SINAR ONLINE
 
|| Fokus || Feqah || Muslimah || Sains || Santapan Rohani || Sirah || Tauhid ||
 

Sirah
Abu Ubaidah Bin Jarrah

        Wajahnya selalu berseri. Matanya bersinar. Tubuhnya tinggi kurus. Bidang bahunya kecil. Setiap mata senang melihat kepadanya. Dia selalu ramah-tamah, sehingga setiap orang merasa simpati kepadanya. Di samping sifatnya yang lemah lembut, dia sangat tawadhu’(rendah diri) dan sangat pemalu. Tetapi apabila menghadapi suatu urusan penting, dia sangat garang bagaikan singa jantan bertemu musuh.

         Dialah kepercayaan ummat Muhammad. Namanya, Amir bin Abdillah bin Jarrah Al Fihry Al Quraisy, dipanggil Abu Ubaidah. Abdullah bin Umar pernah menceritakan tentang sifat-sifatnya yang mulia. “Ada tiga orang Quraisy yang sangat cemerlang wajahnya, tinggi akhlak dan sangat pemalu. Bila berbicara mereka tak pernah berdusta dan apabila orang berbicara kepada mereka mereka tidak cepat-cepat mendustakan. Mereka itu ialah Abu Bakar AsSiddiq, Usman bin Affan dan Abu Ubaidah Al Jarrah”
 
        Abu Ubaidah termasuk dalam antara orang yang pertama masuk Islam. Dia memeluk Islam di tangan Abu Bakar, sehari selepas Abu Bakar memeluk Islam.Ketika itu beliau menemui Rasulullah bersama-sama Abdurrahman bin Auf, Usman bin Mazh’un dan Arqam bin Abi Al Arqam untuk mengucapkan shahadah di hadapan beliau. Kerana itu mereka tercatat sebagai tiang-tiang pertama dalam pembangunan mahligai Islam yang agung dan indah.Dalam kehidupannya sebagai seorang Muslim, Abu Ubaidah mengalami masa penindasan yang keras dari kaum Quraisy terhadap kaum Muslimin di Mekah.  Beliau turut menderita bersama-sama kaum Muslimin yang mula-mula, merasakan tindakan kekerasan, kesulitan dan kesedihan, yang tak pernah dirasakan oleh pengikut agama-agama lain di muka bumi ini. Walaupun begitu, dia tetap teguh manerima segala macam cubaan. Dia tetap setia dan membenarkan Rasulullah sebagai rasul.

        Abu Ubaidah turut berperang dalam perang Badar. Dia menyusup ke barisan musuh tanpa takut mati. Tetapi tentera berkuda kaum Musyrikin menghadang dan mengejarnya walau kemana dia lari. Terutama seorang lelaki mengejar Abu Ubaidah dengan sangat beringas ke mana sahaja. Tetapi Abu Ubaidah selalu menghindar untuk bertarung dengan orang itu. Orang itu tidak mahu berhenti mengejarnya. Setelah lama berputar-putar, akhirnya Abu Ubaidah tepojok. Dia waspada menunggu orang yang  mengejarnya. Ketika orang itu tambah dekat kepadanya, dalam posisi yang sangat tepat Abu Ubaidah mengayunkan pedangnya tepat di kepala lawan .Orang itu jatuh terbanting dengan kepala belah dua. Musuh itu tewas seketika di hadapan Abu Ubaidah. Siapakah lawan Abu Ubaidah yang sangat beringas itu?
 
        Di atas telah dikatakan, tindak kekerasan terhadap kaum muslimin telah melampaui batas. Mungkin anda ternganga bila mengetahui musuh yang tewas di tangan Abu Ubaidah itu tak lain ialah  “Abdullah bin Jarrah” ayah kandung Abu Ubaidah.

        Abu Ubaidah tidak membunuh bapaknya. Tetapi membunuh kemuysrikan yang bersarang dalam peribadi bapaknya. Berkenaan dengan kasus Abu Ubaidah tersebut Allah swt.

        Berfirman sebagai tersebut: “ Kamu tidak akan mendapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan Hari Kiamat, saling berkasih-sayang dengan orang-orang yang  menentang Allah  dan RasulNya, sekalipun orang-orang itu bapak-bapak, atau anak-anak, atau saudara-saudara, ataupun keluarganya .Mereka itulah orang-orang yang Allah telah menanamkan keimanan dalam hati mereka dan menguatkan mereka dengan pertolongan yang datang daripada-Nya. Dan di masukkan-Nya  mereka ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Allah ridha terhadap mereka dan mereka pun merasa puas terhadap [limpahan rahmat]-Nya. Mereka itulah golongan Allah. Ketahuilah, bahawa sesungguhnya golongan Allah itulah golongan yang beruntung.”  [ Al  Mujadalah : 22 ]

        Ayat di atas tidak menyebabkan Abu Ubaidah membusungkan dada. Bahkan menambah kukuh imannya kepada Allah dan ketulusannya terhadap agama. Orang yang mendapat gelaran ”Kepercayaan Umat Muhamad” ini ternyata menarik perhatian orang-orang besar, bagaikan besi berani menarik logam di sekitarnya.

