SINAR ONLINE
 
|| Fokus || Feqah || Muslimah || Sains || Santapan Rohani || Semasa || Tauhid || Renungan ||
 

Renungan
 
|| Syair || Ibu Yang Melahirkan Mujahidnya ||

 
Contohilah Akhlak Rasulullah

Akhlak Rasulullah adalh akhlak yang dipelihara Allah. Antara akhlak Baginda yang terpuji adalah :

  1. Baginda nerupakan seorang yang lemah lembut. Tidak gemar menunjukkan kebencian kepada seseorang secara terus terang.
  2. Pertuturan baginda sentiasa padat dan lengkap; tidak terlalu panjang dan tidak terlalu pendek. Baginda tidak berbicara tanpa perlu dan hanya akan memperkatakan sesuatu yang hak semata-mata.
  3. Baginda sentiasa mengikat batu diperutnya untuk menahan lapar. Bila makan tidak pernah cerewet tetapi makan apa yang disediakan sahaja dan tidak pernah menolak.
  4. Baginda sentiasa berlapang dada dan suka memaafkan orang lain walaupun mampu membalas dendam.
        Pernah berlaku seorang Musyrikin berdiri di kepalanya dengan sebilah pedang sambil berkata, "Siapakah yang dapat mempertahankan kau dari pedangku ini ?" Jawab Rasulullah, "Allah"  Apabila mendengar perkataan tersebut, orang itu tersebut gementar dan pedang itu terjatuh dari tangannya. Rasulullah mengambil pedang itu dan berkata, "Siapakah kini yang dapat mempertahankan engkau daripadaku pula?" Jawab Musyrikin itu, "Ambillah nyawaku dengan cara yang baik." Tetapi, Rasulullah telah memaafkan orang itu.

 
Siapalah Aku...
Sesekali menyedari pada senja yang merah ini,
Aku tidak mahu lagi berbicara,
Tentang sisa kenangan lalu,
Menyingkap tabir sejarah,
Yang merobek hati luka berdarah,
Memungut kasih yang tidak kesampaian,
Resah gelisah dimain perasaan.
Sesekali menyedari pada malam yang dingin ini,
Lebih baik ku menghitung dosaku yang menggunung,
Renung ke dalam diri, jenguk hatiku yang kotor,
Hisab diriku yang kerdil dan hina,
Bertasbih, bertahmid, sujud dan bersyukur,
Lalu kuhadapkan wajahku kepadaNya,
Berserah diri mengharapkan simpati,
Agar aku diampuni.
Sesekali pada subuh yang hening ini,
Kusedari siapalah aku,
Kalau hanya seorang hamba,
Hidup mati ditentukan Allah,
Punya diri tak selamanya,
Punya kehidupan tapi sementara.
 
 
 
Ibu yang melahirkan Mujahidnya

        Al Khansaa' terkenal dengan kelembutan dan kebijaksanaannya mengarang syair. Syair-syair itu ditiup untuk menyemarakkan semangat pejuang-pejuang dan juga memuji-muji kesyahidan mereka di medan jihad. Tetapi beliau ini lebih terkenal sebagai ibu yang redha dengan kematian anak lelakinya yang syahid satu persatu. Bukan mudah hendak menerima ujian kematian seorang anak. Bagi Khansaa', ibu yang berjiwa besar, ingin mendapat saham anak yang mati syahid. Apa katanya sebelum melepaskan anaknya pergi berperang menetang kaum Musyrikin?

        "Wahai anakku, kamu telah memeluk Islam dengan hati yang rela. Kemudian, kamu berhijrah dengan hati yang rela. Kamu telah maklum tentang apa yang disediakan oleh Allah kepada kaum Muslimin, iaitu pahala yang besar dalam memerangi kaum Kafir. Ketahuilah bahawasanya kampung yang kekal itu lebih baik dari kampung yang binasa."

        Ibu ini meluahkan kata-kata semangat kepada anak-anaknya tanpa sedikit pun merasa gentar akan kehilangan mereka. Anak-anak Khansaa' berjuuang bersungguh-sungguh sehingga gugurlah mereka satu persatu di tangan musuh. Hakikatnya, mereka menang iaitu menemui syahid.

        Apabila orang mengkhabarkan akan kematian anaknya satu persatu, apa jawab ibu ini?

        "Segala puji-pujian bagi Allah yang telah memuliakanku dengan kesyahidan mereka dan aku mengharapkan dari Tuhanku agar dia mengumpulkan aku dengan mereka di tempat tinggal tetap dari rahmatNya."

        Begitulah jawapan Khansaa' setelah menerima kematian anak-anaknya yang pertama, kedua dan ketiga. Setelah menerima kematian anaknya yang keempat, beliau menangis lalu berkata, " Aku menangis kerana aku tidak lagi mempunyai anak lagi untuk dihantar berjuang."

        Inilah ibu yang cintakan Allah dan Rasulnya. Kerana Allah, anak-anak dikorbankan untuk memenangkan agama Allah. Maka kita juga mestilah menjadi ibu-ibu yang berjiwa besar, mendidik anak-anak supaya cintakan akhirat, sanggup berjuang dan berkorban sehingga mati syahid dalam menegakkan kalimah Allah.
 

|| Contohilah Akhlak Rasulullah || Syair || Ibu Yang Melahirkan Mujahidnya ||
 
 
|| Fokus || Feqah || Muslimah || Sains || Santapan Rohani || Semasa || Tauhid || Renungan ||

|| Koleksi Sinar ||