Apa itu khusyuk? Khusyuk sebagai salah satu tafsiran adalah merupakan hasil dari solat yang disertai dengan hati batin. Orang yang solat dengan penyertaan hati batin tentu akan khusyuk di dalam mengerjakan solatnya. Terjadinya khusyuk ialah kerana hati batin ikut bermunajat, zikir dan sentiasa berdoa kepada Allah serta sentiasa mengingati bahawa Allah melihat gerak-geri hamba-Nya. Di samping itu, kesedaran tentang keagungan Allah s.w.t serta kekurangan diri sebagai hamba dalam melaksanakan perintah-perintah Allah s.w.t. Kesedaran tersebut akan timbul perasaan khusyuk di dalam dan di luar solat. Manakala contoh khusyuk di luar solat; telah diriwayatkan tentang seorang hamba Allah yang tidak pernah mendongakkan wajahnya ke langit selama 40 tahun, disebabkan berasa malu dan sangat takut kepada Allah s.w.t.
Rabik bin Khaitsam, senantiasa
menundukkan kepalanya dan menahan pandangannya, sehinggakan orang ramai
menyangkanya buta. Selama 20 tahun, beliau selalu mngunjungi rumah Ibn
Masaud. Setiap kali pembantu rumah Ubn Masaud melihat Rabik datang ia berkata
kepada tuannya : “Kawan tuan yang buta matanya telah datang.” Ibn Masaud
hanya tertawa sahaja. Setiap kali Rabik mengetuk pintu, pembantu rumah
tersebut melihatnya menundukkan kepala dan hampir memejamkan mata. Setiap
kali melihatnya juga, Ibn Masaud berkata:
“Berilah khabar gembira
kepada orang-orang yang taat(kerana patuh)”
Muslim bin Yasar, seorang hamba Allah yang sangat khusyuk di dalam solatnya sehinggakan beliau tidak sedar bahawa salah satu tiang penyangga masjid di mana beliau sedang mengerjakan solat telah roboh.
Diriwayatkan juga; terdapat seorang hamba Allah yang sedang menderita sakit dan jarinya mestilah dipotong bagi mengubati penyakitnya, akan tetapi beliau menolak untuk melakukannya. Sahabatnya yang mengetahui rahsia dirinya pun berkata: “Ia tidak merasakan sesuatu bila sedang asyik di dalam solatnya.” Berikutan itu, mereka bersetuju untuk memotong jarinya ketika ia sedang bersolat.
Di samping itu, terdapat juga sebahagian orang-orang yang khusyuk sembahyang dengan memendekkan sembahyangnya, disebabkan bimbang terganggu oleh was-was. Telah dikatakan Ammar bin Yasir mempercepatkan sembahyangnya. Apabila ditanyakan kepadanya, “Mengapa anda sembahyang dengann cepat?”. Beliau menjawab, “Apakah kalian melihatku mengurangkan syarat-syarat sah sembahyang?” “Tidak.” mereka menjawab. Ammar menjelaskan lagi, “Aku ingin cepat-cepat menghindari kelalaian akibat gangguan syaitan.” Telah diriwayatkan bahawa Nabi Isa a.s menerima wahyu dari Allah s.w.t:
"Dengan megerjakan sembahyang-sembahyang fardu, hamba-Ku akan memperoleh
keselamatan dan dengan sembahyang-sembahyang nafilah (sembahyang sunat),
hamba-Ku mendekat kepada-Ku."
Diriwayatkan juga bahawa
Nabi Muhammad s.a.w pernah sembahyang dan semasa sembahyang baginda meninggalkan
satu ayat. Selepas sembahyang baginda bertanya: “Apa yang kubaca tadi?”
Ahli jamaah semuanya diam kecuali Ubai bin Kaab yang berkata: “Anda tadi
membaca surah anu dan meninggalkan ayat anu. Kami tidak tahu adakah ayat
tersebut telah dinasakhkan (digantikan) ataukah ditarik balik?” . Baginda
bersabda: “Engkaulah yang benar, wahai Ubai.” Kemudian baginda menujukan
ucapannya kepada para sahabatnya yang lain: “Mengapa ada orang yang menghadiri
sembahyang dan memenuhi barisan saf, sedang Nabi mereka di antara mereka,
sedangkan mereka tidak memperhatikan ayat-ayat Kitab Allah yang dibacakan
kepada mereka?” Ketahuilah, Bani Israil telah berbuat seperti kalian,
maka Allah mewahyukan kepada Nabi mereka agar menyatakan:
Kalian hadirkan untuk-Ku badan-badan kalian dan menujukan kepada-Ku ucapan-ucapan kalian, tetapi jiwa-jiwa kalian jauh dari-Ku. Sungguh sia-sia perbuatan kalian.
Begitulah orang-orang yang
khusyuk di luar dan di dalam sembahyang. Diharap setiap pelajar di Melbourne
ini akan berusaha untuk mengerjakan sembahyang dengan lebih khusyuk lagi
.Insya-Allah.