        Muhammad bin Ja`far menceritakan, “Pada suatu ketika para utusan kaum Nasrani datang mengadap pada Rasulullah. Kata mereka, “Ya, Aba Qasim ! Kirimlah bersama kami seorang sahabat Anda yang Anda pandang cakap menjadi hakim tentang harta yang menyebabkan kami berselisih sesama kami. Kami senang menerima putusan yang ditetapkan kaum muslimin.”

        Jawab Rasulullah , “Datanglah nanti petang, saya akan mengirimkan bersama kalian “orang kuat yang terpercaya ”.
 
        Kata `Umar bin Khathab, "Saya  pergi shalat Zhuhur lebih cepat dari biasa. Saya tidak ingin tugas itu diserahkan kepada orang lain, kerana saya ingin mendapatkan gelaran “orang kuat terpecaya”. Sesudah shalat Zhuhur, Rasulullah menengok ke kanan dan ke kiri. Saya agak menonjolkan diri supaya Rasulullah melihat saya. Tetapi beliau tidak lagi melihat kepada kami. Setelah beliau melihat Abu `Ubaidah bin Jarrah, beliau memanggil seraya berkata kepadanya, ”Pergilah engkau bersama mereka. Adili dengan baik perkara yang mereka perselisihkan.”
 
        Maka pergilah Abu `Ubaidah dengan para utusan nasrani tersebut, menyandang gelar “orang kuat yang terpecaya”.
 
        Abu ‘ Ubaidah bukanlah sekedar orang kepercayaan semata-mata. Bahkan dia seorang yang memikulkan kepercayaan yang dibebankan kepadanya. Keberaniannya itu ditunjukkannya dalam berbagai peristiwa dan tugas yang dipikulkan kepadanya.

        Pada suatu hari, Rasulullah mengirim satu pasukan tediri dari para sahabat untuk menghadang kafilah Quraisy. Beliau mengangkat Abu Ubaidah menjadi kepala pasukan, dan membekali mereka hanya dengan sekarung kurma. Tidak lebih dari itu. Kerana itu Abu Ubaidah membahagi-bahagikan kepada prajuritnya sehari sebuah kurma bagi setiap seorang. Mereka mengulum kurma itu seperti menghisap gula-gula. Sesudah itu mereka minum. Hanya begitu mereka makan untuk beberapa hari.

        Waktu kaum muslimin kalah dalam perang Uhud, kaum musyrikin sedemikian bernafsu ingin membunuh Rasulullah. Waktu itu, Abu Ubaidah termasuk sepuluh orang yang selalu membentengi Rasulullah. Mereka mempertaruhkan dada mereka ditembus panah kaum musyrikin demi keselamatan Rasulullah s.a.w. Ketika peperangan telah usai, sebatang gigi Rasulullah s.a.w ternyata patah. Kening beliau luka, dan di pipi beliau, tertancap dua mata rantai baju besi beliau. Abu Bakar menghampiri Rasulullah hendak mencabut kedua mata rantai itu dari pipi beliau.
 
        Kata Abu Ubaidah, “Biarlah saya yang mencabutnya”. Abu Bakar menyilakan Abu Ubaidah. Abu Ubaidah khuatir kalau Rasulullah kesakitan bila dicabut dengan tangan. Maka digigit mata rantai itu kuat-kuat dengan giginya lalu ditariknya. Setelah mata rantai itu tercabut, gigi Abu Ubaidah tanggal satu. Kemudian digigitnya mata rantai yang satu lagi. Setelah tercabut, gigi Abu Ubaidah tanggal pula sebuah lagi.
 
        Abu Ubaidah selalu mengikuti Rasulullah berperang dalam setiap peperangan yang dipimpin oleh beliau, sampai  beliau wafat. Dalam musyawarah pemilihan khalifah yang pertama (Yaumu s-saqifah), Umar bin Khaththab menghulurkan tangannya kepada Abu Ubaidah seraya berkata,”Saya memilih Anda dan bersumpah setia dengan Anda kerana saya pernah mendengar Rasulullah bersabda :
 
        “Sesungguhnya tiap-tiap ummat Khalifah mempunyai orang dipercayai. Orang yangpalaing dipercayai dari ummat ini adalah Anda (Abu Ubaidah)”

        Jawab Abu Ubaidah, ”Saya tidak mahu mendahului orang yang pernah disuruh Rasulullah untuk mengimami kita solat sewaktu dia hidup yakni Abu Bakar, walaupun beliau telah wafat, marilah kita imamkan juga dia.”
 
        Akhirnya mereka sepakat  memilih Abu Bakar menjadi Khalifah pertama, sedangkan Abu Ubaidah menjadi penasihat dan pembantu bagi Khalifah.

        Setelah Abu Bakar ,jabatan khalifah pindah ke tangan Umar dan tidak pernah membantah perintahnya kecuali sekali. Tahukah anda perintah Khalifah Umar yang bagaimanakah yang tidak Abu Ubaidah?
 
