SINAR ONLINE
 
|| Fokus || Feqah || Muslimah || Sains || Santapan Rohani || Semasa || Tauhid || Renungan ||
 

Tauhid
 
Peranan Iman Dalam Membentuk Peribadi Muslim Sejati.

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakaatuh...

Pertama-tamanya Ahmad mengucapkan syukur ke hadrat Allah subhanahuwataala kerana dengan limpah dan kurnianya Allah  masih lagi sudi untuk meminjamkan barang sedikit nikmat untuk kita Alhamdulillah....

Jadi para pembaca yang Ahmad hormati sekalian, Ahmad ingin membawakan tumpuan kita kepada khutbah Rasulullah ketika pertemuan kedua baginda dengan penduduk Makkah, selepas daripada baginda menjamu tetamu yang hadir.

        “Demi Allah, tidak ada tuhan melainkan Dia : sesungguhnya aku ini adalah utusan Allah kepadamu khususnya dan kepada ummat manusia umumnya. Dan sesungguhnya Allah telah memerintahkan kepadaku supaya aku memanggil kamu kepada-Nya demi firnanNya : Berilah peringatan kepada kaummu yang terdekat! Aku panggil kamu dengan dua kalimat yang ringan di lidah, berat ditimbangan, yakni "Tiada tuhan melainkan Allah dan aku adalah utusan Allah!" Dan demi Allah, sesungguhnya kamu akan mati ; sebagaimana kamu tertidur dan akan bangkit kembali sebagaimana kamu terbangun dan pasti kamu akan dipinta tanggungjawabmu atas apa yang kamu perbuat dan kamu akan diberi ganjaran yang baik atas amalmu yang baik dan yang buruk atas perbuatanmu yang buruk ;  dan sesungguhnya di sana adalah syurga yang kekal dan neraka yang kekal ...”

        Begitulah dia petikan daripada risalah-risalah awal Rasulullah s.a.w. kepada ummatnya. Kalau kita lihat kepada tajuk dan Khutbah Rasuulullah s.a.w. ini, baginda menerangkan kepentingan iman yang hakiki. Ahmad ada teringat kepada pesan ustaz Ahmad. Mula-mula Ahmad tanya dia sebab apa ada sesetengah orang tu, dia ada ilmu tetapi melakukan maksiat jugak. Contohnya dia tahu bahawa berdua-duan lelaki-perempuan atau istilah  sekarang ni... ‘bertenet’ tu haram tetapi mereka melakukan juga. Mereka tahu bahawa mendengar muzik tertentu itu haram, tapi mereka mendengar juga...dan sebagainya. Kadang-kadang kita melihat orang-orang yang asalnya dari didikan agama tetapi melakukan maksiat secara terang-terangan. Kenapa ini terjadi ?

        Ustaz Ahmad menerangkan bahawa semua itu kerana iman. Iman yang ada di dalam hatinya itu tidak berjaya membentuk peribadinya. Imannya dikotori dengan najis yang kotor. Belajarlah agama setinggi manapun jika iman lemah, bila berhadapan dengan maksiat sikit, dengan serban serbannya tertanggal.

        Jadi para pembaca yang dihormati sekalian, macam mana nak tambah iman kita? Haa... iman ni musuh dia adalah nafsu. Kadang-kadang kita nak buat baik sikit... contohnya... nak kawal mata dari melihat benda-benda yang tidak senonoh. Tapi dorongan nafsu yang kuat itu menyebabkan kita tewas dengan keadaan. Memanglah perkara itu memerlukan mujahadah (kesungguhan) yang kuat dan benda tu tergantung kepada keimanan kita. Tapi iman tu ape? Macam mana nak didik iman kita? Kalau kita berazam nak jadi baik, kita mestilah banyakkan amalan-amalan sunnat, agar iman kita sentiasa subur.

        Contohnya kalau kita rasa tension masa study, apa yang perlu kita buat ialah banyakkan berzikir mengingati Allah...Haaa tentang zikir ni pun satu hal. Semua orang dok pikir, kalau nak zikir, kita kena ada tasbih, atau sejadah atau duduk kat Masjid atau ape-ape jelah... Nampak sangat zikir tu susah.... So, sahabat-sahabat Ahmad yang Ahmad sayangi sekalian, syarat zikir ialah mulut ataupun hati. Kalau kita ada mulut dan hati, benda tu dah cukup syarat bagi kita untuk berzikir kepada Allah. Kadang-kadang kita dok pikir problem-problem yang besar-besar sampai kita merasa ‘tension’ yang amat sangat. Ada orang hilangkan ‘tension’ dengan dengar muzik kuat-kuat atau nengok wayang atau nengok tivi atau ape-ape jelah...

        Semua benda tu hanyalah sementara sahaja, macam dadah. Masa kita tengah dok buat benda tu memanglah kita rasa tenang... sampai lupa dunia, tetapi lepas pada tu tensen balik... So buat apa kita menggunakan ubat yang tidak tahan lama? Pikirkanlah sahabat-sahabat Ahmad yang Ahmad sayangi sekalian. Kita sayang kat diri kita ke atau tidak? Jadi ambillah yang  terbaik untuk kita. Sekiranya seseorang  memberi kita pilihan untuk memilih dua perkara; emas dan sampah, apakah pilihan kita? Adalah suatu perbuatan yang amat tidak cerdik sekiranya seseorang memilih sesuatu yang tidak berfaedah kepadanya, jadi, sahabat-sahabat sekalian, fikirkanlah apa yang terbaik untuk kita? Fikirlah... Fikirlah... Ahmad ulangi sekali lagi, fikirkanlah.

        Yang pentingnya ialah iman kita, bak kata Nazrey Johari;
 

IMAN ADALAH MUTIARA,
DI DALAM HATI MANUSIA,
YANG MEYAKINI ALLAH,
MAHA ESA,
MAHA KUASA.
TANPAMU IMAN BAGAIMANALAH,
MERASA DIRI HAMBA PADANYA,
TANPAMU IMAN BAGAIMANALAH,
MENJADI HAMBA ALLAH YANG BERTAQWA.
IMAN TAK DAPAT DI WARISI DARI SEORANG AYAH YANG BERTAKWA,
IA TAK DAPAT DI JUAL BELI ,
IA TIADA DI TEPIAN PANTAI

~ Ahmad ~
 


 
|| Fokus || Feqah || Muslimah || Sains || Santapan Rohani || Semasa || Tauhid || Renungan ||

|| Koleksi Sinar ||