.
(Hadith Riwayat Abu Daud, Turmuzi dan Baihaqi dari Abu Hurairah r.a)
 
Jika mayat itu kanak-kanak, hendaklah membaca doa ini:

        Ya Allah, jadikanlah dia pendahulu bagi kedua orang tuanya, jadikanlah dia sebagai perintis bagi kedua orang tuanya, jadikanlah dia sebagai simpanan bagi kedua orang tuanya, beratkanlah timbangan (amal baik) kedua orang tuanya kerananya, curahkanlah kesabaran atas hati kedua orang tuanya sesudah permergiannya dan janganlah pula engkau halang pahalanya bagi keduanya.

( Nas dari Imam Syafii didalam kitab Mukhtasar Al-Muzani)
Salam  kekanan dan kekiri.
 
4. Pengebumian

( Surah 77 ayat 25-26 ); Rasulullah melarang umatnya mengebumikan pada 3 waktu:-

        Selepas pengebumian, digalakkan memohon keampunan dengan Allah untuk si mati kerana pada masa ini si mati sedang disoal mengenai kehidupannya.  Dari Uthman, selepas pengebumian, Rasullulah akan berdiri di tepi kubur itu dan berkata mohonlah keampunan untuk saudaramu itu & doakanlah penerimaannya kerana sekarang ini si mati sedang disoal mengenainya.
( Abu Daw’ud & al-hakim  )

 
|| Fokus || Feqah || Muslimah || Sains || Santapan Rohani || Semasa || Tauhid || Renungan ||

|| Koleksi Sinar ||