        Peristiwa itu terjadi ketika Abu Ubaidah bin Jarrah memimpin tentera muslimin menakluki wilayah Syam (Syria). Beliau berhasil memperoleh kemenangan demi kemenangan berturut-turut, sehingga seluruh wilayah Syam takluk ke bawah kekuasaannya sejak dari tepi sungai Furat di sebelah Timur sampai ke Asia Kecil di sebelah Utara.

        Sementara itu,  penyakit berjangkit (Taun) yang amat berbahaya yang belum pernah terjadi sebelumnya, menular di negeri Syam (Syria) sehingga mengakibatkan ramai orang yang terkorban. Khalifah Umar datang dari Madinah, sengaja menemui Abu Ubaidah bin Jarrah. Tetapi Umar tidak dapat masuk ke Madinah kerana penyakit yang sedang menular. Lalu Umar menulis surat kepada Abu Ubaidah bin Jarrah :

        “Saya ada berita penting yang hendak memberitahu saudara, tetapi saya tidak dapat menemui saudara kerana wabak penyakit ini sedang berjangkit dalam kota. Oleh itu bila surat ini sampai ke tangan saudara malam ini, saya harap saudara berangkat menemui saya di luar kota sebelum subuh. Dan bila surat ini sampai ke tangan siang hari, saya harap Saudara berangkat sebelum hari petang.”

        Setelah surat Khalifah tersebut dibaca Abu ‘Ubaidah, dia berkata,” Saya tahu maksud Amirul Mu‘minin memanggil saya. Beliau ingin supaya saya menyingkir dari penyakit yang berbahaya ini.”
 
        Lalu dibalasnya surat Khalifah, katanya : “ Ya, Amirul Mu‘minin ! Saya mengerti maksud Khalifah memanggil saya. Saya berada di tengah-tengah tentera muslimin, sedang bertugas memimpin mereka. Saya tidak ingin meninggalkan mereka dalam bahaya yang mengancam hanya untuk menyelamatkan diri sendiri. Saya tidak ingin berpisah dengan mereka, sehingga Allah memberi keputusan kepada kami semua (selamat atau binasa). Maka bila surat ini sampai ke tangan Anda, dan beri izinlah saya untuk tetap tinggal bersama-sama mereka.”

        Setelah Khalifah ‘ Umar membaca surat tersebut, beliau menangis sehingga air matanya meleleh ke pipinya. Kerana sedih dan terharu melihat Umar menangis, maka orang yang disamping beliau bertanya, “Ya,  Amirul  Mu‘minin ! Apakah Abu ‘Ubaidah wafat ? “
 
        “ Tidak ! “, jawab ‘Umar. “ Tetapi dia berada di ambang kematian.”

         Dugaan Khalifah tersebut tidak salah. Kerana tidak lama sesudah itu Abu ‘Ubaidah terserang wabak yang sangat berbahaya. Sebelum kematiannya Abu ‘Ubaidah berwasiat kepada seluruh prajuritnya :

        “Saya berwasiat kepada Anda sekalian. Jika wasiat ini kalian terima dan laksanakan, kalian tidak akan sesat dari jalan yang baik, dan sentiasa berada dalam bahagia.“ Tetaplah menegakkan shalat . Laksanakan puasa Ramadhan. Bayar sedekah (zakat). Tunaikan ibadah haji dan ‘umrah. Hendaklah kalian saling menasihati sesama kalian. Nasihati pemerintah kalian, jangan biarkan mereka tersesat. Dan janganlah kalian tergoda dengan dunia.Walaupun seseorang bisa berusia sampai seribu tahun, namun dia akan menjumpai kematian seperti yang kalian saksikan ini .”

        “Wassalamu‘alaikum warahmatullahi wa barakatuh …..” Kemudian dia menoleh kepada Mu ‘adz bin Jabal .
 
        Katanya , “Hai Mu‘adz ! Sekarang engkau menjadi imam (Panglima) !” Tidak lama kemudian, rohnya yang suci berangkat ke rahmatullah. Dia telah tiada di dunia fana. Jasadnya  tidak lama pula habis di makan masa. Tetapi pengorbanannya akan tetap hidup selama-lamanya .

        Mu ‘adz bin Jabal berdiri di hadapan jama’ahnya , lalu dia berpidato :
 
        “Ayyuhan naas ! (Hai sekalian manusia !) Kita semua sama-sama merasa sedih kehilangan dia (Abu ‘Ubaidah). Demi Allah, saya melihat orang yang lapang dada melebihi dia. Saya tidak melihat orang yang lebih jauh dari kepalsuan, selain dia . Saya tidak tahu kalau ada orang yang lebih menyukai kehidupan akhirat melebihi dia . Dan saya tidak tahu, kalau ada orang yang suka memberi nasihat kepada umum melebihi dia. Kerana itu marilah kita memohon rahmat Allah baginya, semoga Allah melimpahkan rahmat-Nya pula kepada kita semua.

        Amin !!!!!!!!!…………….
 


 
|| Fokus || Feqah || Muslimah || Sains || Santapan Rohani || Sirah || Tauhid || Koleksi Sinar ||